Itinerari Berkunjung ke Amerika Selatan

By | January 22, 2015

Melancong, jalan-jalan, belajar, mahupun menyertai program dan sebagainya, itinerari perjalanan sangat penting supaya kita dapat merancang perjalanan dengan baik dan menggunakan masa dengan se-optimum mungkin.

Kami bermula dengan menaiki penerbangan MAS, Malaysia Airlines dari KUL ke CDG (Paris). Transit sekejap di Paris, sempat jalan-jalan di Christmas Market di Champ de Elysee, menarik kerana ada kiosk menjual kebab halal. Alhamdulillah.

Kemudian kami menaiki penerbangan Iberia dari Airport Orly, Paris ke Madrid, Sepanyol. Di sini transit tak lama, sampai saja terminal 4C, terus lari ke Terminal 4. Barang-barang semua dah check-in dari Orly.

26 November 2014

KUL – CDG ~ 13hrs 36min
Malaysia Airlines

Tiba di Paris – jam 7 pagi. Baru masuk Subuh. Suasana masih gelap, masuk musim sejuk le katakan.

ORY – MAD ~ 2hrs 5min
Iberia

Kami terbang dari Paris Orly dan transit di Madrid Barajas selama 3 jam. Tak sempat buat apa pun, lari-lari cari terminal je.

MAD – SCL ~ 13hrs 45min
LAN Airlines

Bermulanya perjalanan yang tak pernah terfikir. Amerika Selatan! Rasa macam dalam mimpi saja. Memang mimpi pun sebab flight malam… tidur je dalam flight.

27 November 2014

Pertama kali mendarat di Chile… Teruja, takut, semua ada. Sampai-sampai saja kami terus cari bas ke Pajaritos. Dari Pajaritos, baru ambil bas lain ke Valparaiso. Tiba di Valparaiso kami cuba nak jalan-jalan sekitar stesen bas dan pasar… tapi saya takut, sebab banyak anjing T__T Anjing besar-besar sedap melepak… saya ni memang takut anjing.

Kami menginap di Ibis Valparaiso.. dari stesen bas ambil tren ke Porto. Convenience sangat tempat ni. Supermarket pun dekat.

29 November 2014

SCL-BOG ~ 6hrs 20mins
LAN Airlines

Setelah puas menikmati Valparaiso, kami memulakan perjalanan, meninggalkan Chile menuju ke ibukota Colombia, Bogota. Semasa nak balik tu ada 2 remaja Chile menegur kami. Kami dari mana? Best ke Chile? Makanan sedap tak? Ya.. mereka ni tak reti cakap Inggeris. Jadi gunakanlah kepakaran membaca bahasa badan dan bercakap dengan bahasa badan. Yo hablo ingles no espanõl!

Kami singgah sekejap di Bogota… turun ke bandarnya… nak sangat naik ke Monserrate, tapi sayangnya tak berkesempatan… di dalam bandar Bogota sendiri terlalu banyak benda nak di-eksplore.

Colombia ni terkenal dengan raja dadah, Pablo Escobar. Sampai sekarang pun dadah2 macam marijuana, kokain dijual tepi2 jalan je. Nak beli buat kenangan tapi takut nanti masuk Malaysia kena tahan 😛

BOG-CTG ~ 1hr 50min
LAN Airlines

Dari Bogota, kami terbang ke Cartagena (Carta-he-na sebutannya). Ia adalah bandar bersejarah, koloni Sepanyol yang telah disenaraikan dalam UNESCO World Heritage Site. Tempatnya… superb cantik. Kami tinggal di dalam walled city yang sangat-sangat lah stunning! Rasa happy sangat stay di situ.

2 Disember 2014

CTG-BOG ~ 1 hr 30 min
BOG-LIM ~ 3 hrs 5 min
LIM-LPB ~ 4 hrs 45 min
LAN Airlines

Trip yang agak gila sikit. Dari Cartagena ke Bogota, ke Lima, Peru dan akhir sekali mendarat di La Paz, Bolivia. Kami cuma transit dalam airport saja di Bogota dan Lima. Tiba di La Paz, sangat suspen kerana baca review  banyak yang beritahu La Paz ni sangat bahaya… polis pun menyamar! Tak ke takut tu.

Di sinilah bermulanya… disaster! Kami dah kena altitude sickness. Nanti saya cerita detail. Sedih betul.

Bolivia ni memerlukan visa,,, dan paling best, visa ke Bolivia tak boleh buat di Malaysia, takde kedutaan kat sini. Macamana kami buat? Later cerita.

4 Disember 2014

La Paz – Puno ~ 8 hrs
Bas

Altitude sickness menyebabkan kami langsung tak enjoy La Paz! Sedihhhh. Hari ni kami naik bas dari La Paz ke Puno di Peru. Perjalanan 8 jam menjadi sangat seksa kerana penyakit ketinggian tu…

Tiba di stesen bas Puno, kami ambil teksi ke hotel. Seterusnya adalah sejarah… sampai terpaksa makan ubat sebab tak tahan.

6 Disember 2014

Puno – Cuzco ~ 10 hrs
Peru Rail

Setelah 2 hari menderita di Puno,  akhirnya keadaan kami bertambah baik untuk naik keretapi ke Cuzco. Apa ada di Cusco?  Machu Picchu! Yeah! Akhirnya sampai juga. Macam tak percaya, oh em ji… sampai juga ke Machu Picchu. Ingatkan mampu baca je.

Dan Peru Rail ni sangat best. Ia adalah antara scenic train yang bukan je menghidangkan pemandangan yang best, siap ada show lagi.

8 Disember 2014

CUZ-LIM ~ 1hr 25min
LIM-GIG ~ 5H
Avianca

Kini kami tiba di Rio de Janeiro! Maksud Rio de Janeiro adalah ‘river of January’ berkaitan dengan sejarah Portugis mendarat di tempat ni. Di sini pun suspen juga… ada yang cerita kepada kami, semua orang di Brazil ada pistol.

Hakikatnya, orang-orang sini baik dan peramah. Sporting pun ya. Seronok sangat. Kami jalan kaki malam-malam buta pun OK je. Tak ada kutu-kutu, tak ada orang kacau. Cuma pesan orang local sini supaya hati2…handphone simpan elok2.

Di Rio ni kami ambil peluang visit stadium World Cup haritu… dan beberapa tempat menarik seperti Sugar Loaf. Jalan kaki sepanjang Pantai Copacabana dan Ipanema…. best sangat.

11 Disember 2014

GIG-EZE ~ 3 hrs 20 min
EZE-FTE ~ 3 hrs 20 min

Aerolinas Argentinas

Dari Brazil kami ke Argentina!  Entah kenapa excited pula. Transit sekejap di Buenos Aires, dan kejar flight ke El Calafate. Airport Buenos Aires ni best sebab wifi free tak payah login2. Tak kedekut macam airport Paris.. 15 minit je free!

El Calafate ni ada apa? Patagonia! My dream land. Suka sangat… rasa macam back to New Zealand. Tapi… macam biasa kat negara2 Andes ni, anjing besar-besar T__T

Sangat enjoy kat sini… kami pegi glacier hike, tengok glacier… naik bas ke Torres del Paine di Chile.. trekking… hmm will be story detail dalam entry lain (kalau rajins).

14 Disember 2014

FTE – AEP ~ 2hrs 56min
AEP – MVD ~ 45min
Aerolinas Argentinas

Dari El Calafate kami balik semula ke Buenos Aires, tapi transit je jugak. Terbang ke Montevideo, Uruguay nun di seberang sana. Senyap sunyi Montevideo di hujung minggu.., semua kedai tutup kecuali kedai runcit sebelah hotel. Mujur lah bukak, kalau tak mau kebulur.

Tapi walaupun tutup, kami jalan2 juga di Montevideo tu… cari tiket feri ke Buenos Aires. Oh rupanya sangat happening di area terminal bas diorang. Sempat beli mate kat situ.

15 Disember 2014

Montevideo – Sacramento
Bas

Sacramento – Buenos Aires
Feri

Pagi-pagi buta dah cari kenderaan ke terminal bas. Dahla semua orang tak cakap Inggeris, nasib baik tak tersilap naik bas. Kami dibawa ke Sacramento, cari terminal feri… lepas ke sana ke sini sekejap, naiklah feri ke Buenos Aires. Feri ni lebih kurang feri dari Hong Kong ke Macau.. best!

Sampai di Buenos Aires, apa lagi terus jalan kaki explore bandar tu. Cari orang menari tango tapi tak jumpa.

Best sangat bandar ni. Yang penting orang-orangnya yang peramah dan baik hati. Ada seorang makcik jual cenderamata beritahu, dulu ramai peramugari Malaysia singgah kedai dia. Tapi sekarang MAS dah tak terbang ke Buenos Aires, jarang orang Malaysia datang katanya.

Begitulah perjalanan kami serba sedikit di Amerika Selatan. Lepas tu sambung kembara di Europe, cari aurora…

Insya-Allah kalau diberi kesempatan saya akan tulis detail sikit tentang tempat2 yang kami sampai.. termasuk gambarnya sekali. Apa pun, pengalaman yang sangat menarik. Rasanya kalau lah Amerika Selatan tu dekat, rasa nak pegiiii je selalu.

Tempat yang paling lekat di hati saya, selain Patagonia.. adalah Colombia. Sebelum ni sebut nama Colombia saya takut.. sebab Raja Dadah kan dari sana… rasa macam semua orang Colombia pengedar dadah! Tapi sebenarnya tidak. Orang -orang Colombia sangat baik dan sporting.

Sayangnya masa sangat singkat, tak sempat nak ke Easter Island… orang kata, tak lengkap kalau ke Chile tanpa ke Easter Island. Takpe, mungkin lain kali.

Di Glacier Puerto Moreno kami berjumpa dengan sepasang orang Singapura, uncle dah. Mereka berdua suami isteri naik motor round South America sampai ke Alaska… selama 18 bulan! Memang kagum betul. Saya pun harap kami nanti ada masa nak berekspedisi begitu… sekarang tak boleh lama-lama… banyak pekerjaan yang perlu diberi perhatian. Walaupun sebenarnya ramai tak sedar saya takde di Malaysia, sebab hari2 saya tetap bagi pengisian buat mereka 😉

 *Gambar in next entries

12 thoughts on “Itinerari Berkunjung ke Amerika Selatan

      1. Adi

        Boleh admin ceritakan pasal process nak buat visa masuk Bolivia tu tak? Thanks so much 🙂

        Reply
    1. admin Post author

      tak bawak diorang, jauh, costly & agak hectic. tunggu besar sikitlah. pegi sendiri 😛

      Reply
  1. Gee

    Seronoknya melancong all over the world.boleh x buat entry khas on how u plan your travels in terms of budgeting ,itineraries and how you manage your kids when you were not at home?thanks

    Reply
  2. Lily

    Hi sy plan nk jelajah amerika selatan seorang diri. Ada masalah tak dengan immigration sejurus landed kat brazil/argentina? Dorang nak tgk return flight ke? Sy tak berapa pasti berapa lama nak spend kat sana. Rasanya 6bulan(1 bulan satu negara) cukup tak Kalau nak cover argentina-chile-peru-columbia-bolivia-brazil? Tlg advise terima kasih 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge