,

Kaedah al-Baghdadi Untuk Mengajar Anak Mengaji

admin Avatar

Saya ni bukanlah seorang dedicated homeschooler atau pengkaji tegar tentang kaedah2 pendidikan awal. Tapi saya suka mengkaji kaedah2 untuk mengajar anak di rumah, dan aplikasikan mana yang mampu untuk anak-anak.

Tentang pengajian membaca (reading), secara peribadi saya dapati kaedah sight word lebih berkesan untuk mengajar anak membaca lebih awal. Saya ‘tersilap’ kerana memperkenalkan A B C (bukan phonic) kepada Hafiy, kerana hingga sekarang beliau menghadapi sedikit kesukaran untuk membaca – dia akan mengeja dan disebabkan kurang kemahiran fonetik (bukan salah dia, salah saya kerana kurang mendedahkan dia), beliau mengambil masa untuk ‘membunyi’kan satu-satu huruf.

Saya ada kongsikan tentang ini dalam entry Mengajar Anak Membaca : Kaedah Fonetik atau Whole Word.

Untuk mengaji, saya mulakan dengan flashcard Alif Ba Ta yang tak berbaris. Jadi Hafiy terlebih dahulu mengenali alif hingga ya tanpa mengetahui bunyinya. Kemudian saya beralih kepada kaedah Furqan. Hafiy macam ‘tak berapa gemar’ kerana ada tambahan baris2 yang menjadikan ALIF itu bunyinya lain AA, II, UU. (bukan maksud saya dia tak suka tapi dia jadi keliru nak membunyikan huruf2 tu).

Kemudian untuk mengelakkan kekeliruan (bila anak keliru, mak pun keliru sama, LOL) saya menggunakan kaedah Iqra’ pula. Tapi mungkin Hafiy masih kecil untuk kaedah intensif seperti Iqra’, jadi tak berapa menjadi juga (boleh jadi jika ibu konsisten mengajar, tapi bila ada kekangan, kena cari cara lain yang lebih mudah).

Lalu saya cuba kaedah al-Baghdadi. Finally.. I found the thing that suit my baby. Hafiy seronok ‘mengaji’ dengan al-Baghdadi.. malah dia pula yang mengajak saya untuk membuka kitab tamhid al-Baghdadi.

tamhid al-baghdadi

Sebenarnya bukan saya nak kata al-Baghdadi ni sangat bagus berbanding kaedah lain, tapi kreativiti seorang ibu (atau sesiapa saja yang mengajar) adalah penting untuk memastikan tiada mis-match dalam kaedah mengajar dan mendidik anak. Kerana itulah pendidikan di rumah sangat penting. Kerana seorang ibu/ayah dapat memantau, mengawal, memberi perhatian 110% kepada anak-anak, berbanding di sekolah yang mana seorang guru perlu memerhatikan ramai anak murid.

Berdasarkan pengalaman saya dengan Hafiy, bila seseorang anak tu ‘tak boleh’, bukan sebab dia tak pandai, tapi pendekatan yang kita gunakan pada dia itu yang tak sesuai. Kerana itu kita dapati ramai orang yang di zaman sekolahnya sangat lemah dalam pelajaran, tapi apabila dewasa lebih berjaya dari mereka yang pintar belajar.

Ini kerana mereka itu bukanlah bodoh, tapi berlaku mis-match di situ.

Berbalik kepada kaedah al-Baghdadi, ia ‘mengeluarkan’ satu kalimah, dan kemudian ‘menghuraikan’ kalimah tersebut. Berbeza dengan kaedah Furqan dan Iqra’ yang mengajar huruf berbaris terlebih dahulu, barulah masuk ke kalimah, al-Baghdadi menggabungkan semua dalam satu. Walau bagaimanapun, kesemua kaedah di atas berbeza dengan kaedah tradisional belajar mukaddan (alif di atas aaa, alif di bawah iii..), kini tidak lagi menyebut nama2 huruf sebaliknya terus membaca mengikut baris-barisnya. (Sama macam kaedah fonetic dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia)

Contoh pembelajaran kaedah al-Baghdadi…misalnya kalimah ‘maharo’. Ia memaparkan kalimah ‘maharo’ dahulu. Kemudian dipecah2kan huruf mim kepada bunyi2 yang ada dalam huruf mim, misalnya ma mi mu; maa mii muu; man min mun. Dan ditunjukkan kalimah2 lain yang hampir sama dengan ‘maharo’. Bagi anak saya, ia kelihatan sangat menarik dan lucu bila kita membaca kalimah2 dan bunyi huruf2 tersebut dengan pelbagai gaya.

Jadilah ia satu proses pembelajaran yang menyeronokkan dan stress-free. Kalau tak, memang susah nak suruh duduk dan ikut saya baca satu-satu dalam buku2 sebelum ini. Buku tamhid itu pula saiznya besar, sesuai dengan anak-anak saya.

Ia turut dilengkapi dengan alat ketuk untuk diketuk mengikut tempo kalimah dan huruf2 yang dibaca.

kaedah baghdadi

Alat ni biasanya bertukar menjadi alat ketuk tangan orang bila main2 masa belajar 🙂

Bagi ibu bapa yang lebih kreatif, mereka menggunakan kaedah sendiri tanpa mengikuti kaedah2 yang dipraktik oleh pengasas2 kaedah tersebut. Ia mungkin lebih bagus kerana ibu bapa yang menggunakan kaedah sendiri tidak terkekang dengan ‘syllabus’ dalam kaedah2 tertentu.

Jadi untuk ibu bapa yang masih dalam keadaan ‘frust’ kerana belum berjaya menarik minat anak untuk belajar bersama-sama di rumah, cuba praktik pelbagai kaedah sebagai pendekatan agar anak menggemari proses pembelajaran di rumah. Yang penting, lakukan dengan gembira dan bukan dalam keadaan stress. Bagi saya, pembelajaran di rumah seharusnya dipraktik sebagai ‘main sambil belajar’ atau ‘belajar sambil main’ supaya tiada pihak yang tertekan.

Bagaimana nak jadikan ia satu proses bermanfaat, terpulang kepada ibu bapa. Ada ibu bapa pengikut tegar siri buku ‘How To Teach Your Baby…’ tulisan prof Glenn Doman (kaedah Glenn Doman), dan ada yang peminat buku ‘Einstein Never Used Flashcard’ (kaedah natural learning). Tiada masalah asalkan ibu, bapa dan anak-anak enjoy the process.

Apa yang penting ialah proses yang dijalankan. Ibu bapa boleh menetapkan target untuk anak-anak misalnya ‘boleh membaca dalam usia 3 tahun’dan haruslah menyedari bahawa ia adalah sinergi antara ibu bapa dan anak. Jika anak masih belum dapat membaca mengikut target ibu bapa, itu bukan salah mereka, kerana mereka cuma kain putih yang menunggu untuk diwarnakan. Jadi letakkan target mengikut kemampuan ibu bapa untuk memberi komitmen untuk mencapai target tersebut.

admin Avatar

27 responses to “Kaedah al-Baghdadi Untuk Mengajar Anak Mengaji”

  1. sidratul muntaha Avatar

    ahahah
    mcm rolling pin dgn wooden board plak..
    silap gaya
    jdi tmpt uli kuih la klu dpt pada aku..
    nak2 klu don pizaa!!
    huhuh

    #rosak – rosak..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Idokle besor itu… Kot nk buat pizza thumbelina tu boley le hehehe

  2. MammaSun Avatar

    kak, mcm mana kita nak tahu tahap stress anak kita…ye lah, kita pulun nak ajar dia itu ini, takut byk sgt dan mcm2 teknik sgt, naik stress budak tecik tu….ke selagi dia enjoy je, kita pun layan jekk?

    1. Mommy Lyna Avatar

      pakai gauge hehehe

      dont worry, mak yang akan stress dulu. bila mak dah start stress, sila berhenti 😀

      nanti akak citer bab ni dlm entry lain. panjang plak nk cakap kat sini.

  3. mekar Avatar

    Salam my superkid,

    Saya belum mempunyai anak lg. Tapi sya suka nak tahu cara2 mdidik anak2 ni melalui pembacaan ilmiah di sini.

    1. Mommy Lyna Avatar

      salam Mekar,

      terima kasih, semoga kita semua berjaya jadi ibu bapa yang berkat & dirahmati dunia akhirat 🙂

  4. Raudhah Avatar
    Raudhah

    Kak,Kami gunakan iqra setakat ni.br th bout al-baghdadi ni.nak tgk la cmne teaching dia…

    1. Mommy Lyna Avatar

      sabila & adam seronok dgn Iqra’ ek, OK la tu 🙂

      budak2 ni dinamik sket

  5. SAHROM Avatar

    assalamualaikum ML…bagus kaedah ini..walau saya pun belum membacanya tetapi melalui penulisan ML, saya yakin ia akan berkesan jika betul caranya

    1. Mommy Lyna Avatar

      waalaikumussalam en sahrom

      ya semua kaedah boleh berkesan sekiranya kita laksanakan dengan baik & komited terhadapnya bukan. cuma kadang2 terlalu nk tgk hasilnya tanpa mengikut langkah2 yg betul, short cut, tak studi.. akhirnya tak mampu nk buat.

  6. […] This post was mentioned on Twitter by Mye, Mommy Lyna. Mommy Lyna said: Kaedah al-Baghdadi Untuk Mengajar Anak Mengaji http://goo.gl/fb/VsfbH […]

  7. babynadhrah Avatar

    kaedah ni ade dipraktikkan di sekolah nadhrah… sejauh mana keberkesanannya, saya tak dapat nak komen lagi sbb baru 2 bulan sekolah.. tapi di rumah kami pakai iqra saja, sambil tu kami guna juga kaedah baghdadi ketuk2 tu… huhu…

    1. Mommy Lyna Avatar

      nadrah bole kasik testimonial nanti ni 😀

  8. liana Avatar

    Saya baru tau ada albaghdadi nih..nak try gak la tuk ajar hannah ngaji coz bile ajar guna iqra..dia bace tp x tgk pun buku tu..ke saya ajar awal sngt coz dia baru 3thn?mane nak dpt buku nih ek n brape harganya?

    1. Mommy Lyna Avatar

      dia ada set dgn cards tp saya beli yg buku je dulu nk tgk. RM50 dapat buku tamhid, buku tajwid & ketuk2 tu

  9. masalifah Avatar

    hmm..betul betul betul. saya stuju!!! kecik2 dulu saya start mengaji bukan mula dengan mengenal huruf alif ba ta walaupun budak2 lain sibuk belajar mengeja. saya mula dengan baca alfatihah..dan surah2 seterusnya. dari situ guru terangkan huruf, baris panjang pendek dan hukum tajwid.

    [saya rasa mengeja itu payah]

  10. titan Avatar

    ohh..main ketuk-ketuk..

  11. kinna Avatar

    dlm ikim.fm ade iklan/ slot psl al-bahgdadi ni..budak 3 tahun pon lancar baca.. nak apply kat my kids later :))

  12. Suraya Abdul Mokta Avatar
    Suraya Abdul Mokta

    Sy pun berminat nk belajar kaedah n coz nk try utk ank yg dh berumur 8 thn. Blh terus faham ke kalau guna buku tu jer atau mesti belajar dgn mana2 ustzh dulu? Hrp dpt penjelasan lanjut. tqvm….

  13. haslina Avatar
    haslina

    Salam,
    Kalau nak beli buku ini, boleh dihantar ke Singapura?
    Terima kasih
    Haslina

    1. Nur Diana Avatar

      Buku ni tak dijual melainkan pada mereka yang tahu nak guna…sebab untuk belajar,kena ada teknik..untruk Singapura..Ustaz Jalal ada pergi Singapura untuk kursus perunding pada 7 dan 8 Julai 2012 ni..jemputlah untuk mengetahuinya

      http://alcseksyen8.albaghdadi.net.my/

  14. dura Avatar
    dura

    slmm,mcamana nak bli buku albghadi ni?

  15. Zulaikha Avatar
    Zulaikha

    Salam kak,
    Saya agak berminat apabila terbaca tentang perkongsian pengajaran yg digunapakai utk anaknya dlm pengajian mengaji.Saya sedang cuba menggunalan kaedah furqan tetapi totally clueless how to go abouy it dan saya menjadi lemau bila anak saya tidak boleh concentrate sepanjang ‘percubaan’ sy mahu mengajarnya.anak saya umurnya 2thn 4bulan dan saya mahu dedahkan dia mengaji pd usia seawal mungkin ttp saya totally clueless?? Ada tips tak yg boleh dikongsi sama…

  16. Norimy Avatar
    Norimy

    Salam, harap saya dapat kongsi mommy Lyna punya cerita di facebook saya. Sudi-sudikan lah like and share page ini http://www.facebook.com/AlBaghdadiLearningCentreKulimKedah.

  17. MASHITAH Avatar
    MASHITAH

    Assalamualikum….saya nak tau….macammana cara pembelajaran teknik TITIAN UNTA dan TEKNIK BACAAN BERIRAMA?
    Kaedah SAS tu apa? boleh pihak tuan terangkan?

  18. Nadia Avatar
    Nadia

    muqaddam tu kaedah baghdaadi juga.

  19. Fairuza Mansor Avatar

    Assalamualaikum,

    Terima kasih kak di atas perkongsian yang sangat bermakna ini. Moga dapat membawa manfaat untuk semua. Kebetulan saya sedang mencari kaedah untuk memudahkan anak saya membaca dengan mudah.

Leave a Reply to Raudhah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge