, ,

Hotel Review – Traders Hotel Puteri Harbour

admin Avatar

Salah satu destinasi percutian sekeluarga di Johor, Puteri Harbour yang menjadikan Nusajaya tarikan seperti Hello Kitty Town dan The Little Big Club sebagai tarikan untuk kunjungan sekeluarga, selain Lego Land.
 
 Kami belum lagi membuat kunjungan ke Hello Kitty Town mahupun The Little Big Club, ataupun feri ke Pulau Batam; namun kami menginap di Traders Hotel di situ, sebagai transit ke Singapura. Traders Hotel ni memang sangat convenience buat keluarga yang nak ke Hello Kitty Town sebab ia di dalam satu kompleks.
 


Ramai betul orang walaupun bukan hujung minggu, kami terpaksa upgrage ke bilik suite kerana bilik lain dah penuh.
 
 Ruang keluarga..


Katil…


Sinki…


Toilet dan bath tub…


Shower…


Walking wardrobe…


Isle yang sangat cantik..


Pemandangan dari tingkap…


Hotel ni ada 4 tingkat je, ada 2 blok. Bilik kami di tingkat 2, tak ada lif terus ke level bilik. Lif di lobi dan kena jalan ikut laluan yang incline sikit ke level bilik.
 
 Kalau dok di blok 2, nak ke gym jauh sikit kena jalan…
 
 Dok di hotel ni tak susah nak cari makan.. Di bawah berlambak ada restoran, termasuklah Lat’s Place.


Lepas makan boleh jalan-jalan di sekitar marina, tengok bot dan pemandangan yang sangat cantik. Dari kompleks ni boleh nampak Jambatan Tuas.


Secara keseluruhan hotel ni memang best. Staff sangat sopan dan peramah, tegur “Hello sir, hello madam”.
 
 Hotel ni boleh consider lah, tapi… Sebagai member of Shangri-La groups, harga dia pun kena expect untuk tidak murahlah (at least, not cheap for us). Deluxe room dalam RM400+ satu malam, harbour view of course lagi up harga dia. Kalau last minute book, mmg lagi mahal lah.
 
 Mungkin, sekali-sekala boleh datang sini bawa anak-anak rehat-rehat, lepaskan tension dan penat di KL 🙂
 
 – Posted using BlogPress from my iPhone

Tagged in :

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge