Itinerary Korea: Busan, Jeju, Seoul – PART 1

By | October 23, 2016

Trip dah lama tapi baru nak tulis itinerary… Hiks.Perjalanan kami sekeluarga ke Korea Selatan – Busan, Jeju dan Seoul.

  1. Kami memulakan perjalanan dari KUL ke Busan dengan pesawat Air Asia X. Perjalanan agak panjang dalam 7 jam, jadi kami ambik pakej Notes bagi budak2 leka sikit. Biasalah budak2, bukannya boleh duduk saja… Dahla Air Asia tak ada skrin TV.

OK, ni dia summary itinerary..

Day 1 – Busan

  • Gukje Market
  • Jagalchi Market

Kami tiba di Busan dah petang, jam 4 landing di Gimhae, ambil cab ke hotel di Samyeon. Samyeon ni kira centre la kat Busan ni. Hotel ni sangat dekat dengan Metro, dan Gukje Market pun kat depan dia je.

First day kami berehat, jalan2 di Gukje Market dan menikmati seafood (fresh & raw!) di Jagalchi Market.

Dari Samyeon Station ke Jagalchi Stationl ada direct metro train (Line 1 kaler oren, 8 stops).

Di Busan ni boleh guna T-money atau beli day-pass untuk tren hrganya 4,500 Won (dalam RM16) untuk unlimited rides sampai last tren untuk hari tu.

Day 2  – Busan

  • Haeundae Beach
  • Sea Life Busan Aquarium (fee adult 25,000 won,child 19,000 won)
  • Haeundae Market
  • Dalmaji-gil Road
  • Gwangalli Beach

Pagi2 dah keluar ke Haeundae Beach. Ia satu pantai berteluk yang famous di Busan. Dari Samyeon naik metro Line 2 (purple) ke Haeundae.

Tengok2 je pantai. Panas walaupun masih pagi.

Jadi kami bawa budak2 ke Sea Life Busan Aquarium. Very nice & huge aquarium. Sampai tengahari kat sini then sambung ke Haeundae Market .

Tiga2 tempat ni dekat2 je. Sea Life Aquarium memang terletak di Haeundae Beach, dan Haeundae Market just across the road.

Tapi nak ke Dalmaji Gil kena ambil bas nombor 1003 ke Dalmaji. Kena cakap siap2 kat driver nak turun mana & minta dia bagitau bila dah sampai… Takut terlepas!

Dalmaji Gil ni tempat view bunga sakura tapi sebab kami pegi masa nak masuk autumn, jadi takde lah sakura mananya….

Bila dah hampir senja, kami plan nak tengok Gwangalli Bridge di Gwangalli Beach. Naik bas lagi (no 39) ke Gwangalli. Beli kebab di satu kedai Arab dan dinner di tepi pantai Gwangalli sambil tengok lampu warna-warni di jambatan Gwangalli.

Malam tu jalan2 di sekitar Gwangalli sebelum ambil tren balik ke Samyeon. Line 2 (purple) dari Gwangan Station.

Balik2, packing untuk ke Jeju esok!

Day 3Busan to Jeju Island

  • Yongdusan Park
  • Busan Tower (4,000 won)
  • Gwangbok-Dong
  • Jeju

Pagi-pagi kami cheakout, left luggage dan ambil tren ke Nampo Station (Line 1, oren). Pegi mana? Yongdusan Park! Di mana letaknya Busan Tower.

Kat park ni ramai warga emas beriadah. Sempat la tegur atok2 yang sedang main chess. Dekat sini ada tempat kebajikan warga emas rupanya. Patutla ramai atok2.

Lepas tu naik Busan Tower (4,000 won per entry). Wahh seronok okeh boleh nampak Busan dari pelbagai sudut.

Turun je dari tower, kami jalan ke Gwangbok-dong,shopping street di Busan yang digelar the Myeondong of Busan. Takdela beli apa-apa pun cuma jalan-jalan je.

Jalan sampai ke Lotte Mart, rehat sambil tengok persembahan air pancut muzikal dalam mall ni.

Lepas settle makan semua,kami ambil tren dari Nampo ke Samyeong. Ambil beg dan naik tren ke airport.

Penerbangan ke Jeju menaiki Asiana Air. Weehu! Tak sabar nak tengok apa ada di Jeju!

Kami sampai di Jeju kira2 jam 8 malan. Ambil kereta dan terus ke hotel di Jeju City. Celah2 je la hotel ni, haiyo memang bikin sesat jalan sini.

Dekat hotel ni ada restoran India jual makanan halal. Apa lagi terus ke sana redah kegelapan. Boleh tahan makanan dia. Lepas makan kami balik tidur je,penat.

Day 4 – Jeju

  • Hallim Beach
  • Jeju World Cup Stadium
  • Seogwipo
  • Cheonjiyeon Fall (adult 2,000 won; child 1,000 won)
  • Saeyeongyo Bridge
  • Bird Island (Saeseom)

Dari hotel kami bergerak ke selatan Pulau Jeju which most of the attractions located. On the way tu singgah di Hallim Beach. Pantai kat sini berbatu-batu. Sempatla rehat dan bergambar.

Kemudian sambung perjalanan ke Jeju World Cup Stadium. Lepas tu barulah ke hotel. Tak boleh check in sebab awal lagi. So drop beg je.

Jeju ni tak besar pun.dari airport ke Seogwipo dalam setengah jam je. Cuma bab menyinggah tu je lah. Hotel kitorang dekat dengan Olle Market. Jalan kaki across the road je.
Lepas letak beg dan rehat kejap, kami keluar ke Cheonjiyeon Fall. Kat Jeju ni ada 2 air terjun nama dekat sama – Cheonjiyeon Fall dan Cheonjeyeon Fall. Beza I dengan E je tapi jarak dua2 ni jauh tau.

Cheonjiyeon kanan,Cheonjeyeon kiri

Cheonjiyeon maksudnya Kolam Dewa. Ikut lagendanya dewa2 turun mandi kat situ. Untuk sampai ke air terjun utama, kena jalan kaki dalam 1km. Kena bayarrr, yesss (sila refer tajuk di atas). Tempat ni buka dari jam 7 pagi hingga 10 malam.

Just across the road, ada Jeju Submarine. Tapi dah tutup masa tu. So kami seberang ke Bird Island dengan Saengyeongyo Bridge. Jambatan ni memang unik. Tapi angin kuat sangat.

Dari pulau ni boleh tengok 3 lagi dia punya sister islands – Beomseom, Munseom & Seopseom.

Bersenja kita di sini sebelum balik hotel.

Malam tu cari buah di Olle Market. 

Makan2 kat Seogwipo ni…kami pegi interview tokei kedai makan depan hotel. OK..semua seafood based, takde daging, takde ayam, takde babi, takde arak. Habis guna segala app cakap Korea.

Pakcik tu siap tanya”Korang ni Muslim ke? OK saya tahu Muslim takleh makan ini ini ini. Kedai saya takde bebenda tu” gitew.

Alhamdulillah dapat makan sedap malam tu. Terbayang2 lagi rasa ketam kicap dia. Sedap sesangat.

Panjang pulak rasanya cerita Korea ni. Sambung lain lah.

Category: 2013 - Korea Travel with Super Kids

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

2 thoughts on “Itinerary Korea: Busan, Jeju, Seoul – PART 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge