,

Jejak Sakura Bersama Lyna

admin Avatar

Hari pertama di Jepun, kami singgah di Tokyo sementara menunggu perjalanan ke Hokkaido. Selepas bersarapan di hotel dan check-out, terus menuju ke stesen tren. Menaiki tren ke Akihabara (atau Akiba). Tiba di sana, cari loker untuk simpan beg-beg kami.

Pagi di Tokyo, kami menghabiskan masa di Akiba, bandar elektrik Tokyo. Kalau nak cari gadjet-gadjet boleh terjah kawasan ni.

AKIHABARA ELECTRIC TOWN TOKYO

Selepas puas pusing-pusing, kami menaiki tren ke Ueno. Dari dalam tren ni, pertama kali saya melihat pokok bunga sakura yang mekar berbunga waktu itu.

Tiba di Ueno, kami melintasi landasan tren (guna jejantas, jangan lintas macam tu je!) untuk ke Ueno Park.

no smoking campaign
Kempen larangan merokok di Ueno Station
EUNO STATION
Cross train track dan jalan raya

Orang Jepun ada satu budaya yang dipanggil ‘hanami’ iaitu ‘tengok bunga’. Pada musim sakur berbunga, mereka lepak-lepak, berkelah sampai makan-makan di taman-taman yang ada bunga sakura.

Memang cantik sekali bila bunga-bunga sakura ni gugur. Mengikut kepercayaan orang Jepun, sesiapa yang dapat menangkap kelopak sakura yang gugur, hajatnya akan dikabulkan ^^

hanami under sakura tree
Orang Tokyo ber-hanami di bawah pokok sakura
bunga sakura
Bunga Sakura yang cantik

Cantik sangat, dan baunya harum (tapi tak seharum bunga melur kita ^^). Jom tengok gambar lah ya. Tak tau nak describe perasaan pertama kali tengok sakura, yang saya idamkan sejak sekian lama.

cherry blossom

hanami

euno park tokyo

sakura kebun bunga

taman euno tokyo

euno sakura cherry blossom

Tak puas-puas rasanya menyaksikan keindahan ciptaan Allah ni. Tapi disebabkan mengejar masa, kami singgah sekejap sebelum solat di Masjid As-Salam yang berdekatan dengan Euno Station ni, sebelum meneruskan kembara teroka Tokyo hari itu.

masjid assalam

Jauh juga nak menapak, syukurlah cuaca agak sejuk, jadi tak adalah berpeluh ketiak 😀

admin Avatar

12 responses to “Jejak Sakura Bersama Lyna”

  1. hafizrahim Avatar

    Wah..bestnya..nak tanya, berapa total kos habis kat sana?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tambang KL-Tokyo dalam RM800 one way, hotel dalam RM300 satu malam, makan2… nak jimat makan onigiri 7 Eleven 😀

  2. fyna Avatar

    bestnya dapat pergi oversea. fyna teringin nak pergi korea ^_^

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Insya-Allah, semoga semua hajat fyna tercapai 😉

  3. Ummi Hanie Avatar

    jejak ke jepun dah kak Lyna…

    hubby pun jejak jepun last year, jelez tak dapek ikut

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      lepas ni suh dia bawak hehe

  4. Ina Avatar

    Alaa tak boleh lah tgk pasal Jepun. Hati ku dirobek2. Rindu Nihon sobs sobs!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      jom pegi hehe

  5. Rina Avatar

    bunga yang sangat cantik sekali nie, 🙂
    kalau tak salah di Malang,Indonesia juga sudah di tanam bunga sakura tapi tak taulah apa sudah mulai berbunga juga sebab musimnya juga berbeda dengan Jepang

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      wah, harus kunjung ni ^^

  6. irfa Avatar

    CUACA DIORANG SESUAI UTK BERKELAH KAT LUAR
    MCM KAT TP KITA..MAK AI,PANAS WEI

  7. Wooclip @Download film 720p Avatar

    It made me feel like I’m with you on the trip (the photos are inviting!)

Leave a Reply to irfa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge