Cara Tulis Blog – Apa Nak Tulis Dalam Blog

admin Avatar

Majoriti blogger menulis tentang kehidupan, pengalaman, situasi diri sendiri dalam blog masing-masing. Ini memang benda yang normal lah, biasanya orang create blog untuk menulis tentang anak-anak, kehidupan hari2 dan sebagainya.

Tapi disebabkan tema seperti kat atas tu, iaitu tema tentang diri sendiri, amatlah besar persaingannya. Bayangkan ajelah dalam 100 bloggers, 99 tulis tentang diri sendiri. Pengalaman sendiri, perasaan sendiri. Kadang2 macam tulis diari pun ada.

Tak salah pun.Cuma kalau nak majukan blog ke next level, kena lain sikit dari biasa. Kalau diri sendiri kita sudah sedia unik, itu memang satu bonus. Jadi tak payah nak fikir2 jauh, tulis je tentang diri kita. Contohnya Chika yang tinggal di Austalia berkongsi pengalamannya dari kehidupan sehari2. Even, ramai yang google tentang ‘kehidupan Chika di Australia’. So, di sini Chika ada satu keunikan yang tak dipunyai oleh orang lain.

Jadi kalau mahu blog tentang diri, cari keunikan kita di mana.

Kalau tidak, kita boleh cari tema lain untuk menjadi tema blog kita. Tak semestinya kena deviate terus dari kehidupan kita, tapi maksudnya tak adalah tulis “Hari ni saya makan nasi, Semalam saya makan mi”. Maknanya benda yang lebih spesifik dan lebih istimewa dari orang lain.

Antara cadangan tema atau topic yang boleh kita gunapakai:

1. Tulis tentang sesuatu yang kita minat, suka dan seronok dengannya.

Contohnya hobi. Katakan kita suka memasak. Jadi kita mungkin boleh buat blog masakan. Untuk lebih best lagi, spesifikkan lagi tema masakan. Mungkin masakan Barat, atau masakan untuk orang sibuk.

Mungkin kita sukakan sesuatu benda, atau tempat, atau aktiviti. Mungkin kita suka menonton wayang. Kita boleh buat blog review tentang movie2 yang kita tonton. Dalam pada tu kita boleh bercerita pengalaman kita menonton.

2. Tulis tentang satu topik yang boleh mengundang komentar

Mungkin pelik sikit kalau kita tiba2 tulis tentang anatomi semut. Hanya peminat semut atau budak2 yang buat projek sains tentang semut saja yang akan baca post kita. Pastika topik/tema yang kita pilih adalah dekat di hati pembaca. Kalau benda2 hobi ni kan biasanya dekat di hati pembaca. Mungkin selain dari bercerita saja, kita boleh bagi tips2 berguna.

3. Cari niche yang lebih spesifik

Maknanya ia lebih menjurus kepada sesuatu pengkhususan. Kalau tulis pengalaman diri sendiri, ia akan jadi cacamarba, macam blog saya ni. Rojak, semua ada. Bagi blogger baru, susah sikit nak bina identiti dengan cara begini. Jadi, tentukan apa topik utama yang spesifik untuk anda tulis.

Contohnya, “Blog Masakan” ini agak broad dan pesaing pun ramai giler. Tapi bila kita buat “Blog Masakan Melayu Untuk Mereka yang Sibuk”, mungkin akan menarik perhatian ibu2 yang balik rumah jam 7 malam pastu kena masak segala.

So, set back & relax, fikirkan apa niche yang sesuai, draft dalam kepala otak dan terus tulis blog!

admin Avatar

21 responses to “Cara Tulis Blog – Apa Nak Tulis Dalam Blog”

  1. iswatie Avatar

    saya tulis ikut hentam ja lah…..apa rasa hati time tuh..hehehehehe

    1. Mommy Lyna Avatar

      hehe asalkan selesa & enjoy, lagi best nk menulis kan?

  2. Jeel Avatar

    hentam kromo saje.. ape yg terlintas kt kepala, kawe taip.. hehe! kekadang tu dok terperap lam draft, x sempat publish.. hahah!

    *gud info sis~~ i like

    1. Jeela Avatar

      huhu! typing error.. Jeela nama ku.. bukan Jeel.. huhu!

      1. Mommy Lyna Avatar

        heheheh itu taip ne hentam keromo ke cik jeela sampai nama sendiri pun typo

        ahaks

  3. mrsboan Avatar

    really good info…i like…saya pun huru hara juga tapi byk pasal anak2 la…
    .-= mrsboan´s last blog ..Cara elak anak tampal sticker bersepah =-.

    1. Mommy Lyna Avatar

      hehe tips keibubapaan tu ramai org cari tu 😀

  4. zaila / Mari Kelih Store Avatar

    aku ikot suka jah, xspecifik tapi mostly apa yang aku suka & wanna share with my readers (readers??~ado ko yg baca blog picisan aku ni??)
    hahahahaaa
    .-= zaila / Mari Kelih Store´s last blog ..Time Management =-.

    1. Mommy Lyna Avatar

      mu ni mestila ramai peminat mari kelih store nak kenal siapa pemiliknya 😀

  5. Putramama Avatar

    sy tulis blog bile ader ms free jer.. tp mmg berkisar kehidupan seharian.. bagus gak idea masak memasak tu.. ;p
    .-= Putramama´s last blog ..Season 3 Cute Baby with TOY contest- =-.

  6. zuls Avatar

    TIp yang tentu saya pakai.. 🙂 terima kasih kongsi ye
    .-= zuls´s last blog ..Buat duit dengan Magpie – Kenangan Duit Pertama Twitter =-.

  7. Fid Avatar

    saya tak ada blog laa
    kahkahkah
    ai carca merba

  8. mrsnik@meah Avatar
    mrsnik@meah

    saya mmg nak tulis blog ttg cara memasak utk mereka yg bz’ idea ku tuh long’…dah ade gambar, tp cane nak letak? rasenyer dah tau identiti n keunikan diri ini tp teknikalnyer bab it ni i lemah, mane fanction nak letak gambar dlm post kite tuh, kalu dlm profile bolh browse jer..itu reti ler i..p~b..owh, malunyer saye budak baru belajar…

  9. kaklong nuzula Avatar

    tulis apa yg boleh dikongsi dgn org lain.. huhu..
    .-= kaklong nuzula´s last blog ..Beberapa sistem- kaedah untuk ajar anak membaca =-.

  10. meah Avatar
    meah

    itulah, mintak hubby tolong, dah makin paham sket, tp sian ler anak, selalu blik umah ngadap die jer, tp xper..kena usaha kuat!! hehe, visit my blog n see how i’m living my life…http://mrsnik.blogspot.com

  11. maui_wifey Avatar

    sy lebih suka share sesuatu yg org blh tmbh info..tp bkn info yg berat2…hehe….kalo tak dgn sy2 sekali pening xphm aper yg sy merapu kat blog ni…tp still berpegang pd pesan hasben…”xsumer benda boleh citer”..

  12. maui_wifey Avatar

    anyway, tq for info ya..sharing is caring!

  13. bie Avatar

    saya buat adsense jugak.. adsense x banyak masuk ,sen2 jer.. knapa iklan murah sangat.. yer mommy.. saya dari kuching memang rasa nak ikut kelas mommy.. tapi bajet belum ader.. insyaallah.. kalau ader rezeki saya nak belajar dengan mommy pasal adsense.. bolehkan mommy sebab yuran mommy murah sangat..

  14. LINA Avatar

    salam kpd semua usahawan internet,
    Sedang cari peluang BUAT DUIT di internet?pendapatan saya 4 angka seminggu secara part time dan santai di rumah.MUDAH,SELAMAT&LUMAYAN.Join saya secara PERCUMA di http://www.bisnesonline.cc/linakhairulnnisa.Belum cuba belum tahu,dah cuba tak sabar nak tahu…

  15. Asfela Stella Avatar
    Asfela Stella

    xphm la

  16. dscarnia Avatar

    Saya pun dari dulu tak reti-reti nak stick pada satu niche. Akhirnya jadi laa blog biasa-biasa je.. huhuu..

Leave a Reply to Jeel Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge