Cara nak simpan duit memang pelbagai. Ada yang tolak terus daripada gaji setiap bulan, ada yang simpan duit lebihan syiling dan bank-in setiap akhir bulan dan ada juga yang bergantung kepada 1001 insuran yang kini berlambak di pasaran untuk keperluan kecemasan dan simpanan hari tua. Menarik kan? How about you? Kalau ada tips cara nak simpan duit, maybe boleh share sikit-sikit sini.
Dulu, saya juga sangat percaya akan keperluan menyimpan sebahagian daripada gaji ke dalam simpanan dan never ever touch simpanan tersebut melainkan saat-saat kecemasan (macam tiba-tiba ada MEGA SALE, HaHa. Just joking). Setiap bulan dah allocate RMxxx untuk simpanan pendidikan anak-anak (so far bajet untuk Hafiy & Fahry jela), RMxxx untuk simpanan hari tua & RMxxx untuk simpanan melancong (melancong tu bagus sebab boleh bukak minda saya yang masih sempit ni).
Tapi sejak krisis ekonomi dunia tahun 2008-2009, saya tak mampu untuk terus menyimpan dan membiarkan duit simpanan dalam bank duduk begitu saja. Sedih? Tak, saya tak sedih langsung. Gembira lagi ada. Sebab saya tak dapat nak tahan nafsu daripada membeli saham-saham dan hartanah-hartanah yang murah-murah. Masa tu memang Super Grand Sale atau Super Mega Sale. Lagi best dari membership sale Isetan 😛
Hartanah malaysia jatuh pun tak banyak, dalam 10-20% je (KLCC area yang paling teruk sekali, seingat I dalam 40-50% lebih rendah daripada harga tertinggi yang pernah dicatatkan). Tapi saham waktu tu ada yang jatuh sampai 50-70%! WoW! Memang mataku sangat kelabu waktu tu. Saban hari ada saja saham yang dibeli sampai broker saya pelik apsal beli banyak sangat masa-masa krisis tu. Sebab tak tahan asyik kena tegur dek broker, i sign up iTrade CIMB untuk beli saham secara online.
Dan lebih best, saham-saham yang pada mulanya jatuh teruk tu naik balik ke harga asal (malah lebih tinggi pun ada) hanya dalam beberapa bulan. Saya sendiri tak sangka sebab target asal nilainya hanya akan berganda lepas 5 tahun. Lepas jual sebahagiannya, saya gunakan pula keuntungan tersebut untuk diversify ke dalam hartanah, MLM & perniagaan pula bagi menghasilkan cashflow bulanan.
Lepas kira-kira, pulangan yang saya dapat berkali-ganda berbanding pulangan Tabung Haji. Saya rasa bersyukur kepada Allah kerana diberi kekuatan mental untuk withdraw lebih daripada separuh simpanan yang ada untuk tujuan pelaburan yang jauh lebih tinggi pulangannya.
Honestly, it did not happen just like that. Antara sebab kenapa saya berani buat begitu adalah kerana abiy & I dah study market 1-2 tahun sebelum pasaran dunia menjunam. Somore, abiy has good grasp pasal saham long-time before that hasil didikan arwah TokPa (ex-Top Investment Banker). Kalau you guys datang rumah kami sure akan perasan kebanyakan koleksi buku kami adalah pasal pasaran, kewangan & ekonomi. Habis beribu ringgit untuk buku-buku tu saje. Ni tak masuk buku pasal parenting, breastfeeding, early education, dakwah & marketing (<- nak bagitau jugak. Ape da aku ni)
Kami habis menelaah hampir kesemua saham-saham papan utama (masa tu ada dua papan dalam BSKL ni; papan utama & papan kedua). Jadi awal-awal lagi kami dah set untuk semua saham sasaran bila nak beli, bila nak jual & nak buat apa dengan duit tu. Masa tu memang macam angan-angan Mat Jenin jugak la sebab tak tahu lagi berapa tahun la saham nak jatuh. Sabar itu separuh daripada iman?
Beribu kali abiy pesan, jangan melabur in anything just because you got extra cash. Kita ni biasa la kan… Bila dah dapat bonus sebulan, rasa gusar je duit tu duduk dalam Tabung Haji “tak buat apa”. Selagi boleh nak laburkan jugak duit tu walaupun timing tak berapa cantek. Kadang-kadang tu tergesa-gesa dan gelojoh nak melabur (sebab ada extra cash) sampai pulangan setahun lepas tu langsung tak dapat lawan dividen Tabung Haji. That cash won’t burn you down, sangat betul kan?
Eh, panjang sangat la pulak. Ok lah, esok sambung cara nak simpan duit ni…
Leave a Reply