Demam dan Sakit Kepada Semasa Haid

admin Avatar

Bagi orang perempuan, selain dari masalah senggugut semasa datang bulan, banyak perkara yang melanda seiring dengan perubahan hormon semasa kedatangan haid ni. Antaranya ialah sindrom PMS seperti sakit sana sakit sini, moody dan sebagainya.

Sebab tu orang kata “Kalau perempuan emo mungkin sebab dia nak period, kalau lelaki emo?”

Beremosi adalah hak setiap insan ^^

Menyentuh soal demam dan sakit kepala semasa period ni, ya memang ada dan ia dipanggil hormonal migraine atau menstrual migraine. Ia berpunca kerana berlakunya kejatuhan paras estrogen dalam darah semasa kedatangan haid.

Simptom ini boleh melanda mereka yang tidak mengalami migraine di waktu2 lain, dipanggil Pure Menstrual Migraine. Mereka yang mengalami PMM ni cuma mengalami migrain semasa period saja.

Ia adalah dalam kategori berlainan dengan migrain klasik (migrain aura) dan migrain biasa.

Selain semasa period, sakit kepala atau migrain disebabkan hormon ni juga boleh melanda mereka yang mengambil COC (Combined otal contraceptive pill atau pil perancang, di awal kandungan bagi ibu hamil dan wanita menopos.

Jadi kepada para suami bila isteri2 anda mengadu sakit kepala di awal kehamilan atau semasa period, jangan risau ia tidak membahayakan. Bantulah mereka agar mereka mendapat rehat dan tidur yang cukup (tapi jangan terlebih tidur!), serta elakkan mereka dari stress.

Demam semasa period juga adalah perkara biasa, namun hati2 jika menggunakan tampon, atau jika ada discaj yang pelik, atau kesakitan luar biasa, atau tidak menukar pad dalam jangkamasa yang lama. Ini kerana dikhuatiri demam tersebut disebabkan oleh jangkitan kuman.

Antara tips bagi melegakan hormonal fever & migraine:

– Banyakkan minum air suam.
– Berehat secukupnya.
– Jauhi stress.
– Jauhi bunyi bising, bau yang ekstrem atau punca2 yang boleh membawa sakit kepala.
– Makan sedikit tapi kerap.

Bersyukurlah kerana diberi masa rehat ^^

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Demam dan Sakit Kepada Semasa Haid”

  1. azie Avatar
    azie

    Thanks 4 sharing..sy slalu alami sakit kpala sms period….sakit sgt.3..

  2. leeya comei Avatar
    leeya comei

    bulan lpas sy x dtg bulan sy rase tkot sgt bln ni bru sy dtg bln byk sgt keluar tp time to lak demam trok smpai nk bangon xlrat org kate demam time dtg bln x elok btol k

Leave a Reply to leeya comei Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge