[iPad MySuperKids] Di Sebalik Tabir Cabaran #1

admin Avatar

Alhamdulillah berakhir sudah cabaran pertama untuk mendapatkan iPad MySuperKids.

ipad 2

Macam-macam reaksi dari peserta. Ada yang terkejut tiba2 ada cabaran. Ada yang mengeluh susahnya nak dapat iPad 2 ni. Ada yang sengaja tunggu saat2 akhir baru nak menyahut, dah sebagainya.

Tentang cabaran nak mendapatkannya, harus saya katakan haruslah ada cabaran sikit, baru syok. Lainlah kalau peserta ada 40 ribu orang, itu mungkin lebih mudah, kita buat style macam Maybank kat Twitter je. Tapi itu lebih tipis untuk pertandingan yang adil sebab atas untung nasib siapa cepat dia dapat kan.

Saya sediakan cabaran ini supaya kita dapat sama-sama berkumpul, berkomuniti, berkarya, ber-networking dan sebagainya. Pasti lebih banyak BONUS yang kita akan dapat, insya-Allah.

Saya akui di pihak saya sendiri ada banyak cacat celanya dalam mengendalikan cabaran pertama ni. Nama peserta tak ada dalam list, padahal link artikelnya ada; ada duplicate (sorang peserta 2 group); pengadil tetap pun jugak seorang peserta dan sebagainya. Sejujurnya itu adalah cabaran paling ampuh buat saya, mengendalikannya di akhir-akhir tempoh berpantang sambil menjaga si baby Danny (yang comel ittew~).

Betul sekali peribahasa Inggeris, ‘Two’s company; three’s a crowd’. LOL. Anak dua, saya masih dapat handle semua dengan cemerlang. No maid ya. O.M.G.. bila anak dah tiga, blog sendiri pun kadang berlopong. LOL. Ya, itu memang kelemahan sendiri, bukan masalah anak satu ke dua ke tiga ke sepuluh ke. Mungkin saya masih dalam peringkat membiasakan diri.. maklum saja Danny baru 3 bulan setengah usianya, dan saya baru naik bekerja dalan sebulan.

Walau bagaimanapun, saya akan tetap meneruskan cabaran ini. Menanti para juri memberi pendapat masing-masing terhadap karya peserta.

Setakat ini, saya tidak akan menilai mana-mana peserta. Saya membaca kesemua entry tanpa judgement. Namun semuanya membuat saya tersenyum dan ada yang buat saya tergelak ‘tak hengat’.

Seperti yang saya tekankan, dalam cabaran ini saya melihat kepada kreativiti. Kreatif itu membawa pelbagai definisi dari pelbagai jenis kamus di dunia.

Memetik tafsiran kreativiti dari blog Muassasah Ad-Diniyyah:

….konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:

  1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.
  2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern of sameness.
  3. Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box.
  4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.
  5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.
  6. Membuka minda dengan idea-idea baru.
  7. Mencabar andaian.
  8. Mencipta sesuatu yang baru.
  9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.
  10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.
  11. Berfikir secara fleksibel.
  12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel).
  13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.

Saya dapati kesemua artikel yang dihantar peserta mempunyai ciri-ciri di atas. Jadi terbuktilah blogger Malaysia kreatif semuanya *clap clap*

Apa yang mengharukan saya ialah semangat berkumpulan yang ditunjukkan. Walaupun tak mengenali antara satu sama lain, tak pernah jumpa, mungkin tak pernah tau kewujudan blog berkenaan, para peserta cuba sedaya upaya mengumpulkan ahli kumpulan masing-masing. Malah, masing-masing meninggalkan komen dalam entry satu dengan yang lain. Sungguh kreatif! *grin* Ternyata teknologi tidak sekali2 menjauhkan kita dari ukhwah, malah merapatkan lagi.

Beri tepukan kepada semua peserta *clap clap*

Maafkan saya sebab tak dapat nak senaraikan dalam entry ini link ke artikel2 kreatif yang telah dihasilkan. Dengan ini saya mengumumkan cabaran #1 iPad MySuperKids telah ditutup secara rasminya.

Kita tunggu apa kata para juri.

By the way, kalau ada pembaca yang nak beri pendapat secara bebas tentang cabaran ini atau mana2 entry yang mengambil bahagian, amatlah dialu-alukan. 🙂

Tagged in :

admin Avatar

18 responses to “[iPad MySuperKids] Di Sebalik Tabir Cabaran #1”

  1. yatie chomeyl Avatar

    harapan saya semoga juri lebih aktif dlm menjalankan tugas lepas ni. baru lah lebih berseri-seri cabaran ini

    1. syu90 Avatar

      aah..hope mcm tu lah..

  2. SAHROM Avatar

    pergh..mmg cabaran nie hebat..saya sendiri tak menyangkan akan bertemu dengan bekas guru saya di alam maya nie

  3. NUR Avatar

    clap clap clap..

  4. tutyrahiza Avatar

    tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan cabaran-1 ipad..berpeluh-peluh juga mencari idea..

    apa yang unik mengenai cabaran berkumpulan di alam maya ini kerana kerjasama masih terjalin walaupun tidak mengenal rupa..clap clap untuk penganjur dan semua perserta yang menyahut cabaran..

    berdebar-debar tunggu “APA KATA JURI”..

    1. lissa Avatar

      yay! hidup kumpulan A! Hehehehehe.

  5. Amyz! Avatar

    para peserta kumpulan D. saya sangat hargai semangat kalian. saya sedang dalam proses utk tulis reviu. jika tak sempat post di blog, saya akan emel kepada penaja iaitu Pn Lyna.
    Insya Allah, saya akan tetap berikan reviu di blog saya juga. cuma mungkin lambat. 🙂
    terima kasih. selamat berjuang!

  6. syu90 Avatar

    gudluck sume~!

    nak tnya..kalau 1 group hnya 2 org je yg wat entry, disqualified trus ke?
    huhu

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Ehem

      Saya tak kata macam tu. Saya kata mungkin saja 🙂

      Apa2 semua dah settle kita tunggu juri aje.

  7. alyrds Avatar

    Salam semua!

    Tahniah kepada ‘Ketua Kampung’ dgn jayanya menganjur kontest ini 😛 . Kepada semua peserta tak kira mana kumpulan, semua entri2 ‘kelahiran’ anda sungguh menarik dan tertarik!

    Kepada peserta Kump. A pula entri anda semua memang kreatif dan berinformasi! dan paling penting ‘kewujudan sahabat maya’ yang bermaksud mengaktifkan rakan2 sekumpulan untuk tidak ketinggalan dalam Cabaran #1 kontest ini.

    Peserta yang tidak dapat menghantar entri cabaran ini tak perlu mengeluh!

    wah! panjang pulak komen aku ni, haha`…..

    1. lissa Avatar

      hidup kumpulan A! Lagi sekali interprem. haha.

  8. Coffee Mama Avatar

    Masih confuse ni..Juri kumpulan H senyap sunyi je..Juri Halen yg mana satu ni? Ahli Kumpulan H pun ada Halen juga..Adakah juri adalah peserta juga? Sebab ke”confuse”an ni, link juri belum dimasukkan dalam entri lagi..:

    http://coffeemamacontestblog.blogspot.com/2011/07/cabaran-1-ipad-mysuperkids-blow-candle.html

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      takpe, its not your fault 🙂

  9. anis Avatar

    clap clap jugak utk Kinna & PnBee yg tolong ingatkan saya pasal cabaran ni
    Go! Go! kumpulan C! (walaupun link juri takde heheh)

  10. aizuddin Avatar

    nak tanya..saya punya entri diterima ke tak?takut tak diterima je..sebab takde list update untuk semua entri cabaran 1..huhu

    btw..all the best semua 🙂

  11. Almiraz Avatar
    Almiraz

    Aizuddin,

    Saya takleh gi kat webpage awak…it’s been blocked. How to review?

    1. aizuddin Avatar

      block sebab apa ye?saya dan orang lain boleh je masuk dan komen..kompius jugak ni..cuba try guna browser lain..kalau tak boleh jugak hide ip..guna hidemyass.com dan masukkan link blog saya.tq

  12. eyra Avatar

    good luck semua. *juri tetibe menyelit masuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge