admin Avatar

Kunjungan ke Paris kali ini (November 2013) bersama rombongan para Masters Coordinator Shaklee (saya bersama 5 orang lagi ahli keluarga – husband, 2 anak, ayah & emak saya) mengimbau kembali kenangan di Paris setahun yang lalu. Mei 2012 kami backpacking ke Paris bersama anak bungsu kami, Danny.

Kami menginap di Hotel Eugenie di Rue Saint-Andre di St Germaine, 6th arrondissement (District no 6) yang terletak di pinggir Sungai Seine. Dari Lapangan Terbang Charles De Gaulle, kami ambil metro ke Saint Michel, dan hotel tu cuma dalam 5-10 minit jalan kaki saja. Satu lagi stesen metro yang berdekatan ialah stesen Notre Damne.

Hotel ni agak ke dalam lorong (rue, bukan tepi jalan besar), tapi tak jauh pun. Lorongnya pun lorong utama, bukan lorong tikus, kereta pun boleh masuk (pemandu di Paris memang skilful betul, jalan sempit pun boleh mencelah-celah).

Sangat convenience hotel ni.. Sepanjang lorong ada banyak restoran Arab, nak makan memang senang. Nak ke lokasi attractions pun jalan kaki saja. Dekat sangat. Misalnya je Notre Dame, The Lourve, Eiffel Tower, Arch de Triump, makam Napoleon, etc. dekat sangat je dengan hotel. Pagi semasa tiba di Paris, kami drop bag di hotel dan jalan terus kaki ke Notre Dame.

Kebanyakan tempat di bandar Paris ni kami jalan kaki… Yang ajak jauh dari district 18 tu kami naik metro. Tak susah pun jalan di Paris, kebanyakan attractions adalah walking distance dengan stesen metro. Kami jarang naik teksi, bajetlah katakan.

Di Paris, dan beberapa kota utama di Eropah, antara masalah untuk orang luar adalah penyeluk saku. Sangat profesional, sampai kita tak sedar barang dah tak ada. Alhamdulillah belum pernah diuji sebegitu, di Rom pun terkena dengan penyeluk saku amatur, sempat halang tangan dia dari masuk poket. Kena sentiasa berjaga-jaga.

Di Hotel Eugenie ni ada free wifi, tapi limited kepada 1 device saja. Tapi OK lah kan. Amenities dia pun OK (OK lah untuk hotel bajet, tak boleh nak banding dengan 5 stars). Tapi, dari pengalaman saya, amenities di hotel bajet lebih menyenangkan walaupun tiada jenama.

Breakfast? Pasti tak ada lah.. Sebab itu ia bajet. Tapi tak susah nak cari makan di Paris, banyak restoran milik orang Islam termasuk kedai roti. Cuma kena jalan sikitlah.

Rate hotel ni untuk bilik double dalam 180 euro ke atas macam tu. Kami buat booking dulu di agoda.com siap-siap sebelum sampai. First time, tak berani nak gamble. Tapi lepas-lepas ni pun memang tak gamble juga, dah serik terkena di Hakone, Jepun dan tidur dalam kereta di Osaka. Lebih baik book awal-awal, lagi2 kalau bawa anak-anak.

admin Avatar

2 responses to “Hotel Bajet di Paris Berdekatan Eiffel Tower”

  1. irfa Avatar

    2 kali sy ke sana, kali pertama berdua je
    kami duk hotel bajet..5 minit dr eiffel tower
    kali ke 2 pegi bawak anak2..so pilih hotel selesa dekat aiprt sbb dpt airlines rate
    mmg selesa sgt cuma jauh sikit dr eifil tower
    cukuplah kot 2x sbb semua tpt dah pegi..dh x tahu nak gi mana dah 😉

  2. dell Avatar

    saya tak pernah lagi duduk hotel di paris, 3 kali pegi, semua duk kat hostel je. dua kali di vintage hostel, walking distance dari gare du nord, murah, siap breakfast

    sekali duduk kat absolut hostel dkt area republique, dkt zone 1 jugak. situ best sbb keliling tu penuh kedai arab 🙂

    rindu paris!

Leave a Reply to dell Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge