, ,

Cara Mudah Mendidik Anak Supaya Rajin Solat

admin Avatar

“Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia 7 tahun, dan pukullah dia kerana tidak sembahyang pada usia 10 tahun” [HR Abu Daud]

“Sayang, jom solat. Nanti boleh masuk syurga”

“Taknaklah ibu, saya taknak masuk syurga”

solat

Pernah tak kejadian di atas berlaku di rumah ibu-ibu?

Kalau ada pernah berlaku kejadian seumpamanya, jangan stress, jangan sedih dan jangan dipandang serong anak kita tu.

Saya kongi satu cara macamana nak didik anak menjadi rajin solat.

Pertamanya, anak kita mungkin tak tahu syurga tu apa. Justeru dia tak boleh nak hargai. Kita mungkin dh explain segala macam tentang syurga kepada anak-anak, tapi kalau anak kita seorang auditori mungkin mudah untuk dia  appreciate.

Namun ada di kalangan anak-anak yang tak boleh nak appreciate syurga itu apa, syurga itu macamana. Terutama anak-anak visual dan kinestetik.

Begitu juga bila kita sebut tentang pahala. Mungkin anak-anak kita tak boleh bayang pahala tu macamana. Walaupun kita sebut-sebut pahala… pahala… tapi mereka tak boleh hargai sebab tak boleh bayangkannya.

Jadi, macamana nak buat untuk jemput hati anak-anak menunaikan solat?

Yang paling utama, kita sendiri sebagai ibu bapa mesti menunjukkan teladan betapa seronoknya solat. Betapa hebatnya solat. Betapa indahnya solat.

Solat di awal waktu.

Dan, fikirkan apakah benda yang anak paling sayang, anak paling suka, anak paling termotivasi?

Apa dia?

Tak payah fikir jauh-jauh… Benda tu adalah diri kita sendiri.

Ajaklah anak dengan memberi gambaran seronoknya masuk syurga tu bila kita boleh bersama-sama.

“Jom kita solat sama-sama, nanti kita boleh masuk syurga sama-sama”

“Mari solat dengan Mama, nanti Abang Long boleh masuk syurga pegang tangan Mama”

“Jom kita solat, nanti kita sama-sama dapat pahala, kita sama-sama masuk syurga. Mesti seronok kan”

Dan jangan lupa memberikan pujian setelah mereka menunaikan solat. Kata-kata yang baik adalah galakan untuk mereka terus buat benda-benda yang baik.

Insya-Allah, mudah-mudahan anak yang selama ni liat nak solat, akan lembut hatinya tunaikan solat bersama-sama.

Tagged in :

admin Avatar

5 responses to “Cara Mudah Mendidik Anak Supaya Rajin Solat”

  1. Inspirasi Huda Avatar

    Anak-anak mudah dididik untuk solat apabila ibu bapa solat berjamaah. Kadang-kidang tak ajak pun anak-anak akan turut sama tiru aksi solat. Apabila didik anak solat secara berjamaah ia akan memudahkan lagi proses pembelajarannya, Insya-Allah.

    1. admin Avatar
      admin

      anak-anak mudah nak ikut apa yang mak ayahnya buat kan

  2. Fisha Hasan Avatar

    Nak didik anak-anak, didiklah dengan solat. benar solatya, maka benarlah perbuatannya. InsyaAllah.
    dari anak2 kecil lagi, letak baby sebelah kita solat. dia akan ingat perbuatan kita.. nnti itulah yg akan dibuatnya..

    1. admin Avatar
      admin

      benar, kita kena promosikan letak baby bersama di bilik solat, cara didik mereka, bukan mengganggu kita

  3. Muliani Avatar

    Letak sjadah kat tepi time solat. Nnti anak ikut.

Leave a Reply to Muliani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge