Ikhtiar Mengelakkan Koyak Perineum Sewaktu Bersalin

by Mommy Lyna on February 4, 2011 · 25 comments

Lumrah bagi ibu bersalin normal mengalami koyakan di bahagian perineum, samada secara semulajadi atau digunting oleh bidan/gynae/jururawat (episiotomi). Episiotomi adalah praktis biasa dalam perbidanan di rantau ini. Walau bagaimanapun, terdapat bidan yang mahir mengendalikan hal ini dan dapat mengampu bahagian itu dengan baik agar tidak berlaku koyakan.

Antara langkah2 yang boleh dilakukan oleh ibu hamil bagi mengelakkan koyakan pada perineum sewaktu kelahiran (harap2 doktor/misi/houseman tak cepat2 nak gunting):

  • Mengambil supplement secukupnnya agar kulit menjadi elastik. Supplement tersebut terdiri dari:
    • Protein (boleh ambil Soy Protein)
    • Vitamin A (boleh ambil Vita-Lea)
    • Kalsium (boleh ambil Ostematrix)
    • Vitamin E (boleh ambil Vita-E Complex 400 IU)
    • Vitamin C (boleh ambil Vita-C Sustained Released 500mg)
    • Vitamin B (boleh ambil B Complex)
  • Mengambil air yang banyak agar kulit dan tisu-tisu sentiasa anjal
  • Mengamalkan senaman seperti berenang dan kegel
  • Mengurut perineum dengan minyak khas

Saya telah mendapatkan Perineal Gel dari Mothercare (terima kasih kepada seorang teman yang mencadangkan) untuk tujuan ini. Ia sesuai digunakan dari bulan ke-7 kehamilan untuk membantu bahagian perineum menjadi elastik.

perineal gel mothercare

perineal gel mothercare

perineum oil

perineum oil

Kecik saja botolnya. Harga satu botol ni RM32.00. Boleh didapati di Mother Care.

Testimonial dari rakan saya tu, katanya berkesan hingga gynae pun terkejut sebab beliau ‘stretch beautifully’. Harap2 dapatlah mengelakkan dari koyak atau digunting ya :)

Mum to be di luar sana bolehla dapatkan gel ni. Kalau tak pun, boleh gunakan minyak zaitun je terus.

Wah makin berdebar pula menunggu kelahiran ni. Dah masuk minggu ke-32. Orang lain takut saya ter-bersalin, tapi masih lagi ada plan untuk aktiviti bulan Mac, apa cerita, LOL.

{ 25 comments… read them below or add one }

naimulfirdaus February 4, 2011 at 8:43 am

semoga para bakal ibu di luar sana selamat menghadapi detik bersejarah itu nanti.
naimulfirdaus´s menulis tentang ..terkini- kami dan Mubarak masih selamat tetapi Mesir mungkin kurang sihatMy Profile

Reply

umikalsom November 29, 2011 at 7:21 pm

bole saya tahu dimana alamat terdekat mothercare…..? skrg saya sdng mncari perineal gel…..?bole hntr kan alamat nya……
kalau bole scept mngkin……thank……..

Reply

Asiah Abd Jalil February 4, 2011 at 8:48 am

Sebenarnya cara ibu meneran sewaktu nak bersalin memainkan peranan sangat penting untuk mengelakkan koyakan. Sometimes doktor tak gunting, tapi cara meneran menyebabkan koyak besar dan berbentuk zig zag. Maka bertambah susah doktor nak jahit. Antara yang selalu didengar, ibu-ibu terangkat punggung sewaktu meneran, maka koyakan menjadi bertambah besar. Tu sebab ramai doktor awal-awal lagi memilih untuk gunting siap-siap, so that koyakan tu berbentuk lurus dan mudah dijahit kemudiannya.

Sewaktu bersalin anak keempat dan kelima saya, Alhamdulillah bersandarkan pengalaman bersalin tiga anak yang terdahulu, saya dah boleh control cara meneran mengikut teknik yang betul. Tiada koyakan yang memerlukan sebarang jahitan. Memang sangat best bersalin tanpa jahitan! Takde pedih langsung di bahagian bawah, melainkan rasa lenguh-lenguh. Even hari ketiga lepas bersalin, saya dah boleh drive kereta dari Johor ke Kuantan!

Yang penting, berbincang dengan doktor di bilik bersalin awal-awal, nyatakan stand kita untuk avoid episiotomi. Di barat, doktor sangat menghormati kehendak patients. Doktor takkan sewenang-wenangnya gunting. Tapi kalau patient sendiri tak pandai meneran dan berlaku koyakan besar, tu nasiblah kan, kena jahit juga.

Reply

Shaznie May 17, 2012 at 8:07 am

yup..setuju dgn puan asiah.. mase sy preggy 34w, sy dan suami mengikuti kelas antenatal, ape yg perlu dibuat sewaktu dlm labour room.. cara pernafasan sgt2 ditekankan n juga senaman kagel..Alhamdulillah sy bersalin mase 36w, mmg bila tgh sakit ape yg org ajar n pesan, sume lupe…tp sy sgt berterima kasih pada bidan yg menyambut kelahiran bby sy… dia ajar sy bernafas n meneran…jgn meneran ikut suka hati.. suami sy sgt2 membantu mase sy meneran… xsampai 10minit dlm LR, sy bersalin normal tanpa sebarang koyakan n jahitan…doc n nurse pn sgt terkejut sbb kebiasaannye ibu yg melahirkan anak pertama ni jarang sgt yg tidak berlaku koyakan

Reply

Afia May 21, 2012 at 2:14 pm

Shaznie bersalin kat mana??
Nak jugaklah tahu bidan yang terror tu..
hehe…

Reply

da February 4, 2011 at 9:12 am

sy pun alhamdulillh x perlu berjahit langsung even baby agak besar..3.83
sy amalkan sapuan minyak kelapa kat bwh tu. teknik meneran juga penting..fokus spy punggung sentisa rapat dan masa push pejam mata..satu lg my gyna tu mmg niat x nak gunting pun..

Reply

sue February 4, 2011 at 1:44 pm

kawan sy ada bg tips. Masa nak meneran tu pegang pergelangan kaki. Nak elak bontot terangkat. Tak berkesempatan nak apply sbb csect.
sue´s menulis tentang ..BENGANG dengan servis CIMB BANKMy Profile

Reply

Zuhaini February 4, 2011 at 4:34 pm

Oh.. Saya yg 2nd ni depa mmg x potong.. (x sempat nk potong pun) sebab dah nk deliver dah.. Tau2 kepala bb dah nk kuar :) tp saya rasa salah satu sebab ialah bb kecil.. So x koyak byk.. 1st degree tear saja.. Alhndulillah..

Lg satu, i ate a lot of dates. I think that helps!
Zuhaini´s menulis tentang ..Bedung berbedungMy Profile

Reply

Mommy Of Q's February 4, 2011 at 5:48 pm

mak ai..ngeri siul ko nih cakap pasal koyak2 .. terbayang2 aku time zayra ok…! mmg tak potong pun, tapi punya lah sakit ya rabbi …. allah jer tahu .. cam kulit derian kena kopak wei! .. seram aku nak laluinya lagi .. hu hu ..haruslah pakai apa yg ko cadang ni nanti .. hu hu .. tq for sharing bbeh …
Mommy Of Q’s´s menulis tentang ..Little Reader- Preview Session Yang Meriah!My Profile

Reply

Coffee Mama February 4, 2011 at 9:03 pm

Setiap orang ada pengalaman yang tersendiri, depends rezeki masing2 kan. As for me, alhamdulillah…the delivery process was smooth dan dipermudahkan..Tapiiiii! I paling suffer time pantang, kalau boleh memang tak nak lalui and ingat2..Tak tau la kenapa sakit sgt kat bwh tu..huhu..padahal jahit sikit je..Rasanya 2 weeks gak la telan pain killer..
Coffee Mama´s menulis tentang ..Crisis in Mesir- Pray hardMy Profile

Reply

yen February 4, 2011 at 9:14 pm

very nice info.thanks for sharing ya..keep it up with good writing,i always read ur entry.
yen´s menulis tentang ..Ryan dan movie cars-hot wheel cars dan Roary the racing carMy Profile

Reply

Lana February 4, 2011 at 11:41 pm

thanks for this entry. i mmg seghiau since the 1st delivery part episiotamy ni. it seems dah jadi norms for all docs to just cut us open which freaked me out the 1st time. sbulan tu jalan terkepit2 nak gi toilet pun takot. so 2nd one ni will try out your tips although doc kata i don’t need supplements yet. minyak tuh sapu how often yah? plus anyone with info on which doc yg ada niat tak gunting2 ni? would appreciate the info tqtqtqtq.

Reply

Asiah Abd Jalil February 5, 2011 at 7:55 pm

Kalau ikut undang-undang, doctor kena hormati permintaan patients. Bila patients cakap firmly, “Saya tak nak episiotomy langsung!”, kalau doctor gunting juga, sila saman hospital tu! Episiotomy tak termasuk dalam prosedur wajib masa bersalin, bukan bertujuan untuk menyelamatkan nyawa, hanya untuk memudahkan tugas doktor dan proses kelahiran. Ramai patients tak tahu undang-undang, apa hak mereka yang dilindungi, etika kedoktoran yang semua doktor mesti patuh, etc.

Kita selalu main serah diri aje kat bilik bersalin. Without basic knowledge, kita ingat apa yang doktor dan nurses buat tu semua perkara yang perlu dan standard procedure biasa. Tu sebab kena banyak membaca, walaupun takkan pandai sama macam doktor, at least kita boleh tahu sama ada sesuatu tindakan tu wajar atau tak.
Asiah Abd Jalil´s menulis tentang ..The reasons I continue studiesMy Profile

Reply

salzahari February 7, 2011 at 12:58 pm

assalamualaikum,
betul kata Kak Asiah…di hospital kami, doktor2 O & G dah ada polisi baru utk tidak amalkan episiotomi selagi tidak mudarat/ kecemasan kerana nak memudahkan breastfeeding. Sbb birth experience sedikit sbyk mempengaruhi secepat mana BF boleh start!

Episio. tak wajib…Ye, betul pasal episio.tu adalah berkaitan teknik. Dan ia bkn berkaitan baby besar ke kecil! Baby ke3 saya agak besar 3.15 ++ tp langsung x kena kerana saya dengar ckp doc.tu “JANGAN ANGKAT PUNGGUNG, PEGANG TERUS PERGELANGAN KAKI”.

yer, org kata dah sakit mmg tak sedar….mungkin, tapi cuba kawal diri dan keadaan. Stay focus, insyallah kita boleh apply!!

Reply

da February 7, 2011 at 2:49 pm

Lana, doktor yg x pasang niat nak gunting tu Dr Siti Mariam, SALAM, shah Alam. Sy memang suka dr tuh..anak 2nd dia kata tak nak gunting tapi terkoyak sket, anak 3rd pun dia x potong even dia tahu baby besar :)
satu lagi sy suka dr tuh memang menggalakkan natural and normal birth..2nd baby saya breech..nak elakkan csec. minggu ke 38 dia pusingkan..alhamdulillah dapat bersalin normal..memang respek lah dr tuh..banyak pengalaman!

Reply

ieda February 7, 2011 at 7:41 pm

salam..
saya pernah sambut banyak kelahiran.ada yg buat epi..ada yg tak payah.ada yg koyak banyak.ada skin nick.
kalau boleh semua doktor tak mau buat epi langsung…lebih mudah & bersih.bila buat epi nak kena jahit semula.bleeding.risk of infection during post natal.wound breakdown.
tapi sesetengah kes mmg tak boleh elak.kita tak buat epi awal2.hanya bila kepala baby nak keluar sangat dah.masa tu kulit kawasan perineum dah nipis.bila gunting pun tak sakit sgt.my practice was gunting masa ada contraction.ibu tak rasa sakitnya.
doktor boleh agak kes mana yg perlukan epi masa kepala nak keluar tu…tendency for tear.epi jauh lebih baik drp tear @ koyakan.
bagi pihak ibu plk selain drp amalkan minyak @ krim sila pastikan masa meneran tu jangan angkat punggung.nurse/doktor mesti akan cakap..’letak punggung’…ikut saja.insyaAllah tak koyak.biasanya ibu2 yg dah ada pengalaman bersalin biasa & sentiasa dalam keadaan tenang yg dapat elakkan tear.
nurse/doktor yg sambut kelahiran pun perlu pandai ‘guard’ perineum.
selain dari tu saiz baby pun memberi sumbangan jg kepada keperluan utk episiotomy.
ieda´s menulis tentang ..JALAN-JALAN CUCI POKETMy Profile

Reply

nurulazham February 8, 2011 at 9:43 am

boleh diamalkan nanti ni..sbb anak2 sy tiga2 ‘berjahit’ kat bwh tu..huhuhu
nurulazham´s menulis tentang ..VOTE AND WIN! Vote For Deqnahelp her to be top 11th in this Contest!My Profile

Reply

aiDiena February 9, 2011 at 5:45 pm

Huhhh.. teringat pulak time bersalin normal dulu.. mmg kena epi walaupon tak angkat punggung.. tak pandai teran.. anak pertama.. huhuhu…
aiDiena´s menulis tentang ..JoM NaiK BeN 10!!My Profile

Reply

Sarah February 10, 2011 at 9:02 am

sy pun kena jahit gak..yela anak sulung..xpandai nk teran..byk gak kena jahit..yela ms tu dah xtahan sakitnyer ya ALLAH….tp sbb tgk muka suami n teringatkan baby dlm perut belum kuar lg..kuatkan semangat tuk keluarkan baby secara normal untuk peluang terakhir yg diberi oleh misi2 di sana..tq misi2….

Reply

Shaznie May 17, 2012 at 8:19 am

same la sy..anak pertame..ikut suka hati nk teran n angkat punggung..tp nurse2 n doc, hubby sgt3 support.. tringat bidan yg sambut tu ckp, ” jgn angkat punggung, nk jd mama dah kan? tahan sikit je” n terus je naik smngat n ikut je ckp dia..Alhamdulillah sy xde kene jahit n xde koyakan… dorg pun hepi n wish tahniah sbb kate dorg jrg ibu bersalin anak pertama yg xde koyak n kene jahit.. yela, keje dorg pun senang sbb xyah jahit..;)

Reply

zana August 21, 2011 at 10:37 pm

pgalamn aku brslin kna gntin byk sgt….smpi kna jhit kat blik bdah…aku mcm xde dya msa tu nk teran….tuhan je yg thu,…..kul 6pgi aku msuk,kul 3ptg bru aku kuar….lma nye…..mak ngn suami aku tgu kat luar…..aku plak dlm tu rsa skjap sgt……pglamn yg xmgkin aku lpakn aku lpakn smpi bla2……

Reply

umikalsom November 29, 2011 at 7:23 pm

bole antar kan alamat terdekat mothercare…….

Reply

Mommy Lyna November 30, 2011 at 9:41 am

Puan Umi Kalsom kat mana ya?

mothercare ada di shopping2 complex terkemuka macam Suria KLCC, One Utama, The Curve..

Reply

cici89 May 16, 2012 at 12:42 am

ya Allah takutny dgr… koyak..pastu kna jahit… betul la. teknik meneran dan kita kna fokus. hehe harap ank y ke2 xbjahit… tngn kna pgang kaki… dan jgn agkt punggung…. ank ptma 2.7,tp tetap kan jahit… 6jahita, mudah2an kita dpermudahkan sgala. almat mothercare ada kt mjlh pa n ma… :) kna tengok cwngn mna… :)

Reply

cici89 May 16, 2012 at 12:43 am

tnx 4 the info… n tips.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: