Ibu Menyusu Gila Seks?

admin Avatar

Ops, mungkin tajuknya agak kasar bunyinya 🙂

Sebenarnya saya ada terjumpa satu webpage ‘Anti Breastfeeding’ yang mengundang senyum di bibir saya. Saya tak tahulah page itu benar-benar ditulis oleh seseorang yang betul-betul anti breastfeeding atau saja-saja nak bikin hot.

Tapi sangat kelakar sebab saya pernah terfikir bahawa “ada gak manusia macam ni”?

1. Ibu menyusu adalah seorang fidofilia, iaitu seseorang yang terangsang secara seksual terhadap kanak-kanak. Contohnya, kita dengar banyak kes yang melibatkan kanak-kanak dirogol walaupun belum tumbuh apa-apa lagi.. itu adalah kerja si fidofiliayang memang abnormal.

Apo ko disamakan kita dengan perogol pulak.

2. Ibu menyusu terangsang apabila bayinya menyusu di payudaranya. Kerana itulah ibu-ibu yang menyusukan ni mati-mati mempertahankan direct feeding. Dan ada yang extended breastfeeding.. bukan sebab nak bagi kebaikan pada anak, tapi ibunya yang syiok bila anaknya menyusu macam tu. Ibu menyusu dikatakan mahukan sentuhan fizikal dan itu dapat dipenuhi oleh anaknya yang menyusu.

3. Payudara adalah objek seksual, bukan organ untuk memberi makanan kepada anak. Anak boleh minum susu lembu (formula), tak payah nak breastfeed-breastfeed.

4. Breast is best – tak betul. Sebab susu lembu yang dalam kotak/tin itu lebih berkualiti dan steril. Adoi.

5. Menyusukan anak di khalayak ramai (nursing in public) adalah sesuatu benda yang ‘jijik’ kerana mempunyai elemen seksual, dan penderaan kanak-kanak.

6. Walaupun haiwan mamalia menyusukan anak, tetapi manusia ada akal jadi manusia sepatutnya membuat pilihan yang lebih baik dari kajian sains dan teknologi.

7. Susu ibu tidak memberi apa-apa kebaikan, sebaliknya cuma obsesi dari ibu dan anak itu semata-mata. IQ, EQ dan sebagainya itu adalah dari genetik dan juga didikan serta asuhan ibubapa, bukan susu ibu.

Wow! Dahsyat betul!

HeHeHe. Tapi saya pernah terbaca tentang ada satu masa, ketika revolusi susu formula, ketika itu digembar-gemburkan bahawa boobies adalah objek seksual, bukan untuk penyusuan. Mungkin juga propaganda dari mereka untuk Kempen Anti Breastfeeding ni?

Tapi kemungkinan juga benda2 sebegini pernah mencemari pemikiran ibu bapa ketika revolusi susu formula dulu, dan berpanjangan hingga kini. Terutama perkara (3), (4) dan (5). Kadang-kadang bila bercakap tentang ‘breast’, ia sudah membawa pemikiran songsang sedangkan anggota itu pada lahiriahnya dijadikan sebagai tempat asalnya makanan bayi. Namun ia lebih menonjol sebagai simbol XXX. Yang mana ramai wanita segan silu nak menyusukan anak di depan orang, meskipun sesama wanita. Sedangkan aurat sesama wanita Islam adalah dari pusat hingga ke lutut.

No (4) juga tak kurang propagandanya. Bukan sekali saya mendengar pendapat bahawa “susu formula mempunyai segala macam khasiat, sedangkan susu ibu tidak”. Bagi ibu yang menyusukan anak, mungkin boleh mengamuk dengan statement ini. Begitu juga dengan nombor (5). Maklumlah, dalam TV hari2 iklan susu formula ada macam2 tapi susu ibu tak ada pula kan? Cuma lately ada la iklan tentang susu ibu (tak pernah tengok lagi).

Tapi walau bagaimanapun, ia adalah sesuatu yang pernah digembar-gemburkan (dan mungkin masih). Jadi bukanlah salah mereka kerana itu informasi yang sampai kepada mereka. Sekarang ni dah makin ramai yang sedar, dan ramai yang dah kembali kepada natural living serta fitrah manusia. Dengan kembalinya kepada fitrah dan menghayati sunnah serta anjuran Allah, semoga penyusuan susu ibu terutama kepada bayi baru lahir hingga bulan ke-6 kembali mengambil tempat dan tiada lagi sebarang kontroversi.

admin Avatar

22 responses to “Ibu Menyusu Gila Seks?”

  1. mc er Avatar
    mc er

    org zaman dlu sebelum kuar susu formula, menyusu kot kopek jugak..hehe..sajo jah tu sbb loni rmai sgt hok BF and tak nak amik FM. Company jual FM pening kipala lo..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahahaha

      jolo doh

      ado lg aku dop tulis. nok ssuko etek.

  2. lydzar Avatar

    apedaaa ..siap nk anti pulak eh.. sukati kita la n k bf anak kita kan..

  3. ila Avatar

    Ada ke gitu..ila rasa takde ibu yang teransang anaknya menyusu…siapa penulis blog tu..lelaki ke

  4. sidratul muntaha Avatar

    bukan ke yg anti breastfeed ni gle sex sbb dia takleh nak pada tetek yg kuar susu?!
    ahahha..
    bodoh la web pages tu..
    aku rasa klu yg menulis tu lelaki,dia la yg tersebut2 tu sbb pesalah laku sexkan ramai lelaki.
    ape cer kita nak stim2 gitu?!
    ahahhaa.
    motip:aku rasa klu dia lelaki,mesti dia frust menonggeng sbb tak dpt kopek bini dia sbb dah kena susu anak.
    aihhh..
    ape la bongoknya..
    fitrah manusia tu kan DIA yg cipta.kita sape la nak ubah.
    klu nak ubah2 tu kan nafsu belaker…
    ker..ker..ker..

  5. Maria Liza Avatar
    Maria Liza

    Takpe le lantak le diorg nak kata apa..Ape2 pun kita berbalik pada Al-Quran & As-Sunnah…Yang penting kita as Muslim kita dah ada guide kita pasal BF ni melalui Al-Quran…Kita kuar hadis2 dan segala yang berkaitan dengan BF kat dalam Al-Quran bagi diorg ni nganga…

  6. lieyn Avatar

    apasal tak letak link makhluk ni???
    rasanya dia ni distributor or kerja ngan distributor FM…
    tulis ikut sesedap rasa je
    marah betul!!!!

  7. juemuen Avatar
    juemuen

    mane ade ibu yg nk rogol ank…rasenye org yg tulis tu mental disorder kot…kajian pun dah mengesahkan susu ibu lagi byk khasiat..lengkap dkt smua vitamin..
    mesti dulu die kecik2 xbf kan…huhu

  8. lieya Avatar

    mohon share di blog,supaya org lain boleh fikir yg mana yg baik n yg mane yg buruk..de jgk manusia yg boleh fikir cm2..pelik2..

  9. Almiraz Avatar
    Almiraz

    Memang bollocks ah anti-breastfeeding tuh…mungkinkah takde perasaan atau naluri ibu?

  10. nik ceema Avatar
    nik ceema

    Parah dah org2 mcm ni. Sama2 la kita doa agar mereka2 yg tak tau hape ni dibuka pintu hatinya. Rasanya mereka yg gila sex sbb dok pk tek tu utk tuuttttt saja. Buduh jugakkkkk… sbb tu org2 tua ckp buduh cam lembu. Ingatkan minum susu ja ini kebuduhan sekali diambilnya.

  11. MamaIman Avatar

    sungguh rendah pemikiran org tu… bila sebut breast je… terus kait dgn simbol seks… huhuhu… memang takde ilmu la tu. Kalau tak takde la dia boleh kuar statement fm lebih elok dari susu ibu… hehehe… sangat lawak campur geram bila membacanya…

  12. kakyong Avatar

    ohhoo.. hangin plak baca poin2 anti-BF ni…

    yg pasti semua tu tak betui.. :p

  13. mommynadia Avatar

    bagi lah link sape yg tulis ni..geram nye!
    kalau dalam Islam pun menggalakkan menyusu..tiba2 dia nak anti plak..
    hopefully she’s not a muslim..

  14. necchan Avatar
    necchan

    hehe..ada juga org2 berpemikiran gitu ye. kesian..

    saya setuju dgn kesemua point yg mommy hafiy utarakan kt atas tu. cuma part aurat tu je kot rasanya nk share something.
    mmg kita diajar bhw aurat sesama wanita muslim adalah antara pusat dan lututnya. tapi dri segi adab dan akhlak, adalah lebih menjaga maruah jika kita tdk menayangkan breast kita semasa menyusukan baby wpon kita (esp. breastfeeding mothers) amat maklum dan tdk rasa apa2 kejanggalan terhadap perbuatan menyusukan tu sendiri. bukannya apa, memang ada wanita yg berperasaan terhadap kaum sejenis, ataupun drpd tak ada apa2 perasaan boleh jadi tertarik pula dek halusnya jarum2 tusukan syaitan. saya sendiri agak malu kalau terlihat ibu2 lain dengan selamba menyelak payudara mereka waktu menyusukan. bukankah lebih manis jika di”cover” dengan sebaik2nya daripada pandangan umum, wpun sesama muslimah sendiri? jika jilbab yg dipakai kurang labuh, nursing cover pun banyak dijual..just my two cents. 🙂

  15. Rina AVAIL a.k.a cik betty Avatar

    kita org Islam mmg tahu dah yg mana benar kan..

  16. tutyrahiza Avatar

    tak pernah terpikir pun pasal breast=simbol seks..zaman kita kecik2 pun kita menyusu badan dengan mak..

    sekarang ni pun dah banyak kemudahan disediakan dekat shopping complex untuk breastfeeding mom. Last week saya pegi little w**z, orang kedai siap bagi ruang dekat saya untuk bf anak..Even kat jusco bukit raja ada nursing room yang sangat besar..kalau di public tu, boleh pakai nursing cover, poncho..

    rasanya si penulis ni tidak lihat breastfeeding daripada segi lain terutama bab khasiat susu ibu.

  17. Marisa Avatar
    Marisa

    eleh…. tak heran langsung dgn kata2 dia…. lawak ada la

  18. yatipruzz Avatar

    i pity this person…whoever he or she must be really pathetic! haha just ignore gals, we got a lot more to think of rather than thinking of his/her points :p

  19. deeni Avatar

    penulis tu mmg pendek akal. hanya pandang breast sebagai simbol sex. otaknye mmg perlu di cuci la..

  20. anakkusayang Avatar

    hahaha.. Demi keuntungan, memang mereka akan buat bantahan ini….

Leave a Reply to MamaIman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge