Hari pertama di Jepun, kami singgah di Tokyo sementara menunggu perjalanan ke Hokkaido. Selepas bersarapan di hotel dan check-out, terus menuju ke stesen tren. Menaiki tren ke Akihabara (atau Akiba). Tiba di sana, cari loker untuk simpan beg-beg kami.
Pagi di Tokyo, kami menghabiskan masa di Akiba, bandar elektrik Tokyo. Kalau nak cari gadjet-gadjet boleh terjah kawasan ni.
Selepas puas pusing-pusing, kami menaiki tren ke Ueno. Dari dalam tren ni, pertama kali saya melihat pokok bunga sakura yang mekar berbunga waktu itu.
Tiba di Ueno, kami melintasi landasan tren (guna jejantas, jangan lintas macam tu je!) untuk ke Ueno Park.
Orang Jepun ada satu budaya yang dipanggil ‘hanami’ iaitu ‘tengok bunga’. Pada musim sakur berbunga, mereka lepak-lepak, berkelah sampai makan-makan di taman-taman yang ada bunga sakura.
Memang cantik sekali bila bunga-bunga sakura ni gugur. Mengikut kepercayaan orang Jepun, sesiapa yang dapat menangkap kelopak sakura yang gugur, hajatnya akan dikabulkan ^^
Cantik sangat, dan baunya harum (tapi tak seharum bunga melur kita ^^). Jom tengok gambar lah ya. Tak tau nak describe perasaan pertama kali tengok sakura, yang saya idamkan sejak sekian lama.
Tak puas-puas rasanya menyaksikan keindahan ciptaan Allah ni. Tapi disebabkan mengejar masa, kami singgah sekejap sebelum solat di Masjid As-Salam yang berdekatan dengan Euno Station ni, sebelum meneruskan kembara teroka Tokyo hari itu.
Jauh juga nak menapak, syukurlah cuaca agak sejuk, jadi tak adalah berpeluh ketiak 😀
Leave a Reply