Hidup Berani Untuk Gagal Tapi Kalau Berjaya Dapat RM500

Hidup berani untuk gagal? Kenapa kita kena hidup berani untuk gagal? Ape ke bodoh sangat hidup berani untuk gagal?

Menurut pengarang buku Dare to Fail (Berani untuk Gagal), Billi Lim, “ A person has to go through the pain & the mistakes before he trully really learns. In that sense, a crisis in one’s life is a great teacher, but a very tough one!“, maksudnya “Seseorang tu kena lalui kesakitan dan kesilapan sebelum dia betul2 belajar. Dengan itu, krisis adalah guru terbaik, iaitu krisis yang paling teruk!” atau dengan kata lain “Kegagalan yang teruk adalah guru yang terbaik“.

Tapi, memang dah jadi tabiat manusia, biasanya kita lebih suka berada dalam zon selesa (comfort zone) dan sukar sekali untuk menjalani hidup berani untuk gagal. Kalau tidak, manakan ada pelajar2, walaupun di peringkat UPSR, meniru dalam peperiksaan? Soalan bocor? Kenapa? Selain daripada (mungkin) malas ulangkaji, malas belajar, blank, bodoh tersumbat, etc… adalah tiadanya semangat hidup berani untuk gagal. Semua orang mahukan kejayaan kerana gagal itu bermakna teruk, lemah, bodoh, ketinggalan, tidak cool dan sebagainya.

Kerana tiadanya semangat hidup berani untuk gagal ini, ramai antara kita yang mengalah awal-awal sebelum berjuang. Contoh2 ayat klise seperti:

“Aku tak berani la nak menceburkan diri dalam perniagaan ni. Aku takut tak menjadi, rugi besar nanti. Biar ajelah aku kerja dengan Si Polan ni”
“Taknaklah aku cuba masuk pertandingan ni. Kalah kang, malu je”
“Kalah 14-0 dalam bola sepak wanita telah mencalarkan imej negara”

Sejarah telah membuktikan bahawa kejayaan adalah milik mereka yang memegang prinsip hidup berani untuk gagal. Alexander Graham Bell misalnya, telah gagal sebanyak lebih dari 2000 kali sebelum berjaya mencipta sebuah telefon. Agak2 kalo la beliau berhenti selepas kegagalan pertama, bagaimana agaknya kita nak berhubung pada hari ni?

Ingat lagi tak masa kita sekolah dulu, dalam kelas Sains ke Fizik ke Kimia ke, setiap kali buat eksperimen, kita kena ulang 3 kali dan ambil nilai purata dari setiap eksperimen yang kita buat. Maknanya kita dah diberi peluang 3 kali untuk berjaya-gagal dalam eskperimen kita tu. Kalau kita dapat result berbeza dari kawan2 lain, kita ada peluang lagi untuk: 1. buktikan yang kita betul, atau 2. betulkan eksperimen kita supaya dapat result yang betul. Jadi memang kita dah diberi peluang untuk gagal.

Sebenarnya fitrah kita memang dah dijadikan sebagai hidup berani untuk gagal. Ingat semasa kita kecil dulu, atau tengok anak2 atau adik2 kita sekarang… yang bayi… sebelum boleh berjalan akan cuba berkali2 untuk bangkit berjalan. Jatuh, bangun lagi. Tak kiralah tertonggeng ke terdongak ke, dia akan bangun jugak. Dia tak kira jatuh sejuta kali pun sebab dia hidup berani untuk gagal. Bayangkan kalau seorang bayi tu tak ada ‘prinsip’ hidup berani untuk gagal, agaknya semua orang takkan berjalan pun.

Berinspirasikan dari kisah benar seorang anak kecil yang hidup berani untuk gagal, kita kena kekalkan sikap dan semangat hidup berani untuk gagal dalam apa jua perkara yang kita nak buat dan ceburi.Orang kata, ‘belajar melalui pengalaman’, dan kalau kita fikir betul2, pengalaman yang boleh mengajar itu biasanya pengalaman yang pahit, kegagalan, kesilapan… Seorang penjenayah takkan insaf selagi dia tak tertangkap dan dibawa ke tali gantung. (Ada la jugak yang insaf dalam pelbagai cara, sekadar contoh saja). Adakah seorang pencuri akan insaf selepas berjaya mencuri RM100 juta? Tak, kan? Bermakna pengalaman manis tu memang tak boleh nak jadi guru kita.

Namun begitu, kita mestlah bijak merancang kejayaan, hidup berani untuk gagal bukan bermakna kita tak kisah kalau tak berjaya2 sebab kita selesa je kalau gagal. Ayo, ini dah jadi benda lain. Masalah la pulak kalau asyik gagal aje dan kita tak berusaha pulak nak atasi kegagalan tu.

Hidup berani untuk gagal ialah menjadikan kegagalan sebagai batu loncatan kepada kejayaan.

Kata cikgu Sejarah saya dulu “One step backward is two steps forward”. Maknanya, kegagalan tu adalah sebagai booster untuk kita maju selangkah ke hadapan. Orang juga selalu kaitkan hidup berani untuk gagal ni dengan bola yang dibaling ke lantai, akan melonjak dengan lebih tinggi jika kita baling dengan force yang kuat. Dengan kata lain, lebih parah kegagalan kita, lebih tinggi /jauh kita akan pergi.

Begitulah jua sebagai ibu bapa, kita mesti memegang prinsip hidup, berani untuk gagal. Walau bagaimana pun, seorang ibu memang dah hidup berani untuk gagal semasa memperjuangkan nyawa melahirkan anaknya sendiri. Seorang ibu, selagi belum selamat anaknya lahir, dia terus menerus berdoa agar anaknya dan dirinya selamat. Ada bayi dan ibu yang meninggal akibat komplikasi semasa melahirkan. Tapi seorang ibu tu tetap nak jugak lahirkan anaknya. Bayangkan kalau semua perempuan takut untuk melahirkan anak…?

Bila anaknya lahir, seorang ibu tetap memberinya susu, walaupun mungkin ada suara2 sumbang menyatakan “Alah, bagi je la susu formula, susu kami bukannya ada/tak cukup!”. Disebabkan semangat hidup berani untuk gagal, si ibu itu cuba jugak untuk menyusukan, dan walaupun disahkan menghidap masalah seperti PCOS dan sebagainya, dia terus berusaha memberi yang terbaik untuk anaknya. Bukan terus mengalah.

Di kala anak itu membesar, ibu bapanya berusaha memberi didikan terbaik. Dan untuk mencapai kejayaan yang extraordinary (luar biasa), ada ibu bapa yang hidup berani untuk gagal dan memilih jalan yang lain dari orang lain dalam mengasuh anak mereka. Contohnya keluarga Puan Halimahton Yusoff. Walaupun satu dunia memandang sinis pada mereka dengan perilaku Sufiah, namun itu tidak menjadikan mereka mengalah kepada memberi penekanan kepada pendidikan awal kanak-kanak. Pada kita, Sufiah mungkin kegagalan, namun pada mereka mungkin perspektifnya berbeza. Jika mereka tidak hidup berani untuk gagal, mungkin mereka sedang berada dalam tekanan jiwa yang besar dek kerana pandangan masyarakat.

Oleh kerana saya ni orang yang hidup berani untuk gagal, maka saya pun berani sertai contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang dianjurkan oleh DenaiHati dengan kerjasama DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare ni.

Sebagai subscriber DenaiHati, saya dapat tahu tentang contest ini daripada email yang dihantar oleh beliau, bila saja entry contest ini ke udara.

Untuk lanjutan kepada contest ni boleh lawati laman web INI.

Hadiahnya memang menarik, pada ranking 1 – 5 dalam carian HIDUP BERANI UNTUK GAGAL di Google, akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6 – 10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang. Kepada yang rajin mempromosi contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” akan mendapat hadiah RM10 untuk setiap referral. Lebih banyak referralnya maka lebih banyaklah hadiahnya. Hadiah bertuah untuk penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 bernilai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen.

Kalau sesiapa nak sertai contest Hidup Berani Untuk Gagal ni, jangan lupa beritahu yang ANDA TAHU TENTANG CONTEST HIDUP BERANI UNTUK GAGAL NI DARIPADA — MY SUPER KIDS, OK!

Jadi, sebagai berakhirnya tahun 2009 ni, biasa la kita akan buat azam baru. Marilah kita berazam untuk menjalani kehidupan baru yang lebih proaktif, agresif dan progresif.

“HIDUP MESTI BERANI UNTUK GAGAL UNTUK KEJAYAAN YANG LEBIH CEMERLANG PADA TAHUN 2010″.

Selamat ‘menikmati’ kegagalan untuk kejayaan yang lebih cemerlang!

24 thoughts on “Hidup Berani Untuk Gagal Tapi Kalau Berjaya Dapat RM500”

  1. that’s right!

    Dengan kegagalan kita belajar sesuatu… Kerana itu Allah menyebut dalam surah al-insyirah, selepas kesusahan, pasti ada kesenangan…

    Kesusahan untuk bagun semula daripada kegagalann yang lalu akan membuahkan kemanisan yang tak terkira… InsyaAllah…

    Doakan saya lalui semuanya dengan tabah… =)

  2. sudah menjadi lumrah alam dan kehidupan ini. tak semua orang berani menerima kegagalan untuk kejayaan. mereka lebih suka duduk berangan tentang kejayaan. padahal takda usaha. huhu
    .-= mohdisa´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal =-.

  3. Pingback: "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" | Pesanan buat diriku yang sering lupa!!
  4. Pingback: “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” | Pesanan buat diriku yang sering lupa!!
  5. Pingback: Aku dan kamu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge