Jom Bercuti Sambil Bershopping di Sunway Putra Hotel

By | February 21, 2017

Salah satu perkara yang kami sekeluarga suka buat, selain travel ke luar negara, ialah staycation atau ber-vacation di tempat sendiri. Bukan je mudah tapi juga jimat! Tak payah nak fikir2 tukaran wang asing, tak payah nak beli tiket flight, tak payah nak fikir banyak2!

Korang yang tinggal di Kuala Lumpur atau di luar KL sekalipun, jangan lupa Kuala Lumpur adalah satu destinasi vacation dan staycation yang best tau! Memang lah kat KL ni ada pantai tapi takde air macam Pantai Dalam, dan bukit tak berpokok macam Bukit Bintang, tapi banyak sangat tempat yang sesuai untuk santai seisi keluarga sambil bawa anak2 belajar macam2, contohnya Aquaria, Kidzania, Taman Burung, Taman Rama-Rama, Muzium Negara, Zoo Negara, Tugu Negara dan macam2 lagi lah.

img_aquaria

Selain pada tu, kalau kita ni jenis suka dgn benda warisan dan budaya ni,  boleh la berkunjung ke Kompleks Kraf.Kat situ kanak-kanak dan orang dewasa boleh belajar tentang kraftangan Malaysia, coz dorang akan membuat demonstrasi dan sesi amali. Dan yang lagi best masuk adalah FREE!

Dan yang paling penting, Kuala Lumpur juga antara syurga membeli-belah bagi mereka yang kaki shopping, dari barang yang mahal dan berjenama sehinggalah barang yang murah. Setaraf New York OK! Almaklumlah, kat sini memang terdapat banyak jenis shopping mall, such as Mid Valley Megamall, Sunway Putra Mall, Sogo, Suria KLCC, etc.

Kenangan…. dah 5 tahun meninggalkannya.

Kalau korang nak cari baju kurung or tudung yang murah-murah, korang boleh pegi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman, atau nama famousnya ialah Jalan TAR.

OK sebenarnya takde la nak cerita pasal tempat2 menarik di KL pun. Banyak sangat kalau nak list esok tak habis. Tapi nak cerita pasal staycation ni.. Kalau kitorang ni staycation memang takde la nak duk kat rumah. Kena jugakla amik mood vacation. Keluar dari kebiasaan… barula release sikit kepala. Kalau tak, asyik jumpa benda sama je, tak kesudahan…

Antara hotel2 yang sesuai untuk staycation dan utk orang luar KL stay sepanjang vacation korang.. saya suka kat satu hotel ni –  Sunway Hotel. Terdapat banyak Sunway  Hotel di KL ni.. So mungkin korang taktau mana satu yang best nak stay kan. Sebaiknya korang buat review dulu guna Traveloka.  Taip di ruang ‘Destination’ tu —> “SUNWAY HOTEL KUALA LUMPUR” dan korang akan boleh view hotel tu dengan review yang pernah menginap kat situ sekali.

TRAVELOKA

Alang2 tu nak cerita la kan, Sunway Hotel ni banyak locate tempat yang best seperti Sunway Putra Hotel. Hotel ni kat Jalan Putra, Chow Kit, dekat2 dengan PWTC, Menara KL… kalau sanggup jalan kaki laaa (eleh, kat KL kemain takleh jalan, pi Korea jalan 30km sehari selamba je…). Hotel ni 5 Star so korang boleh expect la bilik dia besar, banyak choice, banyak facilities….

Ada bilik Superior room, Deluxe room, Club room, Suite room pun ada. Seperti biasa, kalau korang ambik apa-apa room pun, korang boleh pilih sama ada nak yang king size bed ataupun single twin beds, dan yang bestnya Sunway Putra Hotel ni setiap bilik dia memang spacious kalau nak dibandingkan dengan hotel lain. Dah nama pun 5 bintang kan, haruslah ruang bilik dia besar kan?

Fasiliti yang ada kat sini dan mostly tak ada di hotel lain ialah JACUZZI! Kat area swimming pool tu ada dua buah jacuzzi tau. So, pada korang yang nak relax kan badan yang sengal-sengal tu, try la berendam dalam jacuzzi ni, dengan air yang suam-suam kuku tu pasti rasa sengal tu hilang punya.

Jakuzzi uols

Jangan korang tak tau pula, tempat makan yang ada kat hotel ni memang sedap tau, kalau korang nak makan ala-ala jepun boleh la singgah ke Gen restaurant, dan pada sesiapa yang teringin nak makan local food, Asian and western cuisine, diorang sediakan kat Café House. Antara tarikan lain Sunway Putra Hotel ni, kalau agak-agak korang da bosan duduk kat dalam hotel tu, korang boleh terus jep turun bawah hotel dan Jalan-jalan ke Sunway Putra Mall (dulu nama dia The Mall), confirm terus hilang rasa bosan tu. Lagi-lagi yang sejenis shopaholic (walaupun shoping tingkap jer…) nih.

So, tunggu apa lagi? Jom pergi bercuti & staycation di Kuala Lumpur!

Category: Advertorial Malaysia Truly Asia Travel with Super Kids

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

10 thoughts on “Jom Bercuti Sambil Bershopping di Sunway Putra Hotel

    1. admin Post author

      seronok, yg bestnya bawah tu shopping mall. anytime nak ape2 cari bawah

      Reply
    1. admin Post author

      tulah, untung skg byk hotel yang joint dgn shopping complex, bleh shopping2 terus

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge