Jujur Aku Dayus, Cerekarama TV3 Terbaik!

admin Avatar

Saya cuba untuk tidak menonton sebarang rancangan TV malam tadi memandangkan kami ada gathering WoHoWo ’12 pada esok paginya.. Haruslah saya tidak mahu terlambat (walaupun lambat jugak uhuhu).


Cerekarama ‘Jujur Aku Dayus’ lakonan mantap Beto Kusyairy dan Nora Danish adalah antara antara drama slot Cerekarama terbaik setakat ini. Kenapa terbaik?

– Penuh saspen. Dari awal sampai akhir duk berteka-teki saja.
– Not-a-typical-Malay-telemovie. Dari judulnya, trailernya, ceritanya, tak dapat nak agak apa yang berlaku dan akan berlaku.
– Sarat dengan pengajaran dan nilai murni, cewah.

Cerita ni mengisahkan Edree (lakonan Beto Kusyairy) yang berjaya mengubah Lisa (lakonan Nora Danish) dari seorang gadis sosial menjadi wanita solehah gitu, dan mengahwininya.

Konflik bermula bila Edree pergi bertugas di Jepun, mengalami kemalangan dan bila sembuh balik ke rumah, dia enggan tidur di bilik tidurnya. Jadi konflik yang penuh teka-teki bila:-

– Kemunculan Aishah (bekas tunang Edree) yang mengandung
– Edree menjadi sangat dingin dengan Lisa
– Edree selalu sindir-sindir-mata-ke-atas-tangan-di-dada bapak mentuanya

Lisa asyik sedih aje & Edree banyak habiskan masa dengan Aishah. Nampak macam Edree yang curang. Fuh, memang berpeluh Jujur Aku Dayus ni. Tak tahu nak telah apa yang akan terjadi.

Konflik berakhir dengan saspen juga. Lis menuduh Edree menghamilkan Aishah, minta cerai dan balik rumah Papanya. Edree pula meluah kepada Aishah yang dia sangat sayang pada Lis. Kakak Lisa pula cuba korek2 dari Edree apa yang berlaku tapi Edree taknak cakap.

Akhirnya pada hari yang sepatutnya mereka ‘bercerai’, Edree berterus terang kenapa dia berubah. Dan sebab itu jugalah dia kemalangan. Terkejut, Lisa juga menerangkan apa yang berlaku. Ternyata keduanya dalam keadaan ‘salah faham’ sekian lama.

Akhirnya semua selesai. Selamat pengantin baru katanya…

Pengajaran yang menarik:-

– Suami isteri kena transparent, jangan simpan2 nanti boleh bawa keruntuhan rumahtangga.
– Jangan keluar dengan lelaki lain tanpa izin suami.
– Jangan berhubung lagi dengan ex-, bahaya woooo.
– Sayangi suami/isteri kerana Allah (sangat sweet~)
– Suami isteri sebaiknya jangan berjauhan lama2, boleh menimbulkan fitnah 😀

Apa pun, mantaplah drama ni. Tahniah pada semua yang terlibat. Harap2 lebih banyak drama seumpamanya dikeluarkan di Malaysia ni – drama bermanfaat.

Beto Kusyairy, naik saham kot? 😀

admin Avatar

9 responses to “Jujur Aku Dayus, Cerekarama TV3 Terbaik!”

  1. salzahari Avatar
    salzahari

    Ye..Setuju.

    Cumanya, lembabs gila !! Arkkss………….

  2. eliss Avatar

    ambo tak sempat tengok hari tu sebabnya tubik makan kat luar.

  3. laila Avatar

    ingat nok tgk jugok.. tp termiss.. lamo doh tok ngadap tv.. huhuhu.
    dulu2 mmg tunggu cerekarama tp akhir2 ni sokmo cite mengarut jah.. tu yg tok ngadap tu.. rupanya bes eh…

  4. lin Avatar

    ala..melepas nk tgk.best eh..baca review mla mcm best je..kena tengok kat tonton ni..

  5. Coffee Mama Avatar

    Agreed! I pun duk berteka-teki dari awal sampai habis…nasib baik happy ending 🙂 Banyak pengajaran..Komunikasi sgt penting dalam sesebuah rumahtangga..

  6. Pnut Avatar
    Pnut

    kitaorang kat geng penulis skrip pun memuji2 cerekarama ni…
    terbaik… husband akak yang tak minat tgk cerita melayu, layan drama ni sampai abeh, sbb geram.. biasa drama melayu kalo dia tengok, 15 je dia boleh agak ending cemana, tapi malam tu suspen betul

  7. nonie Avatar

    like jugak citer tu & sangat sangat tersentuh… hmmm….

  8. Asiah Abd Jalil Avatar
    Asiah Abd Jalil

    Saya paling suka part 1, 2, 3 tu. Yang ayah Lisa cakap, 1) awak tak layak kerja kat sini, 2) awak tak layak untuk anak saya, 3) saya tak mau jumpa awak lagi… Dan dijawab dalam scenes yang berasingan. Seriously, sangat kreatif!

  9. Ummi Hanie Avatar

    tgh sy dok berteka teki…tertidur pulak tawu2 dah ending … boleh gitu? :p

Leave a Reply to lin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge