,

Jom Simpan Wang Untuk Masa Depan Anak-Anak

admin Avatar

Islam mengajar kita bukan sekadar perkara-perkara ritual keagaaman (ibadah) tapi sebenarnya mencakupi seluruh sistem kehidupan kita. Sebab tu lah kita kata Islam is the way of life. Kalau setakat solat, puasa tapi tak amalkan cara hidup Islam, tu mungkin kita belum ‘cukup Islam’ lagi tu.

Satu perkara yang diajar oleh Islam ialah perancangan kewangan. Bukan saja tentang nak merancang, tapi juga bagaimana nak berbelanja, dan apa yang kita dibuat dengan duit-duit lebihan kita. Mantap, kan?

Bila bercakap tentang merancang kewangan, biasanya kita akan gunakan ayat 47-48 Surah Yusuf ini sebagai panduan:

“(Nabi) Yusuf menjawab: ‘Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan (untuk masa susah) baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).” [12:47-48]

Secara direct translation (bukan mentafsir ayat), Nabi Yusuf menyuruh orang2 Mesir (kita lah tu) supaya bersedia dengan bekalan untuk kedatangan masa-masa sukar di hari depan.

Mari kita buat refleksi sikit terhadap realiti kehidupan kita. Suka atau tidak, kita akan alami perkara ini:-

  • Harga barang naik
  • Harga rumah naik
  • Belanja naik
  • Gaji tak semestinya naik

Itu hakikat. Kita tak boleh nak tunggu tiba2 gaji kita jadi banyak, dan harga barang turun mendadak. Cuba tanya mak ayah kita, atau makcik-pakcik kita yang dapat gaji pertama mereka mungkin 30 tahun lalu… dan cuba compare dengan gaji pertama kita. Selepas 30 tahun, adakah beza gaji sampai RM10,000? Kalau macam saya kerja engineer dulu, beza gaji pertama dalam tak sampai RM1000 pun. Dalam tempoh 30 tahun ye.

Tengok pula harga rumah. Tanya mereka rumah pertama yang mereka beli/bina, berapa kosnya? Tengok pulak rumah pertama kita. Ada tak beza harga rumah tu berpadangan dengan beza gaji? Kalau gaji beza RM1000, rumah pun beza harga RM1000? Dah tentu tak! Kita tak boleh nak lari dari realiti ni.

Ini apa yang berlaku di zaman kita. Fikirkan pula zaman anak-anak kita…

Saya dulu belajar mak ayah tak keluarkan duit pun (duit belanja je sesekali kalau terlebih enjoy mintak jugak :P). Semuanya ditanggung oleh syarikat yang menaja pengajian saya. Tapi.. bila saya cakap-cakap dengan beberapa orang kawan, kebanyakannya bukan Bumiputera, mereka cakap macam ni “Kau takpe, kau Bumi, kau boleh dapat scholar. Kitorang peluang tu tak banyak, jadi nak taknak mak ayah kena ada saving untuk tanggung kitorang belajar”.

Saat tu barulah saya terfikir… Macamana kalau zaman anak-anak saya, dah tak ada keistimewaan scholarship, macam yang saya dapat? Atau terlalu banyak persaiangan hingga yang betul2 top student saya yang dapat?

Sejak tu saya mula berfikir untuk membuat simpanan bagi menanggung pengajian anak-anak. Lepas tu datanglah kisah-kisah ‘tak sambung belajar sebab tak mampu nak bayar yuran”. Itu realitinya kan? Saya taknak anak-anak saya terpaksa menanggung risiko atas sebab saya yang tidak menabung untuk masa depan mereka.

Apa yang saya buat untuk membuat tabung simpanan bagi masa depan anak-anak?

Ubah gaya hidup

Seebenarnya takde apa sangat yang nak diubah pun… Saya memang seorang yang simple dari dulu. Kasut cuma sepasang, baju, tudung asyik rotate yang sama. Barang-barang yang ada pun yang basic keperluan. Jadi saya teruskan gaya hidup simple sebegitu sampai sekarang. Biar tak bergaya, asalkan tak papa.

Bina prinsip kewangan peribadi

Sejak saya mula dapat gaji, apa yang saya amalkan ialah – simpan dulu baru belanja. Yang kita simpan tu pun bukannya untuk orang lain, untuk kita juga. Kalau belanja dulu, sama ada yang disimpan cuma syiling-syiling, atau langsung takde simpanan… Siap negatif pulak tu. Haih, bahaya tau!

Menabung dan jangan korek tabung

Bila sebahagian gaji dah disimpan, kadang-kadang rasa tak cukup. Teringat pula ada tabungan… Korek tabung??? No no no! Kecuali tabung yang memang kita dah rancang nak buat apa, wajar dikorek bila dah sampai masa nak buat benda tu. Tapi kalau tak cukup duit, jangan sesekali korek tabung, tapi….

Cari wang sampingan

Sejak awal bekerja saya dah mula belajar-belajar dan memulakan perniagaan online. Dapatlah setakat nak beli lampin anak.. Alhamdulillah, lama kelamaan income dari bisnes part time pun dah lebih dari gaji… masa tu lah start berangan nak berhenti kerja 🙂

Jangan berhutang

Selain dari yang nak taknak kena juga hutang seperti rumah dan kereta, benda-benda lain janganlah berhutang. Tak kiralah hutang dengan bank ke, kawan ke, kakak ke, apa lagi kalau hutang dengan along. Untuk mengelakkan dari berhutang, kita memang kena kerja keras untuk mencukupkan keperluan peribadi dan keluarga. Benda-benda hutang ni bukan benda kecil.

Rajin bersedekah

Sedekah adalah benda yang kita guna duit kita tapi tidak akan memiskinkan kita. Nak sedekah jangan tunggu kaya. Banyak benda yang kita boleh buat yang berkonsepkan sedekah. Bila kita suka tolong orang, Allah akan tolong kita.

Berkawan dengan orang-orang yang celik kewangan

Kita akan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan kita. Carilah kawan yang bijak mengurus kewangan, bukan bijak mengurus poket sampai sendiri pun jadi kurus. Orang yang celik kewangan akan ada banyak tips dan cara macamana nak menabung untuk pulangan yang lebih baik. Mereka biasanya tak suka joli2 menghabiskan duit dan masa.

Kesimpulannya, nak tak nak kita mesti fikir tentang masa depan anak-anak kita. Mulakan dari sekarang, insya-Allah hidup kita pun takkan susah dan bertambah berkat.

 

admin Avatar

3 responses to “Jom Simpan Wang Untuk Masa Depan Anak-Anak”

  1. Raihanah Ahmad Avatar

    insyaAllah jom menabung!

  2. sharmien Avatar

    tips yg sempoi utk rakyat marhaen spt saya

  3. Azwan Avatar

    Berkawan dengan orang celik kewangan tu pada saya nasihat paling berguna. Menabung, dari kecil selalu mak pesan suruh menabung, dah mula kerja bapa pula sambung ingatkan, tapi tak pernah buat pun. Apabila berkawan dengan orang yang ‘celik duit’ ni baru nampak, kenapa perlu menabung, kenapa perlu jimat, kenapa perlu kerja rajin. Biasalah, akal manusia, semua nak justifikasi.

Leave a Reply to Azwan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge