Google Street View Yang Menakutkan Orang!

By | October 1, 2014

Dua tiga hari ni, kecoh dengan Google Stret View, yang mana pengguna Google Maps kini boleh meninjau pemandangan di seluruh Malaysia (90% of it!) bukan saja dari pandangan atas, tapi dari segenap sudut! Kita boleh berada di mana-mana saja dengan hanya memasukkan alamat tempat yang kita nak lihat.

THE MONASTRY

Di atas ni, pemandangan di sekitar The Monastry, Petra yang saya dapati dari Google Street View.

Tujuan Google memberikan ciri ini kepada Google Map adalah untuk memudahkan kita, nak cari sesuatu tempat, kita boleh confirmkan dengan membandingkan persekitaran yang ditunjuk dalam Street View, dengan tempat yang kita sedang berada. Boleh compare, kuranglah sikit risiko nak sesat.

Tapi ternyata ia menakutkan penduduk-penduduk Malaysia apabila Street View ni turut menunjukkan rumah-rumah kediaman, dengan kereta, motosikal, basikal dan orang-orangnya sekali 😀

Apa perasaan bila lihat rumah kita, tempat kita berlindung berada di laman internet dan boleh diakses oleh sesiapa saja? Walaupun ia bukan real-time, tapi ramai yang mendakwa merasa privasi sudah diganggu, dan rasa terancam dengan macam-macam ancaman.

Walau bagaimana pun, Google Street View ni masih dalam peringkat permulaan.. pihak Google masih terbuka dengan sebagai report, komen dan cadangan.

Untuk melihat sendiri bagaimana Google Street View berfungsi, KLIK DI SINI, atau boleh buka Google Map dan klik pada gambar-gambar yang keluar selepas anda buat carian alamat yang berkaitan.

So, apa pendapat korang tentang Street View ni?

3 thoughts on “Google Street View Yang Menakutkan Orang!

  1. intan

    Mmg memudahkan. Tp itulah, semua bnda pun ada pro and cons, yg guna untuk kebaikkan ok lah. Yg salah guna tu ada jugak. Smoga allah lindungi kita dari perkara2 tak elok berlaku.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge