Cara Nak Kurus Dengan Cepat

admin Avatar

Tips cara nak kurus dengan cepat ni adalah pengalaman suami saya sendiri.

Suami saya, rasanya mungkin sama seperti kebanyakan suami-suami yang lain (tak semua), bila dah lama sikit bergelar suami ni mula lah ada perkembangan di beberapa kawasan, terutama bahagian perut. Orang lelaki memang cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian abdomen, dan inilah dikatakan salah satu punca serangan jantung – banyak lemak di bahagian atas badan.

Disebabkan kecomelannya, maka suami saya terpaksa kerap membeli baju baru, kerana baju lama dah tak padan.

Sebagai isteri haruslah saya nak tengok suami saya kurang ‘comel’. Bukan semata-mata nak dia handsome (oh menakutkan bersuamikan lelaki handsome kut hehehe), tapi supaya dia sentiasa sihat. Yelah, ajal maut di tangan Allah tapi kita harus berusaha untuk menjaga sementara nyawa masih ada.

Disebabkan kehidupan kami yang kurang aktif, saya mencadangkan beliau mengambil Meal Replacement (Shaklee Cinch Shake Mix) untuk mengurangkan jumlah pengambilan kalori harian. Namun beliau tak suka pula.

Maka saya telah mengubah menu dan aktiviti beliau bagi menggalakkan lagi pembakaran kalori. Ingat:

Kalori yang diambil = kalori yang digunakan

Tapi, masalahnya kita hari ni kebanyakannya,

Kalori yang diambil > kalori yang digunakan

Umpama student yang masuk lebih ramai dari student yang keluar (sebab ramai repeat paper), maka tak cukuplah bilik asrama…

Jadi, apa yang saya buat bagi membantu suami saya mengikuti cara kurus dengan cepat:

  • Kurangkan pengambilan karbohidrat, dari nasi putih kepada roti (sebolehnya cari yang bran penuh); kurangkan portion lemak dan protein, perlebihkan fiber.
  • Konsisten dengan suplemen terutama yang membakar lemak, metabolisma sel dan pembebasan tenaga.
  • Perbanyakkan aktiviti fizikal

Jadi, apa yang berlaku kepada beliau…

sandwich
Tukar makanan ruji kepada sandwich dan salad
vitamin shaklee
Konsisten dengan suplemen
naik basikal
Aktif berbasikal

Maka secara tidak diduga semasa National Conference awal Jun haritu beliau dah muat pakai seluar yang lama dah saya simpan dalam arkib. Dan sekarang baju-baju yang dulunya taknak pandang (sebab dah ketat) kini dah boleh pakai semula.

Kira cepat juga suami saya dapat kurus. Masa balik dari umrah akhir April haritu beliau di tahap kecomelan paling kronik.

Alhamdulillah, suami saya juga memberi komen beliau makin ‘ringan’ sekarang. Kalau tak asyik nak baring je, banyak lemak katakan, hehe.

So, kepada para isteri di luar sana… jangan lah mengeluh dan risau bila suami menternak lemak (atas sebab kesihatan), lakukan sesuatu! Kalau nak tips dari saya boleh contact saya – sauberlina(@)gmail.com

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Cara Nak Kurus Dengan Cepat”

  1. irfa Avatar

    awak..saya pun sama risau.
    kami sama2 naik badannya tapi suami mmg sgt naik tang perutnya
    mcm awak kata..saya bukan risau x hensem..kalau hensem nanti buat saya risau.saya cuma risau bab kesihatannya..saya hantar emel.nanti tgk ye

  2. fareha Avatar
    fareha

    awk…sy pun same risau..
    kami berdua same2 naik badan..makan pun sedap je..ape yg sy masak suami xpenah complaint..kalau tya pada en hubby ok je selalu..jd badan kami pun same2 ok..sy rasa risau sgt dgn ape yg jd pada berat badan kami skrg ni..mak mertua pun dh tegur “sama2 naik badan” ramadhan ni genap 6 bulan kami berkahwin risau xda xda2 nk pregnant..family semua tya dh ada ke???lagi2 nk balik raye ni xthu nk jwb ape??ada x ape2 tips yg boleh turunkn berat badan dgn cpt n pregnant..tq =)

Leave a Reply to irfa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge