Coklat – Baik Atau Buruk Untuk Kesihatan

admin Avatar

Coklat adalah makanan atau snek yang digemari ramai. Malah coklat sangat popular sebagai pemberian samada kepada kanak-kanak atau orang dewasa. Coklat boleh dikatakan universal kerana di mana-mana ada coklat.

Coklat sering dikategorikan sebagai makanan rapu atau junk food. Benarkah itu? Tahukah sebenarnya banyak faedah dari coklat ni.

FAEDAH COKLAT

– Coklat mengandungi antioksidan yang berperanan menghapuskan radikal bebas dalam tubuh
– Coklat menajamkan minda
– Coklat meningkatkan kadar endorfin yang menjadikan kita gembira
– Coklat mengandungi pelbagai vitamin dan mineral
– Coklat mengurangkan kesan PMS dengan peningkatan progesteron.
– Coklat mengandungi fenol yang dapat mengurangkan kepadatan lipoprotein(kolesterol LDL iaitu kolesterol tak baik)

Namun begitu, harus diingat coklat juga ada sisi buruknya. Ya, bila coklat diproses dan dijadikan bar coklat atau produk lain, ia dicampur dengan bahan2 lain dan kebanyakannya adalah GULA dan LEMAK dan inilah sebenarnya yang memberi kesan kepada kesihatan.

Saya sendiri pun pernah naik berkilo2 sebab amalan makan coklat. Kenapa?

COKLAT YANG TAK ELOK

– Coklat yang mengandungi benda2 lain seperti karamel, nougat dan sebagainga.
– Coklat murah!
– Coklat putih
– Coklat fondant

Limitkan pengambilan coklat2 di atas. Dark chocolate adalah jenis coklat yang baik kerana kurang kandungan gula.

Gula sebenarnya tidak baik untuk kesihatan bukan sebab risiko kencing manis tapi banyak sangat….. Salah satunya ia menyebabkan inflamasi yang menjadikan salur darah menyempit.

OK mari kita makan coklat secara bijak 😉

**mood Swiss chocolate**

admin Avatar

7 responses to “Coklat – Baik Atau Buruk Untuk Kesihatan”

  1. KC@ella Avatar

    kC penggemar coklat. Terapi coklat adalah yg terbaik saat stress .. rasanya KC makan coklat secara bijak kot ? hehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hehe betul3x

  2. kesoma.rai Avatar

    Hehehe..coklat murah eh…pernah baca dark choc yg cocoa nya 75% ke atas yg baik utk kesihatan..yg bawah dari tu tak ok ke eh..75% cocoa tu mmg pahit lah..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Bawah dr tu byk gula & bnda campuran lain.

  3. Derok Avatar

    coklat ketberi ok x

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kalo 75% ke atas bagusla tu sbb byk koko, tinggi antioksidan

  4. zura Avatar
    zura

    ok….dulu2 suka mkan coklat time dlm bas masa nk balik kampung…sbb malas nk turun makan..kenyang tu…

Leave a Reply to Derok Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge