admin Avatar

Alhamdulillah kembara singkat kami di Melbourne, Australia berakhir jua. Ini sebenarnya sebuah pengembaraan yang last-minute-plan. Tiket dah beli lama (offer MAS) tapi dek kerana banyak sekali komitmen yang perlu dibereskan, kami hanya membuat segala booking sehari sebelum bertolak.

Bayangkanlah dengan musim panas lagi, Melbourne White Night lagi… namun alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.  Di sini saya nak kongsikan itinerary selama 4 hari kami di Melbourne.

Hari 1

Tiba di Melbourne Airport jam 10 pagi… tapi kerana banyak sekali hal, hampir jam 2 petang barulah kami dapat keluar dari airport. Kami menyewa sebuah kereta dan memandu ke Phillip Island.

Kami menginap di San Remo Hotel-Motel yang terletak berhampiran dengan jambatan ke Phillip Island. Motel ini sangat sesuai untuk keluarga kerana parking-nya terus di depan pintu masuk.

HOTEL PHILLIP ISLAND

Perjalanan dari Melbourne ke Phillip Island mengambil masa dalam 2 jam.. Tiba di hotel, kami berehat sebentar sebelum ke Penguin Parade di Phillip Island.

Penguin Parade bermula bila matahari terbenam dan berakhir dalam 50 minit selepas tu. Tiket general admission boleh beli terus di situ. Kalau nak pakej special bersama renjer.. kena la book awal2.

Hari 2

Lepas check-out, kami keluar lagi untuk mengunjungi haiwan-haiwan lain yang ada di Phillip Island. Selain penguin, ada banyak haiwan yang boleh dilawati di Phillip Island. Tapi binatang2 ni bukan jenis jinak boleh peluk-peluk lah. Kalau nak yang tu boleh ke Healsville Sanctuary.

Di sini ada:-

Nobbies Nature Park – terletak berhampiran dengan Penguin Parade. Kat sini boleh tengok anjing laut. Jauh sikit tapi OK la boleh le kenal mana satu anjing laut.

Koala Conservation Park – of course lah mesti tengok koala. Nak tengok diorang ni kena dongak-dongakkan kepala… mereka mungkin ada di atas kepala kita je!

Churchill Farm – jangan taktau sini pun ada binatang-binatang ladang seperti biri-biri dan lembu. Diorang start perah susu lembu pada jam 2 petang dan cukur bulu biri-biri jam 2.30 petang. Tak sempat kami tunggu… banyak lagi tempat menanti.

Maru Koala & Animal Park – tempat ni bukan di pulau, tapi dalam 5km macam tu. Tempat dia tak besar sangat, lebih kurang macam taman haiwan di Albany dan boleh pegang-pegang kangaru.

Kemudian memandu ke utara melalui Emerald, Gembrook, Healsville, Narberthong, dan terus ke Marysville. Sempat singgah-menyinggah makan, rehat, siap main playground di bandar-bandar kecil tu. Orang-orang kat sini peramah, menegur, berbual…

Kami check in di Marysville Caravan & Holiday Park. Memang suka dok holiday park (sesuai untuk anak ramai), walaupun Marysville ni tak seindah holiday park lain yang ada macam2 fasiliti… tapi kat sini ada jumping pillow yang budak2 suka sangat.

JUMPING PILLOW
Gambar Google

Petang tu kami cuma menikmati keindahan yang ada di campsite tu.. menegur sapa jiran-jiran (tak ramai pun lagi yang sampai hari tu). Di sini ada satu anak sungai, banyak binatang especially itik dan burung. Budak2 memang suka mengejar makhluk-makhluk tu.

Yang syioknya… berpeluang tengok Milky Way dan berjaya mbil gambar (walaupun huduh!)

Marysville ni bandar kecil je, populasi cuma 100 orang. Seperti tempat2 lain di Australia, supermarket tutup jam 6 petang, restoran pula tutup jam 8 malam. Supermarket di sebelah je, jalan kaki tak sampai 5 minit.

Hari 3

Bermulalah aktiviti menjejak segala yang ada di Marysville. Macam biasa, di sini memang banyak hiking spot.

Lake Mountain – gunung terdekat dengan Marysville, dalam 12km je ke summit. Di musim sejuk, kat sini adalah antara destinasi orang naik main snow, ski cross-country. Apa bendanya jangan tanya, batang ski pun tak pernah pegang.

Mount Donna Buang – dalam 40km dari Marysville. Kat sini famous dengan winter tobbogan ride.  Haaa, tobbogan ni tahu sebab biasa buat, hehe.

Steavenson Falls – air terjun yang terletak kira2 3km dari Marysville. Nak tengok view cantik kena memanjat dalam 800 meter… nama je 800 meter tapi kalau lawan graviti memang boleh tahan. Lagi pula dengan budak-budak.

Bruno’s Art & Sculpture Garden – terletak dalam perjalanan ke Steavenson Falls. Uncle Bruno ni orangnya suka melukis dan membuat arca. Jadi dia buat satu galeri lukisan dan sebuah taman untuk arcanya. Taman dia pernah terbakar teruk, habis patung yang dia buat musnah. Tapi dia rebuilt balik… Yang paling ironi.. masa kebakaran tu berlaku, dia tengah melukis satu lukisan tentang kebakaran. Mengingatkan saya pada pesan John Assaraf supaya lukis benda2 yang kita nak je.

Hari 4

Hari last… kami check out dari Marysville agak awal dan bergerak menuju ke Melbourne. Dalam perjalanan melalui lembah Yarra yang diselimuti ladang anggur, Yering dan Lilydale. Tak singgah pun winery tu walaupun cantik…

Dalam perjalanan sempat menyinggah di Mount Dandenong, sebuah gunung yang terletak dalam 30km dari Melbourne. Gunung ni hutannya dah macam hutan hujan tropika, tak macam hutan di Yarra Range dan Kurth Kiln yang pokoknya tinggi-tinggi batangnya.

Dan of course, kita kena pergi ke Brighton Beach yang terkenal dengan bathing box yang berwarna-warni tu sebelum lajak ke Mornington Peninsular.

COLORFUL BATHING BOX

Kami menginap di Ibis Apartment sebelum menaiki penerbangan ke KL pada esok harinya.

Begitulah liku-liku perjalanan kami selama 4 hari di Melbourne. Syukurlah, walaupun very the last minute, dengan event di Melbourne (White Night) kami berjaya menikmati bahagian pergunungan dengan kenderaan pilihan dengan izin Allah.

Itinerary kami tak meliputi Great Ocean Drive disebabkan oleh kesuntukan masa. Insya-Allah kalau ada rezeki boleh ke sebelah sana pula.

Alhamdulillah, dah 4 negeri di Australia kami jejaki. Tinggal 3 lagi – Adelaide, Darwin dan Tasmania. Adakah My Super Kids bakal menakluk Australia? Kita tunggu….

AUSTRALIAN MAP

 

admin Avatar

6 responses to “Itinerary 4 Hari di Melbourne”

  1. emalinmohd Avatar

    Best dapat berjalan melihat negeri orang 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar

      Alhamdulillah, hadza min fadzli Robbi

  2. Raihanah Ahmad Avatar

    seronok baca tapi seronok lagi kalau dapat tengok gambar. :p

    1. Mommy Lyna Avatar

      hehe menarik jugak cadangan kak Anah tu

  3. Suriya Avatar

    nak tengok gambar yang huduh tu

  4. rosli abd rahman Avatar
    rosli abd rahman

    saya akan ke Melbourne Jun, 2019 jadi bagaimana nak tempah kereta untuk kapasiti 5 org dewasa(family)?

Leave a Reply to Raihanah Ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge