Cek pertama yang saya terima dari online bisnes ialah sekeping cek dari US, yang bernilai USD29.53. Cek tersebut telah sampai ke alamat rumah lama kami di Lutong (masa tu dah pindah ke Pujut). Tengok2 sampul terbuka dan ada manusia mana yang letak highlighter pada nilai cek yang tak seberapa tu menyebabkan ia ditendang.
Kemudian saya telah kehilangannya dan sampai sekarang tak jumpa2 cek tersebut. Rugiii!!!! USD29 banyakk tuuu huhuhu.
Selepas tu saya memang berhati2 dengan alamat, kalau pindah rumah, mau cepat2 tukar alamat. Sebelum cash out earnings dari mana2, memang double triple check dulu alamatnya.
Sekarang ni saya sendiri ada buku cek. Mula2 nak tulis cek pun tak tahu cara2 tulis cek. Sampai Abiy kena tulis kasi contoh. Untuk 2-3 cek pertama memang sebiji2 saya ikut contoh LOL.
Cara nak tulis cek senang aje. Masukkan benda2 basic macam jumlah, signature dan tulis baki akaun kat tepi.
Cara tulis cek yang betul;
1. Pastikan buku cek adalah kepunyaan anda
2. Tulis jumlah dalam perkataan dengan tepat dan letakkan perkataan SAHAJA di hujung ayat.
3. Pastikan digit yang ditulis tally dengan perkataan yang ditulis.
4. Tandatangan di tempat yang diarahkan.
5. Koyakkan dengan hati2 dan serahkan kepada mereka yang berkenaan.
JANGAN BUAT bila tulis cek:
1. Potong pada kesilapan ejaan. guna helaian baru, tak payah rasa membazir.
2. Tandatangan guna style yang lain.
3. Tinggalkan helaian yang tak jadi & sudah ditandatangan di dalam buku cek. Koyak dan shreddedkan saja.
Pastikan ada duit dalam akaun dan jangan beri orang cek tendang ya!
Kalau tak pasti, minta sesiapa yang berkenaan tolong verify kan.
Untuk tulis pada cek yang ada nama kita (cek orang beri kepada kita) lagi lah senang. Tengok belakang cek tu ada petak2 untuk isi nombor akaun bank dan garis tulis nama. Fill in the blank dan masukkan je ke dalam mesin deposit cek. Pastikan anda tulis nombor akaun yang betul. Jangan lupa ambil dan simpan resit.
Dah berapa keping cek yang anda terima? Best kan dapat cek 😀
*masih belum cash lagi cek Shaklee bulan lepas. Alhamdulillah..
Leave a Reply