Cool Apps – Waze Social Free GPS Traffic

admin Avatar

Sejak kami mula menjalankan operasi – Redah Satu Malaysia ni, merancang perjalanan dengan begitu baik dan tepat adalah perlu. Mana tidaknya, katakan saya kena berada di Penang pada jam 9 pagi, jadi sekurang-kurangnya jam 5 pagi kena bertolak dari KL. Kalau tak plan betul-betul, silap2 traffic jam di tengah jalan.. Siapa yang nak tanggung >.<

Ya, kami by land saja… Ahli keluarga ramai ni tak larat pula nak beratur naik kapal terbang.

Selain dari PapaGo, ya kami adalah pengguna setiap apps ini – Waze yang saya download di iPhone saya.

waze social free gps

Cari je ‘Waze’ dan keluar ikon seperti di atas. Di Apps Store dan Android pun ada.

Ciri-ciri yang menarik pada Waze ni:-

  • Real time traffic update
  • Boleh estimate pukul berapa boleh sampai berdasarkan traffic
  • Update lokasi speed trap, jalan rosak, roadblock, etc
  • Boleh berkomunikasi sesama komuniti Waze, chat!
  • Re-route dengan mudah
  • Boleh tengok arah traffic yang sibuk
  • Boleh update sebarang isu di jalan raya

free GPS waze

Lagi seronok dari Papago.. 😀 *yang gas price tu kat US je, Malaysia takdak.

Boleh start Waze dari rumah lagi untuk check apa yang sedang berlaku dalam perjalanan.

Mula-mula guna memang kekok sikit, lagi2 saya yang biasa guna map yang kat iPhone tu je. Tapi dah lama2 memang seronok guna Waze ni.

Yang lagi buat ia addicting ialah boleh kumpul points, ada ranking2 semua. Ada je la jalan dia nak suruh orang guna kan 🙂

Tapi awas, makan bateri benda ni. Jadi kalau tak ada charger kereta tu bawak-bawak beli seketul.

So, apa lagi jom kita bersosial di Waze pula.

 

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Cool Apps – Waze Social Free GPS Traffic”

  1. Papa-NtiQ Avatar

    Saya pakai samsung note jenis android Dan baru jer upload waze. Tak sabar2 nak guna nih hehe
    Senang2 tu singgah la ye blog saya di http://www.blogmakanbest.blogspot.com topic pasal makan di tempat2 menarik 100% takde topic lain.
    Kalau bolih follow ye TQ bebanyak

  2. Ramzi Avatar

    Nice share mysuperkids.net, kerenlah apps waze ini 🙂

Leave a Reply to Ramzi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge