Hidup Seorang Blogger The Contest

admin Avatar

Contest Hidup Seorang Blogger, satu lagi pertandingan SEO blog anjuran DenaiHati.

Pada mulanya saya ragu-ragu juga kerana tajuknya ialah Hidup Seorang Blogger, tapi saya rasa saya masih belum mencapai tahap itu lagi. Saya cuma seorang penulis blog picisan saja. Dan bila compare dengan kisah hidup seorang blogger yang lain, rasanya amat jauh berbeza. Saya tak bawa kamera ke mana2 (kecuali kamera dalam telefon tangan je lah), saya tak snap gambar merata2, saya tak update each event yang berlaku dalam hidup saya setiap hari. Rasanya sebuah hidup seorang blogger tu tak ada pun pada saya LOL.

Hidup seorang blogger ni berlainan ke dengan hidup seorang yang non-blogger? Saya rasa ada lainnya juga. Seorang blogger macam lebih banyak hidup di alam maya dari di alam nyata (hehe, betul ke? Ntah saya pun tak tau). Sekarang ni selain blog, ada banyak lagi social networking tool yang memeriahkan hidup seorang blogger dan dapat berhubung dengan rakan-rakan blogger lain dengan lebih mudah.

OK lah berbalik kepada contest Hidup Seorang Blogger ni. Saya petik dari blog DenaiHati:

Syarat-syarat contest “HIDUP SEORANG BLOGGER”

1. Terbuka kepada Blog 1Dunia yang mempunyai blog samada berbahasa Melayu atau English yang mempunyai PR 2 dan keatas.

2. Buat 2 entri wajib di blog ANDA dengan kata laluan “HIDUP SEORANG BLOGGER”. Kandungan entri adalah bebas dan kreatif serta jangan lupa backlink kepada Denaihati. Dua entri wajib mesti diterbitkan hanya pada 22/8 dan 29/8 sebelum jam 11.59pm.

3. Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest ”HIDUP SEORANG BLOGGER“.

4. Contest hanya untuk blog sahaja, website forum dan website umum tidak diterima, seandainya bukan blog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 blog teratas dikira sebagai pemenang.

5. Hanya blog yang berdaftar sahaja layak untuk ikut serta contest. Pendaftaran dibuka hingga 11.59pm, 21/8/2010.

6. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

Tarikh tamat : 6/9/2010

Keputusan : Pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tamat contest.

Sponsor : eQurban.com

Pertanyaan : Untuk mendapat update terkini contest sila subscribe, follow twitter dan follow facebook. Untuk bertanya terus melalui ruang komen, DM di twitter @Denaihati, facebook @Denaihati atau tinggalkan pesan di contact. Jangan lupa untuk lawat blog ini untuk melihat update terbaru dan tolong Re TWEET ya.

Blog yang mempunyai PR 2 ke atas boleh lah cuba2 beradu kekuatan SEO. Ya lah, nak hidup, seorang blogger kena pandai marketkan blog dan SEO adalah salah satu daripadanya. Bagi yang tak familiar dengan SEO, ia menentukan bila kita taip certain keyword di kotak carian (Google) misalnya, blog yang mempunyai kekuatan SEO akan muncul dalam ranking terawal dan page2 terawal.

Err.. saya rasa ini adalah hari terakhir untuk daftar masuk contest Hidup Seorang Blogger ni. Haha, harap2 lepas lahhhh.

Hidup blogger!

admin Avatar

8 responses to “Hidup Seorang Blogger The Contest”

  1. sitisifir10 Avatar

    Cikgu, PR2 tu nate gapo??
    .-= sitisifir10´s last blog ..Jemput Masuk Giveaway Daku =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      PR 2 ialah pilihanraya ke-2

      Hahahaha

      PR= pagerank. Nak cerita kena wat 1 entry nih

  2. masalifah Avatar

    hoh, nok tanyo jugok, gemano PR2 tu? pilihanraya? public relation? hehehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Piiiii Raaaahhh!!!

      Kikikikiki.

      Natila kawe cerito.

      1. masalifah Avatar

        cerito lah. kawe tok tahu, mugo kawe ni pembaca blog jah, bukan blogger tegar. kekekeke

  3. Hidup Seorang Blogger Avatar

    wah.. dah join yer.. lepas nye tu.. good luck ok..
    .-= Hidup Seorang Blogger´s last blog ..Contest Hidup Seorang Blogger Anjuran Hidup Untuk Memberi =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Cuba2 nasib orang kata 🙂

      1. Hidup Seorang Blogger Avatar

        baguslah mcm tu.. lebih baik mencuba dr tengok saje kan.. hehe
        .-= Hidup Seorang Blogger´s last blog ..Contest Hidup Seorang Blogger Anjuran Hidup Untuk Memberi =-.

Leave a Reply to Hidup Seorang Blogger Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge