Itinerary 8 Hari di Ireland Musim Bunga 2015

By | August 12, 2015

Pada penghujung Mei lalu, kami berlapan termasuk mentua dan kedua adik ipar saya berangkat ke sebuah negara yang jarang disebut (sekurang-kurangnya oleh saya), Ireland. Kami berkembara di Ireland selama 8 hari termasuk travelling day.

Ireland ni terbahagi kepada 2 : Republic Of Ireland di selatan, ibu kotanya Dublin. Dan sebahagian dari United Kingdom di utara, ibu kotanya Belfast. Nak keluar-masuk di kedua-dua wilayah ni tak perlu check passport. Tapi kalau guna talian telefon, keduanya kira negara berbeza. Jadi operator pun berbeza la ye.

irelandmap

Mode of public transportation kat sini adalah tren dan bas. Kami memilih untuk sewa kereta dan memandu sendiri.

Berikut adalah ringkasan itinerary sepanjang kami berada di sana.

Hari 1:

  • Hari ketibaan
  • Dingle

Berangkat dari London Heathrow Airport Terminal 2 ke Dublin dengan menaiki pesawat Aer Lingus (CEO MAS dulu kat sini). Budak-budak suka betul dengan pesawat ni, sebab comel agaknya.

DUBLIN AIRPORT

Kami ambil flight jam 6.40 pagi sebab bajet nak sampai awal di Dublin. 6.40 pun dah cerah sangat, Subuh masuk waktu jam 3.30 pagi.

Penerbangan ke Dublin ni mencabar emosi sikit. Turbulence boleh dikatakan sejak mula mendaki sampaila turun.

Kami tiba di Dublin Airport lebih kurang jam 8 pagi macam tu. Keluar di Terminal 2 nak cari pocket wifi tapi tak ada.. Sudahnya beli simcard local di sebuah kedai runcit di situ.

Kami ke kaunter sewa kereta, rupanya kena naik coaster ke tempat sewa kereta tu. Di luar dari kawasan airport. Disebabkan kami ada 8 orang, kami sewa 2 buah kereta…. tapi jadi kelam kabut sikit sebab mereka tak benarkan individu di bawah umur 25 tahun tak boleh nak sewa…

Jadi adik ipar saya kena jelajah dari satu company ke satu company… akhirnya jumpa juga. Syarikat Sixt tak ada regulation macam tu.

Di Ireland kita kena kemukakan IDP (International Driving Permit) atau Surat Kebenaran Membawa Kereta Antarabangsa. IDP ni boleh buat di JPJ dengan bayaran RM150 setahun dan bawa gambar sekali. Masa ambil gambar cakap untuk buat IDP.

INTERNATIONAL LICENSE

Hari pertama ni kami memandu dari Dublin ke Dingles. Jauh jugak jaraknya dalam 350km… dalam 5 jam pemanduan. Itu belum masuk berhenti makan, berhenti servis, berhenti beli barang masak 🙂

DUBLIN DINGLE IRELAND

Sampai di Dingle pun dah hampir malam. Kami menginap di Ard Na Mara, sebuah holiday home 4 bilik yang sangat selesa.

Sampai-sampai je semua orang dah penat. Dengan jetlag lagi… terus semua tidur, sedar-sedar jam 2 pagi (jam 9 pagi waktu Malaysia), terus cerah mata semua orang termasuk budak-budak 🙂 Apa lagi, kami masak, dan makaaaan.

Hari 2:

  • Ring of Kerry

Ring of Kerry adalah tourist route yang terkenal di sini. Ia merangkumi jalanraya sejauh 180km berkeliling.

IRELAND

Ring of Kerry menyediakan pelbagai landskap yang sangat cantik terutama cliff, kampung dan lembah. Saya tak dapat nak ambil gambar satu lembah yang sangat cantik tu kerana angin kuat sangat.

Kami memang banyak ambil masa berhenti ambil gambar.

Sempat makan tengah hari di sebuah restoran yang menghadap Valentia Island. Tak berkesempatan sampai ke sana sebab GPS kami menghadapi masalah. Tak keluar paparan skrin. Keluar suara saja! Apa lagi, terus guna peta yang diambil di airport sampai lunyai.

Oleh itu kami banyak kali masuk lorong tikus sebab tak boleh nak agak GPS bawa kami ke mana. Sebab tu juga tak sampai ke Valentia Island.

Tapi jalan macam orang buta ni seronok juga… dapatlah kami merasai perjalanan yang seperti ini…

ring of kerry2

Sangat suspens OK. Bayangkan jalan sempit cuma satu lorong saja, lalu ikut celah-celah bukit. Kalau ada kereta datang dari arah bertentangan, pandai-pandailah nak selit. Itu belum line telefon yang ‘No Service’ di sepanjang jalan ni. Sampaikan kami terpisah dengan kereta lagi satu.

Selain dari Dingle Harbour, satu tempat yang unik dan mesti pergi di Dingle ni adalah Dunquin Pier. Dunquin ni satu town kecik yang terletak di bahagian paling barat di Ireland. Yang uniknya pier dia ni, ada satu jalan kecil je yang turun ke pier & tempat ni among the most picturesque sunset view kat Ireland ni.

ringofkerrydingle2

Hari 3:

  •  Killarney National Park
    • Muckross House
  • Galway

Hari ni hujan lebat melanda. Musim bunga memang terdedah la kepada hujan (shower) dan tiba-tiba ada hujan lebat. Kami ke Muckross House di Killarney National Park tapi berlari-larianlah juga disebabkan hujan. Walaupun hujan tapi tetap gigih!

Killarney National Park ni taman negara pertama di Ireland. Hadiah dari Muckross Estate kepada kerajaan Ireland. Sangat banyak landskap semulajadi yang mengkagumkan. Tapi sayang sebab hujan lebat, kami cuma mampu berlegar di sekitar Muckross House saja.

HUJAN

Muckross House ni adalah sebuah mansion yang terletak di antara gunung-gunung di taman negara ni. Ada kedai, restoran dan farm. Boleh tengok haiwan-haiwan farm termasuk biri-biri dan macam-macam lagi.

Selepas makan tengah hari, kami bergerak ke Galway yang terletak 220 km ke utara. Galway adalah bandar yang agak besar juga. Ada Tesco yang buka sampai tengah malam! Itu yang best! Kami biasanya keluar dan balik semula ke sarang bila hari dah nak malam… biasanya kedai-kedai runcit ni dah tutup T__T

Di sini kami menginap di Corrib Village. Ia adalah apartment student NUI Galway (National University of Ireland-Galway) yang dibuka kepada orang luar untuk disewa.

Hari 4

  • The Burren
    • Ailwee Cave
    • Poulnabrone Dolmen
    • Black Head
    • The Dunguaire Castle
  • Cliff of Moher

Hari ni pagi-pagi lepas breakfast dah keluar nak ke Cliff of Moher melalui The Burren. Dalam perjalanan, kami banyak singgah di kawasan berbatu karst yang sangat sinonim dengan The Burren.

Bila sampai di Cliff of Moher yang sangat wow! Sebab ia ada dalam wishlist saya 🙂 Tempat parking kereta berdepan dengan komplex COM ni… Sebelum sampai ke COM ada banyak kedai cenderamata, restoran dan juga tempat pameran.

IRELAND

Selepas balik dari COM, kami ke Ailwee Cave, Poulnabrone Dolmen dan lembah-lembah di sekitarnya.

Ailwee Cave ni ceritanya macam Ahmad Albab. Hehe. Seorang pengembala kambing ni selalu kehilangan kambingnya. Satu hari dia follow kambing dia, dan kambing ni masuk ke dalam gua. Itulah bermulanya Ailwee Cave. Entah apa ada dalam gua tu ek. Entah2 memang Ahmad Albab 😛

Poulnabrone Dolmen pula adalah kawasan perkuburan. Ada satu struktur yang famous, dikatakan tempat persemadian seoragn bayi.

STONEHEDGE

Di sini persinggahan kami yang terakhir sebelum balik ke Galway, shopping barang masak, makan dan tido…

Hari 5

  • Kildare
  • Glendalough

Seperti biasa pagi2 lepas breakfast kami mula masuk kereta. Check-out menuju ke Kildare Village, sebuah chic outlet di Kildare. Tempat ni terletak dalam 180km dari Galway melalui highway M6. Kami banyak lalu highway walaupun jalan kampung lebih menarik pemandangannya…. terpaksa kejar masa.

Kildare Village ni takde besar sangat pun. Lagi kecik dari Bicester. Tapi sempat juga shopping sikit buah tangan untuk majlis buka puasa iReach di KL nanti. Kat sini susah sikit nak makan, restoran semuanya ada benda tak halal kecuali kafe stabak.

Lepas solat Asar kami bergerak ke Glendalough. Followers Lord of The Rings ni tahu la tempat ni kan.

LORDS OF THE RINGS

Hujan pula masa tu. Tapi sempat juga jalan sampai ke Upper Lake sebelum hari gelap dan bergerak ke Dublin.

Hari 6

  • Belfast
    • Giant’s Causeway

Hari ni kami ke Belfast. Tujuan utama adalah ke Giant Causeway. Belfast adalah bahagian Ireland yang terletak dalam wilayah United Kingdom. Di sini guna matawang Pound. Jadi kalau nak ke Ireland dan cover kedua2 bahagian ni (Republic of Ireland & UK) sila bawa kedua2 matawang.

BELFAST

Di antara perjalanan pergi dan balik yang panjang ni, banyak lagi lah tempat yang kami singgah. Terutama tepi2 jalan yang menghidangkan pemandangan cantik-cantik. Kota Belfast dan sempat bersolat di Masjid Belfast.

Lewat bertolak dari Belfast, tengah malam baru sampai di Dublin.

Hari 7

  • Dublin

Hari ni, sepanjang hari mengeksplore kota Dublin. Di Dublin ni kami banyak habiskan masa di kawasan yang berhampiran dengan River Liffey yang mengalir di tengah-tengah kota Dublin.

Sungai Dublin

Bandar Dublin ni tak besar mana pun. Kalau larat boleh je jalan kaki ke mana-mana sudut di bandar ni.

Kami lama bersiar-siar di Grafton Street, shopping street yang terkenal di sini.

Alhamdulillah, sempat juga bersolat di Masjid Dublin.

Hari 8

  • Howth

Hari terakhir. Sebelum terbang ke London kami ke Howth. Ia sebuah fishing village yang terletak dalam 16km saja dari Dublin. Tapi sayang sungguh hari tu hujan dan angin terlalu kuat. Sejuk sangat dan rasa macam nak terbang ditiup angin.

Sampaikan nak ambik gambar rumah api yang terkenal di Howth tu pun dapat ambil macam ni je.

rumah api

Dari Howth kami terus ke Dublin Airport. Hantar kereta dan tunggu flight ke London.

Amacam, best tak Ireland?

Category: 2015 - Ireland Panduan Itinerary Travel with Super Kids

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

7 thoughts on “Itinerary 8 Hari di Ireland Musim Bunga 2015

  1. Yahya

    Salam terbaik post ni…
    Nak tanya…masih prrlu ke IDL ..atau boleh guna standard new English driving licence kita…..
    Ada ke travel Ireland guna motorhome?…

    Reply
    1. admin Post author

      Salam Tuan,

      Ya di Republic of Ireland ni mereka minta IDP. Lesen English kita diorang taknak. & usia utk sewa kereta mesti 25 tahun ke atas.

      Ya di Ireland boleh travel dgn motorhome.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge