Fahry Dalam Harian Metro 5 May 2010

by admin on May 6, 2010 · 37 comments

Saya cuma tahu coverage tentang Fahry akan disiarkan minggu ini dari Kak CT (wartawan Metro) tapi malu nak tanya bila, bole tak? LOL.

5 Mei, pagi2 lagi Makcik saya SMS beritahu yang cerita Fahry keluar di Metro. Saya pun terus SMS Abiy, Angah dan Mak saya :D tidak dilupakan kawan2 especially yang dah siap warning “Kalau cerita Fahry keluar kat mana-mana, jangan lupa inform!”. Bertuah sungguh Fahry, ramai yang care pasal dia. Mommy pun tumpang seronok :D

CCF06052010_00005

Comel sungguh Fahry dalam gambar ni. Tudung itu adalah tajaan Tudung Labuh Lycra. Wah rasa macam selebriti pulak ada orang taja2 gitew :D Memang best pakai tudung ni, satunya sebab ia labuh so Abiy tak le marah :D Dan sejuk pulak. Terima kasih Nani ;)

CCF06052010_00001

CLose up sikit.

Bagi yang terlepas Harian Metro semalam, ni dia nyer scanned copy. Sungguh scanner saya kecik cuma, so amik separuh2 la :P

fahry_metro-1

fahry_metro-2

Saya lambat dapat copy ni, sebab ada kat office lain. Bila balik office petang tu baru dapat beli. Sebelum tu banyak dapat SMS dari kawan2 yang katanya “Vangga sama Mak”. Bestnya.. rasanya ni kot kali pertama dapat banggakan kawan2 LOL. Tu lah, sapa suh malas belajar dulu2, kalo tak mesti dapat masuk U umur 12 tahun. Lagi vangga~

Ramai yang tak tahu Fahry macam tu, ada yang siap call lagi (kawan2 lama). Hehe. Penghubung silaturrahim, rezeki pembawaan anak. Kalau tak mesti sampai bile2 kawan2 lama tak ter-trigger nak contact balik. Ye la, apa kes.. ku bukan femes pun.

Rasanya dalam gambar2 ni nampak clear tangan kiri Fahry yang kiut tuh. Tapi walau camtu tangan dia memang kuat dan boleh pegang. Jari dia tu bukan berlipat, tapi memang camtu. Ada satu ruas je. Dulu2 ingatkan dia tak bole pakai sangat, tapi rupanya dia lagi banyak pakai tangan kiri. Gamaknya nak tunjuk kat kitorang that “Bole pakai laaa.. appedaa derang nih”.

Lepas tu Mak yang over ni SMS pulak dr pakar rehab yang attend Fahry bagitau citer Fahry ada dalam Harian Metro. Dr Taayah reply bagitau that dia dah check so far Fahry baby termuda yang pernah fitted dengan kaki palsu. Apakah? So Fahry layak untuk masuk dalam Malaysian Book of Record, sebagai bayi termuda pakai kaki palsu, yeay! Lepas dapat surat dari doktor then can reply the email form MYBOR for this purpose. Vangga vangga.

Fahry pulak, kat taska cikgu dia bagitau hari ni ada aktiviti baru – tunggang member yang tengah merangkak. Ayooo mana la dia belajar, kat rumah takde pun tunggang sapa2. Gamaknya sebab asyik kena marah dengan Hafiy everytime dia cuba tunggang ‘kereta’ Hafiy, so dia pun cari benda lain nak tunggang. Kesianlah member mana yang jadi mangsa tu. isk3x… Fahry, jangan ler buli orang! Habisla nanti kalau mak2 yang antar anak kat situ cop Fahry ape2. Tak bulih jadi nih. Esok kene suruh cikgu ikat je Fahry kat grill.

Lepas tu kami bawa ke klinik (macam biasa, Klinik Dr Altaf) sebab dia ada hingus. Doktor nak salam dia tunjuk benda lain, doktor tunjuk lain dia bagi lain. “Banyak akal awak ni!” kata Dr Zehan. Hehe. Maknya dalam mode saspen ‘alamak anak, please behave’.

Syukurlah, rasanya perkembangan minda dia OK je. Yet to talk, yet to walk, tapi very the explorer. Sekarang orang tak tanye dah “Kenapa kaki dia?” agaknya sebab orang pun tak perasan kot. Tu lah, kalau kita sentiasa encourage anak2 macam ni untuk jadi macam orang biasa2 je, orang lain pun tak nampak kekurangan dia.

Share Button

{ 37 comments… read them below or add one }