[iPad My SuperKids] Kompilasi Entry Cabaran #2

admin Avatar

Entry cabaran #2 ni berkisar tentang duit, dan Ramadhan. Jadi kita tengok apakah imaginasi blogger2 ni tentang duit dan Ramadhan. Pastinya entry2 yang lebih hebat dari mereka 🙂

Entry pertama dari Atoyissan, tentang zakat. Ya, walaupun zakat ni adalah salah satu rukun Islam, tapi jangan tak tahu kalau ada orang yang tak berapa pasti tentang zakat… terutama zakat lain, selain zakat fitrah. Ada juga yang rasa “banyaknya benda nak dizakatkan”, walhal zakat cuma 2.5% saja dari hasil tolak semua keperluan mengikut kategori. Dan zakat juga tidak mengurangkan harta, secara literalnya.

Apa lagi, jom baca selanjutnya tentang zakat ni dalam entry Cabaran #2 Duit dan Ramadan oleh Atoyissan.

Kalau Atoyissan berbicara tentang zakat, Kinna pula memberi tips dalam Kaedah-Kaedah Peraturan Berjimat di Bulan Ramadhan. Yeah, jangan tak tahu, Ramadhan juga mengorek duit dari poket, walaupun tak makan tengah hari tapi pasar Ramadhan (param) memanggil2 setiap hari minta dikeluarkan duit dalam poket tu 😀 Kepada yang tak terlebih belanja, masih belum terlambat untuk ikuti tips2 dari Kinna… Baby pula berkongsi cara-cara nak dapatkan duit lebih, dan dari mana kita boleh dapat extra RM dalam entrynya RM & Ramadan.

Rozilah Arif pun berkongsi pengalamannya ‘menjaga poket’ di bulan mulia ni, dalam entry Duit dan Ramadhannya. Lin Azlina pula mengingatkan secara ringkas tentang beringat di bulan Ramadhan ni dari segi kewangan dalam entry [iPad MySuperKids] Cabaran #2 – Episod 1. Syu90 juga mengingatkan benda sama, supaya beringat2 di bulan ini, di samping buat persiapan raya, hemah jangan diabaikan. Jom baca entry Syu90, Duit & Ramadhan. Begitu juga Ummi Hanie yang berkongsi pendapatnya tentang keperluan untuk duit, terutama dalam bulan Ramadhan dan raya. Beliau juga mengingatkan agar tak lupa membayar zakat fitrah dalam entry Cabaran iPad #2 MySuperKids : Duit dan Ramadhan. Faisya pula berbicara tentang belanja-belanja yang dikeluarkan dalam bulan Ramadhan dan sambut raya dalam entrynya [iPad MySuperKids] Cabaran #2 | Duit dan Ramadhan (Entry Kedua).

Entry Ida.Z, Ramadan Oh Duit! pula mengutarakan tentang benda2 yang tak berbaloi dibeli di pasar ramadhan. Ye lah, benda yang makan lekat celah gigi pun boleh dijual dengan harga yang sebegitu mahal. Ayah Iman pun terkena dalam entry Aku Mimpi Ayam Golek Part 1 (part 2-nya mana???). Kalau nak baca lagi tentang makanan, nah ini entry Cik Betty tentang Buffet Ramadhan @JGCC. MyRule pula berkongsi pengalamanannya menjalani Ramadhan tanpa insan tersayang, suaminya yang bekerja berjauhan dalam entry [iPad MySuperKids] Cabaran #2. Mona pula mengutarakan kisah ‘berhabis duit’ dan ‘ter-dapat duit’ di bulan Ramadhan dalam entry Ipad Percuma: Duit & Ramadhan. NUR pula memberi situasi seorang manusia ‘biasa’ yang menjalani Ramadhan tanpa makna dalam entry Ramadhan & Duit Raya. Apakah Ramadhan kita juga begitu? Renung2kan dan selamat beramal.

Entry Ellisme, Bonus Raya 2011 untuk kakitangan awam , gembiralah orang gomen 🙂 pula bercerita tentang bonus kakitangan kerajaan dan siapa yang banyak buit duit di musim perayaan ini. Dan menariknya ada jadual zakat fitrah yang boleh kita rujuk. Anis pula berceloteh tentang duit dalam entrynya Cabaran #2 [iPad MySuperKids]: ADA APA DENGAN DUIT?

Cik Pau pula berkongsi kenangannya dalam bulan Ramadhan dalam entry Duit & Ramadhan – [iPad MySuperKids] Cabaran #2 dan entry ke2 – Duit & Ramadhan. Cik Pau juga tak lupa menyelitkan kisah Norma yang menghidap barah, semoga dapat mengingatkan kita. Ibu Cergas oula berkongsi tentang bazar Ramadhan, duit dan kek! Sungguh yummy puasa2 ni kan, jom jenguk entry Saya, Bazar Ramadhan dan Duit untuk Kek. Baca juga pengalaman Coffee Mama yang menjalani fasa2 dalam hidupnya di bulan Ramadhan dalam entry [iPad MySuperKids] Cabaran #2: Fasa Ramadhan dan duit saya. Yatie Chomeyl membawa kita menelusuri kenangan bersama arwah ibunya dalam entry Ramadhan menggamit rindu pada si dia.

Di samping perkongsian tentang Ramadhan, duit dan sebagainya, ayuh kita insafi dan mensyukuri nikmat yang kita kecapi, dengan membaca entry-entry… dari Puan Bee yang berkongi tentang rakyat Somalia dalam entry Ramadhan : Bekalan makanan mula masuk ke Somalia. Juga entry yang menyentuh hati dari beliau, Duit Raya Selepas Ramadhan Dan Anak Yatim yang memaparkan tentang anak2 yatim Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Ghazalitul Aishiah. Dan mari pula kita mengalir airmata dengan entry yang menyentuh hati oleh Mommy Fara, dari subang jaya ke dadaab dan warkah dari kenya.

NUR pula berkongsi pengalamannya bertemu seorang pemuda yang ingin mengeluarkan duit dari ATM tapi tidak tahu menggunakannya dalam entry Adik… DUIT adik.. Manakala Anis mengajak kita ‘count our blessings’ dalam entry Cabaran #2 [iPad MySuperKids]: RAMADHAN YANG MEMBAWA BERKAT. AdD juga berkongsi pengalaman suka dukanya dalam entry Ramadhan, aku, duit dan……..

Irma Ruhanie pula menulis tentang perkongsian ilmu dari Madrasah Ramadhan – Pesta Ibadah. Jom baca dalam entry Cabaran #2 : Duit dan Ramadhan. Manakala Yatie Chomeyl membawa kita kepada sesuatu yang bakal kita ‘bawa’. Apakah itu? Jom baca Menunjuk kebaikan atau menunjuk-nunjuk? Yatie juga berkongsi tentang apa yang sepatutnya kita tahu dalam Tahukah kita apa yang kita tahu? Lissa pula memecahkan kemelut pemberian sedekah yang sering kita ragui “ke mana perginya?” dalam entry Ikhlaskah kita bersedekah?. NUR berkongsi tips untuk blogger dan pembaca blog dalam entry TIPS AKU SEORANG BLOGGER DI BULAN RAMADHAN.

Haa… entry-entry ni pula tentang buat duit di bulan Ramadhan ni. Ikuti kisah Deeja dengan Islamic books for kidsnya dalam entry Rezeki Ramadhan, dan kalau nak menambah koleksi kuih raya boleh baca entry Tuty Promosi Duit Raya Ramadhan. Anis pun ada tudung dalam Cabaran #2 [iPad MySuperKids]: PENCARIAN DUIT DI BULAN RAMADHAN. Giveaway di bulan Ramadhan coretan Siti M, memberi idea kepada penjual untuk membuat giveaway bagi melariskan jualan di bulan ni.

Kita ikuti pula pengalaman blogger yang berpuasa di perantauan. Yatie Chomeyl dengan entrynya I learn my lessons the hard way dan Tuty dengan entry Duit Hilang Di Malam Raya membawa kita ke negara Jepun. Yatie juga berkongsi pengalamannya jalan-jalan di Eropah serta beberapa tips penting dalam entry Sisi gelap tentang DUIT.

Dari puasa membawa ke raya… jom kita baca pula pengalaman mereka ni berhari raya. Jom baca pengalaman Anis mengutip duit raya dalam entry Kenangan kutip duit raya: Cabaran #2 [iPad MySuperkids]. Kalau generasi saya mungkin masih ingat masa tu duit raya kita dapat biasanya 20 sen, 50 sen.. sekarang ni? Hehhh, RM2 pun budak2 complaint “Sikit nya..”.

Manakala ini pula karya kreatif yang lain dari kebiasaan entry blog (gurindam, sajak, etc), hasil nukilan Umi (Norasiah) dalam Indahnya Sedekah Ramadhan, SAHROM dalam entry D.U.I.T & RAMADHAN : Sebuah Layangan Minda…, Zufina dalam entry Cabaran #2 iPad MySuperKids: Duit Ramadhan,

Entry Syigim pula begitu unik sekali, seolah-olah kita dibawa balik ke zaman 40 tahun lepas (haha, daku pun belum lahir lagi). Jom baca Duit & Ramadhan ~ Dulu & Sekarang : Cabaran #2 Contest iPad Mysuperkids. Terasa macam zaman P-Ramlee gitu.

Dan ini pula penyatuan hati kumpulan F. Wah, memang FIRST betul lah kumpulan F ni. Dimulakan dengan Cabaran #2 iPad2: KUMPULAN F FOR FIRST. mysuperkids oleh NUR; Cabaran #2 iPad MySuperKids oleh Abuya Hayat (entry Abuya tak dapat dibaca, harap boleh rectify secepat mungkin ya); [iPad MySuperKids] Cabaran #2 – Episod 2 oleh Lin Azlina; dan [iPad MySuperKids] Cabaran #2 | Duit dan Ramadhan oleh Faisya.

NUR juga menyertakan link juri dalam entry-nya Cabaran #2:LINK JURI. contest iPad2 MySuperkids.

Kepada peserta, sila semak dan kalau ada yang tertinggal, sila beritahu.
Kepada juri, sekiranya ada entry yang belum anda review, sila berbuat demikian.

Kepada pembaca My Super Kids yang dimuliakan, yang mana satu entry pilihan anda? Siapakah yang bakal dinobatkan Entry Terbaik dan menerima RM50 cash tajaan Adorable Muslimah? 😉

admin Avatar

17 responses to “[iPad My SuperKids] Kompilasi Entry Cabaran #2”

  1. baby Avatar

    wah siap buat kompilasi entry untuk semua peserta.. bestla..lagi semangat nak tgu cabaran seterusnya..

  2. sahrom Avatar

    entri pilihan saya ialah entri mommyfara…saya pilih dia bukan sahaja sebab entri untuk kontest ini tetapi secara keseluruhannya blog dia mmg amat bagus sekali..mengajak kita memikir sejenak dan merenung sesuatu..
    semoga mommy fara menang lagi utk entri terbaik…she’s deserve it and her blog really superb 🙂

    1. Fara Avatar

      Terima kasih Sahrom sebab pujian dan ulasan. Semua orang mengharapkan yang terbaik. Tapi, saya dah baca setiap entri yang dihantar peserta pada Lyna. Dan bagi saya, semua pun terbaik dan hebat. Idea Sahrom juga hebat! Saya suka!

  3. Abuya Hayat Avatar

    Salam.
    Sori kalau ade prob kat entri tu…
    Rasa nya skg da ok…
    http://dikedai.blogspot.com/2011/08/cabaran-2-ipad-mysuperkids.html

  4. yatie chomeyl Avatar

    wah siap biuat ulasan setiap entry…I like. ♥

  5. mona Avatar

    juri2 kump F x masuk komen lg. mcm mana ye?

  6. AdD Avatar

    Gud Luck semua peserta…

  7. Fara Avatar

    Wah! Lyna sgt rajin membuat ulasan pada setiap entri peserta. Siap dgn link sekali!

  8. lissa Avatar

    Yelah. I hope mommyfara juga menang.

  9. tutyrahiza Avatar

    yati Chomell, mencabar kan pose kat jepun masa musim panas ni..
    sy tak sempat merasa sbb masa tu, pose masa autumn n winter..sgt best..

    utk pengetahuan semua,jepun mmg sgt panas masa bulan 7-9..sebab tu seme budak msia pakat balik msia time musim panas..panasnye melekit, takde angin,,malam pun suhu sama macam siang ari…

    sy pernah dok depan kipas sbb terlampau panas..mandi tu kalo leh tak nak kua bilik air..

    nway, suka cara ML buat kompilasi ini

  10. Ummi Hanie Avatar

    nice compilation, ML 😉

  11. Siti M Avatar

    betul. nice compilation, mommylyna! ada brief commentary for each link. i like!

  12. alyrds Avatar

    spa yg belum di review utk kump. A, sila bagitau saya yek 🙂

  13. NUR Avatar

    thanks mommy lyna..

  14. syigim Avatar

    thanks for the mention, mommy lyna 🙂 bestnye… suka how u describe my entry.. good luck everyone!

    no doubt, my personal choice pun mommy fara. isi menarik, cara penulisan teratur & mesej pun menyentuh. ur already a winner!

  15. masalifah Avatar

    saya punya tak tersenarai.
    sekarang ni blog ada problem. Insyaallah lagi seminggu ok balik….huhu

  16. masalifah Avatar

    blog ku sudah ok, silakan mereview ya 🙂

    (oh ye, entry ni ditulis sblm tarikh tutup)

    http://masalifah.blogspot.com/2011/08/cukup-duit-cukup-makan-bersyukurlah.html

Leave a Reply to tutyrahiza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge