Google Instant Search

admin Avatar

Google instant search adalah ciri terbaru Google, yang mana bila kita masukkan huruf di dalam kotak Search Google, dia terus beri suggestion keyword dan terus listkan senarai website yang berkaitan dengan keyword yang dicadangkan.

Menurut Google, kebaikan Google Instant Search ni adalah:
– Pencarian yang lebih cepat. jimat masa.
– Cadangan keyword yang lebih baik
– Result yang terus keluar tanpa perlu tekan butang ‘Search’ atau ‘Enter’

Pertama kali menggunakan features ni, memang janggal rasanya. Setiap kalo saya menaip huruf, keluar keyword suggestion yang macam-macam dan senarai website yang macam-macam. Misalnya kalau nak cari info tentang ‘felt craft scriptory box’, masa kita taip huruf ‘F’ tu dah keluar suggestion untuk ‘facebook’ dan senarai website FaceBook dan berkaitan dengan Facebook beratur keluar keluar.

Rasanya Google Instant Search dah available di semua web browser : Firefox, Internet Explorer, Safari, Google Chrome… cuma untuk mobile belum lagi. Google desktop dan iGoogle pun macam tak ada lagi feature ni.

Mungkin Google Instant Search akan menggantikan SEO mengikut khabar2 angin sebelum ia dilancarkan dulu. Tapi rasanya ia sama je macam dulu, cuma bagaimana result tu keluar je yang beza. Instead of tekan butang apa2, cuma perlu taip saja.

Kalau tak suka pakai Google Instant Search, boleh disabled. Di sebelah search box ada tulisan kecil ‘Instant is On’. Klik di situ dan ia akan skroll down ‘On’, ‘Off’ dan ‘More about Google Isntant’. Kalau tak mahu guna, boleh tekan ‘off’.

Jadi apa pendapat anda tentang Google Instant Search ni? OK ke tak OK? 🙂

admin Avatar

2 responses to “Google Instant Search”

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      bagus2 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge