, ,

Catatan Perjalanan ke Machu Picchu

admin Avatar

Saya sebelum-sebelum ni tak berapa kisah sangat dengan Machu Picchu ni. Maklumlah, letaknya nun jauh di benua sebelah sana (Amerika Selatan). Ke Eropah pun dah cukup jauh bagi saya, inikan pula nak tambah lagi ke Benua Amerika.

inca peru

Namun begitu takdir Allah telah menyampaikan saya ke sana. Genap setahun selepas membaca tentang Machu Picchu dalam majalah Going Places dalam pesawat MAS. Ketika itu terdetik “Walaupun mustahil, tapi aku nak juga ke tempat ni”. Masha-Allah, apa yang kita rasa mustahil tu sebenarnya tak mustahil pun. Akhirnya saya dapat juga tersengih-sengih dengan background Machu Picchu ni.

mommy lyna machu picchu

Perjalanan kami ke Machu Picchu ni bermula dari La Paz, Bolivia. Nak masuk ke Bolivia ni perlukan Visa. Tapi sayangnya tak ada pejabat kedutaan Bolivia di Malaysia. Jadi untuk dapatkan Visa Bolivia kena pergi ke pejabat kedutaan Bolivia yang terdekat iaitu di Manila, Beijing, Sydney…. atau di negara-negara transit di Amerika Selatan sebelum masuk ke Bolivia.

Untuk masuk ke negara Amerika Selatan ni, imigresen akan tanya macam2, biasanya benda basic je lah… itinerary, penginapan kita, tujuan ke sana…

Kenapa melalui Bolivia? Murah sikit dengan menaiki bas ke Peru.

Dari La Paz, kami naik bas ke Puno, Peru. Puno terletak di pinggir tasik antara yang terbesar di Amerika Selatan, yakni Tasik Titicaca. Aha.. bila masuk ke La Paz ni, kena sediakan minda bahawa besar kemungkinan kita akan kena ‘altitude sickness atau mountain sickness’. Saya ada menulis tentang ini di dalam entry ini (sila klik).

Kami dah start kena semasa di La Paz. Akibatnya, terus tak boleh bangun. Mujurlah dapat juga bergerak ke terminal bas di La Paz. Dari situ terus beli tiket ke Puno.

LA PAZ

Perjalanan ke Puno ambil masa 8 jam. Sepanjang perjalanan tu saya tidur saja, memang tak boleh buka mata langsung. Pening dek penangan sickness ni.

Sampai-sampai di sempadan Bolivia-Peru je lah kena keluar bas untuk cop passport di imigresen.

SEMPADAN NEGARA AMERIKA

Di sempadan ni tempat nak tukar duit ke matawang Peru, Nuevo Sol atau Sol. Nak senang bawalah USD untuk ditukar dengan matawang negara-negara kat sini. Di negara Amerika Selatan ni, kebanyakannya ‘cash is king’.

Kami tiba di Puno di waktu rembang tengah hari. Panas betul. Hati-hati di terminal bas Puno, ramai yang akan approach, offer macam2 pakej untuk melawat di sekitar Tasik Titicaca dan Copabana (bahagian ni di negara Bolivia)… tapi sebab takut kena tipu, kami ambil teksi je, terus ke penginapan di pusat bandar Puno.

Walaupun pening-pening, tapi laratkan juga keluar… jalan-jalan sekitar bandar, dan beli air mineral serta makanan. Orang-orang kat sini macam yang tengok dalam TV…. dengan pakai topi dan jalin rambut.

Tengok ada adik jual jagung rebus, beli lah satu nak cuba.

ORANG PERU

Lain benor rasanya jagung rebus di Puno ni. Hehhe. Bijinya besar-besar dan rasanya agak ‘starchy’ & tawar. Tapi yang bestnya di Peru ni, takkan rasa lapar nasi sebab diorang makan nasi 😀 biasanya kami makan nasi dengan ikan goreng. Yummm…

3 hari di Puno… tapi semua plan kena cancel. Baik tasik Titicaca, baik Copabana… disebabkan simptom mountain sickness makin teruk. Macam-macam tips dah buat tapi takde perubahan T__T akhirnya lega sikit lepas telan pil Sorojchi yang dibeli farmasi. Orang tu pun dah tau dah agaknya, kalau foreigner yang masuk kedai dia tu, takde lain, cari pil tu lah >_<

Hari kami bertolak ke Cuzco, alhamdulillah, pulih sepenuhnya dari mountain sickess. Risau jugak kot2 tak sampai ke Machu Picchu pulak karang. Sedih kot. Kalau sebelah rumah dan kosnya RM5 tu takpe la jugak.

Kami menaiki tren PeruRail dari Puno menuju ke Cuzco. Awal2 dah booking tiket tren ni. Ekslusif la jugak, ada 3 gerabak je. Pulak tu siap ada makanan dan entertainment. Hehe. Pemandangan dia pula, masha-Allah cantik sangat-sangat. Melalui gunung dan lembah… ladang dan rumah.

Berhenti sekejap di Col de La Raya, di tengah2 perjalanan antara Puno dan Cuzco. Kat sini ada orang jual cenderamata, tapi tak beli apa2 pun. Bergambar saja.

PERU RAIL

Setelah berbelas jam perjalanan (tak ingat pulak, 11 jam ke 13 jam…) akhirnya tiba juga kami di Cuzco. Hari dah malam, dan hujan pula tu. Saya ni kalau malam2 dan hujan, mula lah terbayang bukan2… memang penakut. Mana tak takut oiii, macam2 cerita orang duk cakap tentang South America kan. Tapikan sebenarnya, orang2 South America sangatlaaah baik. Ada yang jahat tu biasalah, kat mana2 pun ada orang jahat.

Kami naik teksi ke hotel share dengan seorang pemuda dari Hong Kong yang sama-sama naik tren tadi. Dia belanja tambang. Hehe. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. Sayangnya tak sempat berkenalan sebab dia nak cepat, ada temujanji katanya, dah lambat pulak tu.

Malam tu kami rehat puas-puas… esoknya pagi-pagi nak keluar. Machu Picchu here I come!

Baca sambungan kisah ini di SINI [SILA KLIK]

admin Avatar

2 responses to “Catatan Perjalanan ke Machu Picchu”

  1. Nurolhuda Avatar

    Besarnya biji jagung rebus di Puno, boleh bilang satu-satu lagi. Agaknya untuk orang asia sebatang dah cukup mengeyangkan.

    1. admin Avatar
      admin

      seksa nak perabis sebatang tu >_<

Leave a Reply to admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge