,

Jom Naik Feri Ke Pulau Pinang

admin Avatar

Pertama kali naik feri ke Pulau Pinang adalah semasa jalan-jalan Penang lepas habis pantang bersalinkan Danny. Masa tu kami sewa kereta besar sikit, maklumlah ahli keluarga pun dah bertambah.
 
 Biasanya ke Pulau Pinang lalu ikut jambatan, tapi bila bawa budak-budak, nak diorang merasa angin laut dari feri pertama Malaysia ni.
 
 Nak ke terminal feri ni, kalau first timer mungkin keliru. Hehe, kami pun 2-3 kali u-turn sebab silap masuk.
 
 Cara nak ke terminal feri ni, dari Highway PLUS, selepas bayar tol di Plaza Tol Juru, ikut papan tanda ke Butterworth. Nanti akan jumpa tol lagi di Outer Ring Road Butterworth. Then ikut papan tanda ‘Terminal Feri’. Ikut je papan tanda tu dan kita akan sampai ke Penang Port.
 
 Kalau ada kereta beratur, ikut je laluan tu. Kalau tak ada, ikut arah papan tanda untuk kereta. Sebelum masuk ke feri, kena buat bayaran dulu, RM7.70 untuk satu kereta. Kalau dari pulau ke tanah besar, ia percuma! Tak payah bayar 🙂
 


Nanti akan ada orang bagi isyarat, nak berhenti ke, nak jalan ke. Bila feri dah sedia, masuk dan terus ke depan untuk parkir. Tarik handbrake, dam bolehlah jalan2.


Pemandangan sepanjang pelayaran…


Cantik sampan- sampan tu..


Feri ni ada macam2 nama dan warna. Itu tak penting, janji boleh belayar.


– Posted using BlogPress from my iPhone

Tagged in :

admin Avatar

3 responses to “Jom Naik Feri Ke Pulau Pinang”

  1. Naimah Wahab Avatar

    Boleh masuk list destinasi cuti nnt nih. Thx for sharing

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mesti g kak naimah! syok bawa budak2 naik feri 😀

  2. Rina Avatar

    Wah lumayan juga ya biaya naik kapal feri di pulau Pinang tu …

Leave a Reply to Naimah Wahab Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge