,

Kami dan Pesawat Yang Terhempas di Taipei

admin Avatar

Bila suami saya tunjukkan clip yang menunjukkan sebuah pesawat terbabas semasa berlepas, terlanggar jambatan, katanya di Taipei, jantung saya macam terhenti sekejap. Hehe.

Mana taknya, semalam kami anak beranak baru bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Taipei >_< Alhamdulillah, semuanya selamat. Tapi.. kelihatan ia sangat ‘close’. Beza tak sampai 24 jam.

Dalam penerbangan turun haritu (31 Januari) memang rasa seriau dah. Awan tebal dan turbulence. Terasa inertia semasa kapal terbang sedang membuat penerbangan turun. Sebaik saja mendarat di Taoyuan International Airport, tak putus-putus saya mengucap syukur pabila selamat mendarat.

Pesawat yang terhempas ke dalam sungai tu, TransAsia Airways, saya cakap pada husband “Semalam baru kita lalu kat area airlines ni kan”.  Airline ni Taiwan based, baru je tahun lepas ia crash di Penghu Island, di selatan Taiwan.

Masih lagi teringat-ingat berita tu, sebab ia dekat sangat dengan kejadian MH370.

Janganlah pula ada cerita konspirasi lagi…

TAIWAN

Doa buat semua Airlines di dunia.

Oleh yang demikian, cerita Taiwan kita hold dulu.

 

admin Avatar

4 responses to “Kami dan Pesawat Yang Terhempas di Taipei”

  1. Raihanah Ahmad Avatar

    alhamdulillah panjang umur alom sekeluarga.

  2. Amyz Avatar

    Alhamdulillah. Semuanya selamat. Cuma memang ngeri la juga. Macam kawan saya balik dari Amsterdam. Baru je balik, then keluar berita MH17 terhempas tu. Tsk.. 🙁

  3. emalinmohd Avatar

    Alhamdulillah. Rasa dekat tapi jauhkan…

  4. Muliani Avatar

    Alhamdulillah lah smua selamat.. Jgn hilang sudah

Leave a Reply to Raihanah Ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge