,

Kaki Palsu Baru Fahry

admin Avatar

Berbulan-bulan kami menunggu… tapi kaki Fahry masih tak dapat lagi. T__T

Mempunyai anak istimewa pasti bukan datang dengan percuma, sebab kami (merujuk kepada FAMEparent) perlu memperuntukkan tabungan untuk alat2 bantuan buat anak2 ini untuk menjalani kehidupan normal. Sama lah kesnya dengan ibu bapa kepada anak-anak yang mengalami sakit kronik. Apa lagi yang mengalaminya sejak lahir…

Seperti Fahry, saban tahun atau 2-3 tahun sekali memerlukan kaki palsu yang baru, sehinggalah saat dia tak membesar atau meninggi lagi. Sangat besar kos untuk anggota palsu ni, name it kaki ke tangan ke, hearing aids atau apa-apa saja keperluan OKU.

Kaki palsu Fahry semasa baby dulu pun kosnya dalam dua ribu setengah ringgit Malaysia. Itu pun sangat simple saja.

kaki palsu kanak kanak

Gambar komponen kaki palsu Fahry yang dipakai sejak usia 9 bulan.

Untuk kaki palsu yang kedua ini, kosnya sekitar RM6000-RM8000.

Itu baru sebelah, dan cuma bermula di bawah lutut. Kalau di atas lutut, lebih complicated design-nya dan pasti lebih mahal lagi. Apa lagi jika tiada kedua-dua kaki, kosnya boleh mencecah Rm30,000.

Oleh itu, bersyukurlah kita ada kaki.

BTW, jom support FAMEkids, LIKE page famekids di http://www.facebook.com/famekids. Sekiranya ada anak atau saudara mara yang punya anak special.. please perkenalkan FAMEkids pada mereka ya?

Tagged in :

admin Avatar

3 responses to “Kaki Palsu Baru Fahry”

  1. baby Avatar

    insya allah.. saya akan kenalkan..

  2. noor Avatar
    noor

    Terima berkongsi pengalaman, amat menyentuh sanubari di pagi Jumaat ini. Semoga Allah membalas dgn ganjaran pahala untuk kamu sekeluarga.

  3. Ramli Avatar

    Saya doakan kejayaan Fahry, Amin.

Leave a Reply to Ramli Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge