Ikea Daily Deals, Tempat Shopping Akhir Tahun

admin Avatar

Ikea ni rasanya hampir semua orang (middle class maybe?) kenal kot, dan hampir semua orang (middle class) kalau kata nak shopping barang-barang rumah, ramai la juge yang sebut-sebut tentang Ikea. Walaupun di Malaysia store-nya cuma ada sebuah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, tapi kadang2 orang dari jauh pun singgah2 juga.

Ikea ni rasanya semua orang tahu asalnya dari Sweden. Tapi tahukah anda pengasas Ikea, iaitu Sir Kampard mula menubuhkan Ikea semasa usianya 17 tahun? Beliau mula buat bisnes kecil-kecilan dengan duit hadiah (berapa Krona la gamaknya ya) yang diberi oleh bapanya kerana cemarlang dalam peperiksaan (SPM kot? hehe) lalu selain dari beli handphone baru, atau belanja kawan2, atau xBox, atau barangan Adidas, beliau gunakan duit itu untuk memulakan perniagaan. Dari peniaga kecil-kecilan kini store Pakcik Kampard kita ni dah meluas ke satu dunia!

Sir Kampard sebenarnya dah berjiwa usahawan sejak kecil lagi. Masa umurnnya 5 tahun beliau dah mula menjual mancis kepada orang-orang kampungnya. Lagi cerita sejarah Ikea boleh dibaca di sini (sila klik utk baca). Bertuah punya budak.

Ikea ni istimewanya bila compare dengan store2 lain yang menjual benda yang sama (perabot dan barang kegunaan rumah), ialah showroomnya. Selain dari membina ‘bilik2’ yang bertemakan bahagian tertentu dalam rumah, pengunjung juga lebih ‘terarah’ bila berada dalam store Ikea. Kita boleh tahu kita berada di mana dan di mana nak cari apa yang kita nak cari.

Ia juga mesra pengguna dan seolah sebuah gedung peribadi kerana kita boleh memilih sendiri perabot yang kita nak, ambil sendiri, pasang sendiri, nak angkut sendiri pun boleh, atau gunakan perkhidmatan lori Ikea untuk penghantaran ke rumah. Perabot2nya pun design ala-ala moden gitu,  harga pun tak mahal sangat (murah sangat pun tak, murah lagi Kedai Perabot Abang Jo) sesuailah untuk keluarga kami yang ‘tak mampu eden nak cakap2 tentang Lorenzo ke Macy ke, apatah lagi Harvey Norman’ T_T

Sekarang ni bila dah hujung tahun, macam biasalah festive season lagi, cuti sekolah pula, dan penghabisan stok (dan budget?) tahun ni, hampir semua store pun buat sales. Di Ikea sekarang Daily Deals yang dijalankan sepanjang Disember ni memang best lah dengan barang comel2 yang dijual dengan harga diskaun. Kena rancang betul2 nak beli apa sebab dia cuma one-day-only deals saja. So yang diskaun hari ni, esok agaknya dah tak ada. Kalau yang duk dekat2 Ikea, boleh lah kalau nak jejak hari2 🙂 sambil makan meatballs 😉

Yang bestnya Ikea ni, katalog dan brochure boleh dilihat secara online. So sebelum keluar shopping dah boleh rancang nak beli apa, fikir2 dulu kan. Tak adalah buang masa lama sangat dalam store tu. Maklumlah, duk kat situ 2 jam pun rasa macam 5 minit je.

katalog ikea

Kalau-kalau yang ada budget lebih (maklumlah nanti sekolah nak dibuka semula tu mesti kena ada budget beli barang sekolah anak) dan ada keperluan rumah yang masih belum dibeli, boleh lah jenguk2 store Ikea ni. Hari ni ada special deal untuk batang langsuir langsir (curtain rod) dari RM75 now RM59. Lusa pun ada special deal untuk langsir dan batangnya, tulat (Ahad) bagi sesiapa nak cari frame gambar, boleh lah tengok2, harganya nanti RM22.90 dari RM35.

Kalau nak belikan MULA beads roller coaster untuk anak2, 23 haribulan ni ada deals. Harga asal RM49, nanti jadi RM35.
mula beads ikea

MULA beads ni sungguh berguna untuk anak-anak saya, terutama Fahry. Dia panggil benda ni “toy”. Balik kampung pun bawa beads ni untuk lekakan dia.

Tapi untuk daily deals ni cuma benda kecil-kecil sajalah macam lampu, langsir, lilin, bekas-bekas… kalau nak kerusi ke meja ke tak dapatlah, kecuali kerusi lipat 🙂

Jom ke Ikea?

admin Avatar

19 responses to “Ikea Daily Deals, Tempat Shopping Akhir Tahun”

  1. lynn hamzah Avatar

    sure ramai yang akan ke ikea nanti…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      pegi nanti tgh bulan time org tgh pokai hehehe

      tp ikea time bile2 pun ramai org window shopping huhu

  2. ApasH Avatar

    Menarik la MULA beads tu. Saya dok jauh..camne nak gi beli. Boleh belikan untuk saya 1 tak???

    series ni..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      apash nk betul ke? pastu nk along pos ke cane? tunggu yg offer 23hb ni la kan?

      1. ApasH Avatar

        Tadi GF adik dh offer diri utk belikan. Anyway thanks MommyLyna…

  3. Lisa Hz Avatar

    esk mmg nk gi ikea. da lama tgk mula beads tu, tp x pnh terpk nk bli. lps tgk kt blog akak ni terus rs nk bli! haha..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      (kena mintak komisen dgn ikea ni ekekekek)

  4. dbalkis Avatar

    MULA beads tu memang bagus utk anak. Satu dia leka gerakkan benda tu, lagi satu dia cepat kenal warna. Anak saya pun suka dan mula menyebut “Yed”, “”UUUU” “Yeen” dan “Ello” wealaupun kadang2 suka hati die je yang mana red,blue,green, yellow..

    Kalau sesiapa nak g Ikea, pegi customer service tanya diorang ada 2011 catalog ada lagi tak. Last week saya pergi banyak lagi..Selalunya hot cepat habis..Sebab saya pernah miss dia kata dah abis padahal kawan saya datang semalamnya ada lagi. Kalau ada catalog, boleh berangan2 nak beli apa..tag2 kat page mana yang kita suka walaupun nak belinya tak tau bile..hehe..

    1. Lisa Hz Avatar

      yeke. teruja plak. baeklah, esk mmg akan grab satu mula beads ni kt ikea =) sy malas nk pg carik catalogue ikea tu sbb da tau msti da habes. senang tgk kt website je. lg besar n terang brg2 tu. bole berangan lama2 lagik.. nk kitchen cabinet cenggini, bedroom cenggini. haha..

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        hahaha

        kalo masuk showroom dia tu siap berangan oooo boleh susun camni camtu
        balik rumah hampeh
        jhehehe

        1. Lisa Hz Avatar

          itu standarddddd.. hahah

          1. dbalkis Avatar

            pastu beli benda2 diy tu kalau sendiri kene pasang, jenuh jugak kalau tak yeye..yang simple2 ok..kalau wardrobe ke..siap orang2 dia pun kadang2 boleh silap..at least diorang boleh detect awal kalau ada yang tak kena..kalau sendiri buat..salah pasang sendiri mau jawabla..itulah antara pro n con cik KEAh ni…

    2. mynie Avatar

      saya baru ambil katalog lunchtime hari ni. nampak banyaaaakkkk je lagi.

  5. transformed housewife Avatar

    takleh nak shopping ke IKEA lg sbb rumah pun tak beli lg. huhuhu

  6. cheq Avatar
    cheq

    nak kek daim n meatbol. yummeh

  7. mama faiz Avatar

    wahh..along ni telah memberi akak idea..sbb dok pikir nak beli ape kat ikea..rasanye setiap minggu gi..dah penuh brg ikea je kat umah..hihihi

  8. mama faiz Avatar

    i love ikea..hehehe

  9. zaila Avatar

    see i told u, everybody loves IKEA;)

  10. nadiea Avatar
    nadiea

    mmg bestlerr… berantu kalo pegi IKEA ni… dari taknak2 beli apa2… mau jgk kuar adalaa RM50+ belanja! hahaha… nak masuk umah baru nie… tak tak pegi pun lagi IKEA tu… kang pikirnyer nak amik sume utk umah baru… mau beriban abes kang! huhuhuhu

    *worth ker nak amik kitchen cabinet kat sana? dapur umah sy tu tecit jer… ;-)*

Leave a Reply to mama faiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge