Ekzema (eczema), Rawatan dan Kawalannya

by Mommy Lyna on September 15, 2010 · 1 comment

Ekzema ialah keadaan yg mana kulit akan menunjukkan reaksi seperti kemerahan dan gatal sebagai isyarat bahawa tubuh kita bermasalah contohnya elergik atau keradangan pada kulit. Bila digaru, kulit akan menjadi tebal , bersisik dan kasar. Kadang2 ia menjadi berkerak.

Eczema boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja, selalunya penyebab utama adalah elergi terhadap sesuatu. Kemungkinan elergi terhadap makanan seperti hasil tenusu; atau habuk, minyak wangi, bahan kimia yang terdapat dalam barangan kosmetik dan penjagaan muka; dan sebagainya.

Rawatan eczema secara pengambilan makanan tambahan (supplement/vitamin) difokuskan kepada menghalang penghasilan histamin berlebihan penyebab elergi dan meredakan keradangan.

Supplement/Vitamin yang dicadangkan untuk penderita eczema:

1. GLA Complex

Penderita ekzema tidak dapat memproses asid lemak dgn sempurna sekaligus kandungan GLA dalam badannya adalah rendah. GLA penting untuk menghalang kesan eczema berterusan seperti gatal, merah2 dan sebagainya.

2. Zinc

Zinc amat penting bagi pembentukan tisu, mereka yang menghidap ekzema didapati mengalami masalah kekurangan zinc.

3. Alfalfa

Alfalfa berguna sebagai anti radang dan anti elergi namun pengambilan mesti selepas dipastikan anda tidak elergi kepada alfalfa.

Lain2 vitamin boleh dirujuk dalam Set G di http://myshakleestore.blogspot.com.

Lain2 langkah berguna bagi eczema:

1. Memakai pakaian dari fabrik kapas.
2. Selalu menggunakan mousturizer.
3. Pastikan anda mandi selepas menggunakan kolam mandi awam.
4. Teh hijau bagus untuk elergi.
5. Gunakan mandian berasaskan oatmeal.

Setiap penyakit ada ubatnya. Untuk mendapatkan Set G atau vitamin di atas sila hubungi saya, Mommy Lyna via email sauberlina[at]gmail.com.

{ 1 comment… read it below or add one }

hasenah bt harun June 10, 2011 at 9:32 pm

salam,
saya mempunyai anak perempuan yang berumur 12 tahun. dia mengidap ekzema sejak berumur 4 tahun. penyakit nya kian teruk walaupun telah mendapat rawatan dari klinik pakar swasta dan kerajaan. semoga puan ada alternatif lain untuk anak saya.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

african mango ozoderm