Great Cloth Diapers Change 2011 – Back to Basic

By | April 7, 2011

Terujanya melihat anak-anak comel dalam cloth diapers. Kepada yang mendaftar pihak penganjur akan hubungi anda.

Semoga anak2 ini menjadi pejuang untuk DUNIA YANG LEBIH HIJAU 🙂

great cloth diapers change

Sekarang kita tengok dunia semakin balik kepada asal atau ‘back to basic’. Masih ingat lagi dulu, masa saya mula2 dapat anak pertama.. penyusuan susu ibu, atau breastfeeding rasanya masih agak baru. Masa tu tak ramai ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Dan tak ramai yang ada stok susu beku beratus-ratus botol. Sekarang ni, kalau baca blog mak-mak, kebanyakan (yang BF) akan cerita tentang breastfeeding ajelah. Sampai saya rasa ‘kalaulah semua ibu ada access ke internet, pasti lebih ramai yang akan menyusukan anak mereka’.

Kenapa susukan anak dengan susu ibu? Ada orang kata sebab nak jimatlah, sebab bagus lah dan sebagainya. Whatever the reasons, itulah makanan terbaik untuk bayi, sehingga umurnya 2 tahun (dengan tambahan makanan pejal jika perlu). Dan yang lebih penting ialah proses semasa menyusukan dan bonding antara ibu dan anaknya. Orang kata anak yang menyusu badan ni manja terlebih. Lantaklah… manja pun dengan mak dia bukan dengan pompuan lain 😛

Sekarang ni, cloth diapers atau lampin kain moden pula. Saya dan adik2 dulu memang dibesarkan dengan lampin kain, tapi jenis kain napkin tu. Adik bungsu saya je yang pakai pampers. Dulu2 boleh tahu lah kalau rumah yang ada banyak jemur lampin tu.. ada budak lah tu 🙂 Sekarang ni orang dah tak pakai (kot) kain lampin napkin tu, tapi kain lampin moden pula.

Dari pengalaman saya menyusukan anak, dan juga mereka yang obses cloth diapers (CD) ni, kalau dah obses tu takdelah jimat mana pun, tapi menyumbang sangat banyak kepada alam sekitar. Fair enough la kan?

Macam ibu menyusu… adakalanya perlukan deep freezer, pam susu dan sebagainya… CD pun bukan RM2 sekeping, berpuluh2 ringgit.. tapi.. tahan lama… boleh diwariskan kepada adik2nya… boleh guna semula… so tak adalah kena buang berplastik2 disposable diapers… lagi2 kalau ramai anak kecil2.

Sudahkan anda bertukar kepada cloth diapers?

Jom sertai kami 23hb April ni di Scriptory Box untuk acara rekod dunia ini!

11 thoughts on “Great Cloth Diapers Change 2011 – Back to Basic

  1. halen

    alaaa… comel2nya baby tu semua. bila la sy nk ada baby lg ni gerak tgk diaorg semua.

    Reply
  2. nisa

    anak pompuan sy memang dah ber ‘cd’ sejak umo 6 bulan. Alhamdulillah dapat berkenalan dgn cd yg mesra alam nih. sekarang ni die tengah dalam proses toilet train. suke tengok ‘montot’ nye yg tergolek2 time pakai cd.cumel sungguh.
    nisa´s menulis tentang ..Insan IstimewaMy Profile

    Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      salam lisa,

      utk register email nama, nama anak, contact number & alamat email kepada Puan Dotty Latiff di gcdcmalaysia[at]gmail.com 😉

      Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      best sebab ada orang cantik kat event tu nanti

      muahahahaha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge