,

Cara Untuk Memulakan Perniagaan

admin Avatar

Ramai rakan yang bertanya tentang cara untuk memulakan perniagaan, lebih2 lagi sejak My Shaklee Store, Bling Boutique dan Scriptory Box beroperasi.

Secara ringkasnya, cara untuk memulakan perniagaan sebenarnya tidak susah, cuma ia menjadi agak rumit bila seseorang itu sudah biasa berada dalam keadaan complacent, dalam comfort zone, dan rasa tidak ada urgensi untuk memulakan perniagaan. Bila kita mahu memulakan perniagaan tanpa keazaman yang kuat, sekadar ikut-ikutan, ia menjadi lebih banyak alasan dari usaha.

Contoh2 dilema yang dihadapi oleh mereka yang ada keinginan untuk memulakan perniagaan:

1. Apa Yang Nak Dijual?

Biasanya ramai yang terlibat dalam dilema ini, iaitu tidak tahu apa yang hendak diniagakan. Kebanyakan orang menganggap berniaga perlu dengan menjual sesuatu. Untuk menjual sesuatu itu, perlu ada sesuatu. Di mana hendak dapatkan pembekal? Adakah orang nak beli? Dan masalah utama ialah tak tahu apa yang nak dijual.

2. Masalah Modal

Ramai yang nak berniaga tapi bermasalah dengan modal. Berapa modal yang diperlukan? Kena banyak ke sikit? Kena pakai duit simpanan sendiri ke? Dan sebagainya.

3. Masa

Nak buat apa-apa pekerjaan pun memerlukan masa. Kalau dah kerja 8-5 di waktu siang, tambah2 dengan duduk di KL, jem perjalanan lagi, malam penat, ada ke masa nak memulakan perniagaan? Sempat ke nak fokus antara keluarga, kerjaya dan bisnes?

4. Prospek Pelanggan

Siapa yang nak jadi pelanggan bila kita mula berniaga? Ada ke orang nak beli? Laku ke nanti?

5. Persaingan

Mampukah untuk berada sebaris di atas dari pesaing? Adakah mampu nak penetrate market yang sudah saturated? Perlukah cari perniagaan yang tiada pesaing?

OK itu antaranya lah. Mengikut pengalaman dan pemerhatian saya. Ramai antara rakan saya yang mempunyai impian dan cita-cita memiliki sebuah perniagaan, punya idea yang bagus dan sebagainya. Tapi disebabkan perkara2 di atas, mereka cuma tinggal idea dan cakap saja.

Mungkinkah idea dan cakap2 itu akan menjadi kenyataan? Antara penyelesaiannya:

1. Barang Yang Nak Dijual

Harus kita sedar, perniagaan tidak tertakluk kepada menjual barang semata-mata. Berniaga ditakrif sebagai menjual barang ni memang sangat popular, termasuklah bila bercakap tentang perniagaan internet, contohnya yang dijalankan oleh Irfan Khairi, ramai yang bertanya, “Dr Irfan Khairi jual apa ya?”. Perniagaan itu banyak cabangnya, selain menjual barang. Kita boleh menjual perkhidmatan, kepakaran, website, ruang iklan dan sebagainya.

2. Modal

Bagi yang mula2 nak berjinak2 dalam perniagaan dan tidak mengikuti sebarang kursus, eloklah bermula dengan skala kecil. Tak perlu berangan menyewa sebuah kedai sebagai langkah pertama sekiranya masih banyak komitmen lain. Perniagaan yang paling mudah untuk dimulakan dalam skala kecil ialah perniagaan online atau perniagaan internet. Tiada kos sewa tempat, malah blog boleh dibina secara percuma di beberapa platform contohnya wordpress dan blogspot.

3. Masa

Masa itu ada bagi orang yang benar2 sibuk dan bagi orang yang ‘perasan sibuk’, memang asyik tiada masa. Masa itu sentiasa ada bagi yang bijak merancang masanya. Orang yang sentiasa terbawa-bawa dengan angan2, berehat2, bersenang2, memang akan selalu tiada masa. Jadi, rancanglah masa dengan sebaiknya, buat jadual haria, to-do list dan sebagainya. Pasti kita nampak ‘wah banyaknya masa yang aku ada’.

4. Prospek Pelanggan

Sebaiknya target pada pelanggan yang ada persamaan dengan kita dan kepakaran kita, untuk memudahkan urusan terutama dari segi komunikasi. Seorang ibu mungkin lebih mudah mendekati ibu-ibu dan wanita lain. Namun prospek ini mestilah kena dengan apa yang kita tawarkan kepada mereka. Kalau jual produk penyusuan tak bolehlah target anak dara.

5. Persaingan

Kadang-kadang pesaing adalah perlu supaya kita tidak complacent. Bila ada pesaing, kita akan berusaha lebih dan pesaing ni akan memainkan peranan sebagai tukang beri motivasi kepada kita. Kita akan jadi lebih kreatif dengan adanya persaingan. Jangan takut pada persaingan, kerana persaingan itu sihat.

Cara paling mudah untuk memulakan perniagaan berskala sangat kecil ialah dengan menjual barang-barang yang telah digunakan (preloved items) di blog, forum atau mana2 website. Ia bukan sahaja tanpa modal malah tidak perlu mengeluarkan satu sen pun dan sekiranya anda menggunakan perkhidmatan iklan seperti Google Adwords pun, kosnya boleh diserap (absorb) dengan membuat perancangan awal.

Mudah bukan?

Adakah anda rasa cara ini bagus untuk memulakan perniagaan?

admin Avatar

10 responses to “Cara Untuk Memulakan Perniagaan”

  1. izyanty collection Avatar

    thank’s for tips..leh buat panduan

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hoho

      Sharing2 yg mana ada hhehehe

  2. Neroecha Avatar

    Thanks Lyna..good tips for me..blh diguna pakai..tapi aku tang ms tu selalu fail ler camno ko buat?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Aku beli lagi 3 jam extra.

  3. zik Avatar

    banyak perkara harus dilakukan nie… 🙂

  4. NOOR Avatar
    NOOR

    Saya sgt brmnat dgn perniagaan yg berkaitan dgn wanita..cntohnye BUTIK..tpi saya tiada pnglaman lngsng..pengalam bekerja sbgai jurujual dan kerani tu adalah….saya tiada masalah dgn modal..dari mana dan bagaimana saya nk memulakan perniagaan ini…

  5. fadil Avatar
    fadil

    hmmm…

  6. amy Avatar
    amy

    sya b’minat utk m’buka p’niagaan butik dan sya m’punyai sdikit kemahiran b’kaitn sulaman..tp d sbbkan tiada pengalamn khusus dlm p’niagaan, sya m’punyai masalh & k’raguan ttg cara utk memulakannya dan bagaimana utk mengurus perniagaan apatah lg dr segi kewangan…apa yg harus sya lakukan??

  7. Al-Myra Nabila Avatar

    Pandangan yang benar dan tepat. Pendapat saya bagi sesiapa yang baru ingin berjinak-jinak dengan bisnes butik, anda boleh mulakan langkah pertama dengan bisnes butik online. Bisnes butik online selain menguntungkan ianya dapat menjimatkan wang dan masa. Anda mampu menjimatkan sewa kedai, gaji pekerja, utiliti kedai dan lain-lain.

    Adalah sangat penting bagi anda yang ingin memulakan perniagaan butik samada online atau offline agar anda mempunyai ilmu dalam bidang anda. Dalam bisnes butik online, anda perlu mempunyai ilmu mengenainya kerana ramai diantara kita secara sedar atau tidak telah melakukan banyak kesilapan. Dengan mempunyai ilmu juga anda bakal melipatkali gandakan pendapatan anda dan dapat menjimatkan wang anda dari kerugian jutaan ringgit.

  8. nur atikah bt azman Avatar
    nur atikah bt azman

    Saya minat sangat bidang perniagaan ni..tp tak yakin sama ada menjadi atau tidak

Leave a Reply to NOOR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge