Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar For Dummies

admin Avatar

Kamilah yang dummies tu.
 
 Kami punya KPI mesti penuhkan kehadiran anak ke sekolah. Kalau demam mesti ada MC. Tapi sayangnya, Hafiy tak hadir sekolah bukan sebab demam… Tapi terpaksa ikut kami ke business trip T__T
 
 Dilema juga kadang-kadang, bila kami ada trip bisnes, tak ada orang boleh jaga Hafiy. Kalau adiknya berdua tu boleh tinggal dengan cikgu, tapi Hafiy ni cikgu mana sanggup nak jaga.
 
 Trip paling lama haritu dia ikut kami ke USA. Balik saja dari US, terus ada ujian pertengahan tahun. Ujian akhir tahun pun sama, balik saja dari Korea, terus kena menduduki ujian.
 
 Sebagai mak, tiada siapa yang suka kalau anaknya ketinggalan dalam pelajaran. Tapi mujurlah baru Tahun Satu, masih di peringkat kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Sewaktu trip, sebolehnya saya gunakan masa untuk membiarkan dia bebas berfikir, berbual, menulis dan sebagainya.
 
 Dalam hati memang pasrah, semoga Allah jadikan anak-anak pelajar di universiti dunia.
 
 Tatkala dapat surat untuk hadir ke sekolah pada Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar, memang terkejut bila nama Hafiy dinyatakan sebagai salah satu penerima anugerah. Alhamdulillah… Tak terkata.
 
 Harap cikgu tak kisahlah banyak lopong pun ya cikgu >_<
 
 Hari ni hari anugerah cemerlang tu, kami punyalah ikut time kan, 8.30 pagi… Tapi kerusi semua dah penuh, dok belakang sekali. Jadi lain kali sila datang awal. Dah terpaksa lintas depan meja Pengerusi PIBG sebab nak ambil gambar.
 
 Dan sayang kami tak boleh stay lama, sebab ada kursus nutrisi pula. Tak apa demi anak, kursus boleh tunggu sekejap 🙂
 
 Semoga Hafiy terus cemerlang dunia dan akhirat.

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar For Dummies”

  1. myliferia Avatar

    Sebab banyak travel tu yang Hafiy boleh cemerlang tuh…hehehe

    All the best boys 🙂

Leave a Reply to myliferia Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge