admin Avatar

Kalau ada yang tengok rancangan IKS di TV1 hari Sabtu lepas, mesti dapat tengok tentang Genius Baby on Board yang beroperasi di Wisma Bling Lustre menjalankan aktiviti-aktiviti berupa pendidikan awal dan skill keibubapaan.

Genius Baby on Board dimiliki rakan saya, Puan Watie (Norhidawati Abdul Aziz) yang juga merupakan partner kami. Puan Watie membangunkan Genius Baby on Board kerana cintanya kepada pendidikan awal kanak-kanak. Yang lebih menarik, perkara tersebut terlebih dahulu dipraktik kepada anak-anak beliau, sehingga Qarissa dan Quzayra pandai membaca sebelum usia satu tahun.

Saya sendiri pun enroll anak-anak dalam playgroup anjuran Genius Baby on Board, cuma hold sekejap, sehingga saya habis pantang. Fahry pun memang suka dengan aktiviti dalam playgroup, terutama teachernya (asyik2 nak teacher, nak teacher…).

fahry playgroup genius baby on boardgenius baby on boardgenius baby on board

Lain pula dengan si Hafiy, dia tak berapa minat sangat aktiviti nyanyi-nyanyi joget2. Masa sesi nyanyi2 dia lari masuk dalam office Genius Baby Resources. Dah habis, sesi art barulah keluar join orang ramai.

genius baby on board

Tak apalah, kecenderungan dia kat situ. Buat masa ni dia lagi suka buat aktiviti sendiri. Mungkin Hafiy lebih cepat belajar dengan cara begitu. Di sekolahnya pun, kata gurunya Hafiy lebih cepat menangkap apa yang ditunjukkan pada flashcard.

Saya pula, secara tak sengaja BARU TAHU anak saya rupanya dah pandai membaca dan melengkapkan perkataan    T___T    Watie selalu tegur pasal ni, katanya saya selalu underestimate anak-anak. Saya rasa, anak-anak saya (anak mana-manapun sama) sangat2 tak suka bila diuji. Mungkin pendekatan saya selama ini lebih kepada ‘nak test’. Jadi mungkin saya harus menjadi lebih natural supaya dapat melihat potensi anak-anak yang sebenarnya.

Sekarang ni saya baru memperkenalkan Hafiy kepada simple Math. Not bad jugalah, buat permulaan. Hafiy baru pass counting, sekarang buat addition dan subtraction pula.

Bagi ibu bapa di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan (negeri lain amatlah dialu-alukan), luangkanlah masa untuk mengikuti seminar, kursus, bengkel dan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Genius Baby on Board. Pastinya anda merasai pengalaman baru kerana perkongsian Puan Watie bukan benda yang dibuat-buat, kerana GBOB adalah testimonial beliau sendiri!

Saya pun tak sabar nak bersalin dan tunggu habis pantang untuk sambung semula playgroup anak-anak di Genius Baby on Board.

Review saya tentang seminar ECE dia GBOB boleh dibaca dalam entry Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak di GBOB.

Sila lah visit website Genius Baby On Board di www.geniusbabyonboard.com dan baca blognya di www.geniusbabyonboard.blogspot.com.

Anda macamana? Mesti semua orang nak ada ‘genius baby in the house’ wassup wassup kan. (Tapi kata Puan Ainon Mohd – Pengerusi PTS – genius adalah keupayaan untuk menyelesaikan masalah yang tak ada orang pernah discover, dan penemuan2 baru yang orang lain tak pernah handle. Kalau budak2 setakat pandai baca, pandai Maths, pandai itu ini masa kecik2 bukan genius namanya, mereka cuma pintar saja).

admin Avatar

5 responses to “Genius Baby on Board”

  1. Fara Avatar

    Good info! Thx for sharing!

  2. mommynadia Avatar

    kem salam kat Watie..
    she’s my senior kt UTM..
    * dia selalu dtg lepak kat bilik kak Lin..
    tak sangka Kak Watie yg sempoi2 dulu,sgt komited in early childhood learning..congrat sis!

  3. halen Avatar

    wahhh bertuah org2 di sana yer mcm2 kemudahan ada nk bagi anak pandai. nnt suggest la kt ur friends watie dtg buat bengkel di kota kinabalu, sabah. sy yakin pasti ramai yg join.. 🙂

  4. sohomama's Avatar

    Wow…interesting!!…
    satu perkongsian yg sgt menarik!!..
    kalau la ada buat Kat JB…Sure…sy hadir..

  5. EDWIN(エドウィン) JP CLASSIC Avatar

    Hi there, I do believe your web site might be having internet browser compatibility issues.
    When I take a look at your site in Safari, it looks fine however,
    when opening in Internet Explorer, it’s got
    some overlapping issues. I just wanted to give you a quick heads up!
    Besides that, excellent website!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge