Gula dan Makanan Kanak-Kanak

admin Avatar

Masa kecik-kecik dulu, saya adalah antara budak yang rongak. Ramai juga yang mengalami masalah rongak, adik-adik saya pun sama. Apabila dah besar dan mempunyai anak, I was told that salah satu sebab rongak ialah suka ‘menggonggong’ botol susu. Apabila susu tu sentiasa berada dalam mulut, especially masa budak tu tidur… segala makneka gula yang ada dalam susu tu akan menjadi tarikan kepada bakteria terutama yang suka memusnahkan gigi.

Ya, ia bermula dengan pembentukan karies yang disebabkan oleh tindakan bakteria semasa proses fermentasi karbohidrat di dalam mulut. What the hell is going with the carbohydrates? Yeahh.. proses inilah yang menghasilkan glukosa.. glukosa tu kan gula… Perasan tak kalau kita kemam nasi (karbohidrat) lama-lama… ia akan menjadi manis?

Maka, disebabkan ini ramai kanak-kanak yang mengalami masalah gigi rongak, terutama yang mengambil susu formula dan kurang penjagaan gigi.

rongak

Namun dapat saya lihat pada anak saya, Hafiy yang semasa bayi tidak mengambil susu formula (exclusive breastfeeding), giginya cantik dan hingga sekarang masih baik (4 tahun). Walau bagaimanapun ia berkait rapat juga dengan penjagaan gigi..

Bercakap tentang pemakanan budak-budak ni… untuk baby terutamanaya, sebolahnya kita nak beri semua yang bagus-bagus saja untuk dia. Bagi yang menyusu badan lebih bertuah kerana komposisi gula dan rasa manis dalam susu ibu sudah menepati kehendak dan keperluan badan, so macamana pula dengan bayi dan kanak-kanak yang minum susu formula?

Salah satu cara pemakanan sihat ialah mengurangkan gula. Ingat tak satu iklan kempen hidup sihat “kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman”. Banyak sangat ambil makanan manis boleh membawa kepada masalah kesihatan, gigi pun senang rongak. Nanti dah tak boleh senyum manis manis 😀

tanpa gula

Saya dulu pernah cuba minum susu formula adik saya, mak oiii manis betul. Sangat jauh rasanya dengan susu tepung jenama lain yang sama minum ketika itu. Gula penting sebenarnya untuk membekalkan tenaga, tapi masalahnya banyak sangat gula yang disumbat, dan namanya dah tukar kepada benda lain… macam corn syrup solids, glucose syrup solids, sucrose, etc. Jadi bagi yang tak tahu, never regarded those sebagai ‘gula’.

Mungkin gula tersebut ditambah untuk memberi rasa sedap terhadap susu tersebut.

Dan kalau tengok pada factsheet (erk, apakah itu namanya?), pada pek-pek makanan kanak-kanak ni, terutama, mesti ada tulis karbohidrat. Persoalannya, adakah karbohidrat dalam susu? Jadi karbohidrat ni mungkin ditambah ke dalam susu to overcome laktosa? Laktosa adalah gula semulajadi di dalam susu ya.

gula semulajadi

Mungkinkah so called karbohidrat itu cuma gula semata-mata?

Saya rasa bagi ibubapa yang anaknya minum susu formula, you better check your children’s milk pack. Karbohidrat sepatutnya di bawah 11g.. lebih dari itu adalah gula tambahan! Dan juga bahan-bahan lain yang berupa gula tambahan iaitu pepejal sirap jagung, pepejal sirap glukosa, dan sukrosa. Gula tambahan ini maknanya bukan yang datang dengan pakej susu yang asal…

gula tambahan

Di website USRDA ada menerangkan tentang ni. Boleh tengok di laman web ini http://www.choosemyplate.gov/foodgroups/emptycalories.html

Forget about those junk food lah kan, kalau dalam susu baby pun ada gula tambahan…

So, buatlah pilihan yang tepat. You may choose or choose not, tapi apa-apa pun masa depan anak-anak di tangan kita 😉

admin Avatar

2 responses to “Gula dan Makanan Kanak-Kanak”

  1. lissa Avatar

    eh, lebih kurang sama pulak entry kita ni.. hehehe

  2. Austine Avatar

    Made the corn cream cheese munfifs again yesterday. Have to put down the recipe before I forget:125g self raising flour + 1/4 tsp baking powder2 eggs, beaten.92.5g butter92.5g caster sugar1/2 cup cream-style corn1/4 tsp vanillaCream cheese cut into cubes, as much as you likePreheat oven to 190b0C.Cream butter and sugar till light and fluffy. Add eggs a little at a time. Add cream corn and mix well. Mixture should be very liquid and lumpy now. Don’t worry too much. Add self raising flour + baking powder.Spoon into muffin trays along with cream cheese cubes. You may want to make sure that the cubes are well-distributed.Bake at 190b0C for 20 mins.Makes 6 medium / large munfifs.Btw, does anyone know where t buy tiny muffin trays? I’ve got an entire row of tiny pink muffin cups. And I just realised they don’t fit any tray.

Leave a Reply to Austine Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge