Hikmah Kunyah Makanan 40 Kali

By | November 6, 2013

Sekarang ni banyak rupanya amalan dan pengetahuan tentang agama yang salah pengetahuan dan amalan selama ini. Alhamdulillah, hikmah bila semua info di hujung jari, ustaz dan para ulama pun boleh menyebarkan ilmu melalui penulisan yang boleh diakses oleh semua orang (Tapi awas! Ilmu agama & apa2 ilmu nak didalami kena berguru -ada yang mengajar&bincang, tak boleh main taram sorang-sorang, kerana nanti gurunya adalah syaitan).

Masa kecil dulu selalu dengar ‘orang mengajar’ (ustaz/ustazah bagi ceramah0 tentang sunnah mengunyah makanan, 40 kali katanya. Walaupun sudah diperbetulkan bahawa tiada dalil tentang 40 kali tu tapi ternyata Rasulullah mengamalkan mengunyah makanan banyak kali hingga hancur. Mengunyah makanan sampai lumat ni memang bagus sebenarnya.

sunnah mengunyah makanan

Ia dibuktikan dengan kajian moden tentang kunyahan yang lama boleh membantu dalam menangani masalah kegemukan atau obesiti. Betul ke?

Satu kajian dilakukan oleh sekumpulan pengkaji terhadap lelaki China, dan mereka mendapati:

Mereka yang mengunyah makanan dengan lebih lama (dalam kajian ini 40 kali) berbanding yang mengunyah makanan 15 kali sebelum menelannya mengalami kadar pengambilan tenaga yang lebih rendah (11.9% kurang) untuk makanan yang sama. Maknanya di sini, kita boleh mengurangkan kalori makanan hanya dengan mengunyahnya!

Jadi sesiapa yang taknak gemuk, kunyahlah makanan betul-betul ya.

Mengunyah makanan dengan berkesan ni akan menukarkan makanan kita menjadi pecahan kecil, luas permukaan yang besar menjadikan proses pencernaan menjadi lebih baik. Untuk volum yang sama, bila dipecahkan kepada kepingan kecil, luas permukaan juga bertambah. Matematik pula ye…

Tenpoh mengunyah makanan yang lama membolehkan ia bercampur dengan air liur dengan baik. Ini memang penting kerana air liur kita ni bukan saja membantu untuk melincirkan makanan dan mengurangkan tekanan pada esofagus, tapi juga kerana air liur mengandungi enzim yang menyumbang kepada proses penghadaman.

Pendekata, kunyahlah makanan 40 kali, ia memang elok untuk kesihatan kita.

 

4 thoughts on “Hikmah Kunyah Makanan 40 Kali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge