Cara Membeli Rumah Second Hand

admin Avatar

Cara membeli rumah second hand sedikit leceh berbanding rumah baru daripada pemaju. Bukan leceh sebab ape pun, leceh sebab ade extra steps yang anda perlu buat, terutamanya bab valuation dan lawyer yang sendiri mau cari. Sebelum sesiapa pun jadi confius, let me story cara membeli rumah second hand ni langkah demi langkah.

Sebab rumah baru tersangatlah mahal (I myself still berangan nak beli rumah baru), so anda pun decide jalan-jalan survey rumah second hand. By the way, maksud rumah second hand ni adalah rumah yang dah siap tak kira sama ada pemilik tu yang duduk, disewakan ke orang lain mahupun dilelong.

Jalan punya jalan, anda pun jumpa la satu rumah idaman ni, harganya RM250,000. Since anda pun beli daripada ejen hartanah, biasanya anda perlu bayar 3% daripada harga jual sebagai booking. 3% ni bukan owner punya duit, tapi ejen ni yang dapat. Once anda sign booking form tu (Agreement to Purchase), biasanya anda diberi masa 21 hari untuk sign SPA (Sales & Purchase Agreement). Deposit yang dibayar untuk booking consider hangus jika gagal.

Lawyer akan setelkan bab-bab details tentang rumah tersebut (e.g. Land/ Bankruptcy Search etc) untuk buat SPA. Kalau nak cepat, bagi terus copy of SPA antara owner dengan developer supaya lawyer tu boleh start draft dan anda pun boleh start review. Kat sini lah anda perlu pastikan apa sahaja yang dah dipersetujui dengan owner dimasukkan dalam SPA. Contohnya rumah mesti siap sapu, diding rumah di cat semula atau pagar berkarat diganti.

Pada masa yang sama, you kena mintak valuer buat valuation untuk rumah tersebut. PASTIKAN, valuer yang anda nak pakai ni adalah panel bank untuk pinjaman rumah ni nanti. Yang paling famous JuruNilai Bersekutu dan Rahim & Co. Sebelum valuer tu pergi tengok rumah, anda perlu isi Borang Arahan (Instruction Form) dan hantar kepada mereka bersama duit deposit. Biasanya deposit RM100 pun cukup.

Lepas tu valuer tu akan tanya bila you free untuk mereka datang tengok rumah. Kalau anda beli rumah melalui ejen, suruh saje ejen tersebut yang set-kan tarikh dan masa dengan owner, tak payah susah-susah fikir. Lepas valuer tu tengok rumah, dia akan berikan anda laporan penuh dalam masa 2-3 minggu. Kalau nak tolong mereka buat kerja cepat, berikan juga SPA owner dan developer untuk mereka dapatkan maklumat rumah tersebut.

Anda boleh gunakan draft SPA atau borang Agreement to Purchase tadi beserta laporan daripada valuer, salinan gaji, statement bank tempat gaji masuk, simpanan KWSP (print kat kiosk KWSP) & kad pengenalan untuk start apply loan bank. Bank akan bagi respond dalam masa seminggu sama ada pinjaman anda diluluskan atau sebaliknya. Kalau diluluskan, anda akan diberikan Letter to Offer dengan semua details tentang pinjaman tersebut.

Once dah sign Letter to Offer daripada bank, anda akan sign Loan Agreement. Ini adalah perjanjian pinjaman rumah antara anda dengan bank. Anda perlukan lawyer panel bank tersebut nak buat benda ni. Lawyer ni can be different daripada lawyer yang anda gunakan untuk sign SPA. Kalau nak senang, of course la ambil lawyer yang sama untuk SPA & Loan Agreement. In case ade dispute late charges, senang lawyer tu nak handle kes.

There you go, anda baru saja selesai beli rumah!

Happy? Tunggu dulu…

Dalam SPA tu biasanya ada clause yang cakap, anda perlu bayar baki bayaran rumah (let’s 90% baki melalui pinjaman bank) dalam masa 90 hari daripada tarikh SPA. Jika gagal, anda dikenakan interest 8-10% setahun untuk setiap hari yang tertangguh. Untuk baki rumah ni tadi; RM225,000, you have to pay RM18,000 setahun atau RM49.32 untuk setiap hari yang tertangguh. Kalau lambat sebulan, kena bayar extra RM1,479 kepada owner sebelum dapat kunci. Bagi mengelakkan benda ni terjadi, anda perlu follow-up gila-gila dengan pihak terlibat.

Berapa kena bayar untuk setiap pihak yang terlibat? Tunggu…
To be save, subscribe RSS feed MySuperKids bagi memastikan anda tak tertinggal maklumat berharga ni nanti.

admin Avatar

82 responses to “Cara Membeli Rumah Second Hand”

  1. eliss Avatar

    info yang bagus..tgh berkira2 beli rumah 2nd hand ni..tak sabr dah…next entry..muahahaha :p kalo ada button email, bleh forward terus kat my hubby :p
    .-= eliss´s last blog ..Siapa dah shopping baju raya =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Email button ek. Tak jumpe plugin yg btol2 best & free. Huh

  2. dbalkis Avatar

    Saya setuju dengan statement dekat2 last tu, ramai yang tak aware dengan tempoh masa bayar balance 90% tu. Kami pun baru tau sebab ada member dah pesan gile2 sebab dia dah terkena. Kami chase lawyer selalu untuk pastikan kami tak kene late payment charge dalam 1K macam Lyna cakap tu. Alhamdulillah, lawyer kami pun ok, dia kenalan kepada banker yang kami selalu deal. Ada legal firm sendiri bersama isterinya. Mungkin akan kami guna khidmatnya lagi lepas2 ni.

    Make sure lawyer yang kita pilih tu betol2 menjaga hak kita, selalu nasihat kita itu ini dan beri kita maklumat lebih tentang urusan jual beli rumah ni. Boleh bertolak ansur dan bukan menjaga poketnya saja.

    Pilih juga bank loan yang menguntungkan. Sama ada dari segi insurance coveragenya, repayment terms dan lain2. Bukan setakat interest rendah je kerana interest rata2 lebih kurang sama je.
    .-= dbalkis´s last blog ..Bersahur Bersama Herbalife =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Bgs lawyer tu. Pe name die?

    2. rahmad Avatar
      rahmad

      yela…apa nama lawyer yg terbaik tu?boleh la rekemen sikit..bagi skali no telipon dia ok…

  3. amirah Avatar

    Thanks for this info lyna.pls be aware when the house is charged/assinged to the owner’s bank. Potential delay usually caused by the redemption process. When we hv to wait for the owner’s bank to deliver to us the documents and for our bank to settle the owner’s loan. Tu belum masuk situation sub sale yng bertingkat2..means sub sale yang dah masuk 3-4 peringkat belian plus docs dh hilang sini sana. Yg ni yang buat lambat. And right, kena follow up giler2 dengan lawyer, cos kdg2 kita ni lupa. yup, kena make sure kita request the lawyer to advise each and every steps supaya kita sentiasa aware tang mana yg boleh bg delay, ending up kita byr late payment interest. Kita pun bleh charge interest bila owner lmbt deliver the keys when we hv paid. Next entry pasal byran ye. : )
    .-= amirah´s last blog ..Satu Ramadhan dan Hikmah Berpuasa =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      A’ah. Kalo sangkut kt owner punya side, kita tak payah bayar kn. Sblm byr interest tu pun kena ade investigation tgk sape yg buat lambat. Sbb tu sume doc ade cop tarikh terima as a prove.

  4. dlynna Avatar
    dlynna

    Good info! I ada satu kemusykilan, kalau kita dah bayar booking deposit, tapi tetiba owner tak nak jual, mcm mana? Can we get back the money? Kena go thru lawyer ke?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Bergantung ape yg ada dlm booking form tu. Besenya owner pulangkan balik je. Ade jugak jenis owner kena pulangkan duit tu dgn interest sekali. Masa ni lawyer tak involve lagi, nothing much they can do. Kalau nk jugak lawyer tu uruskan, mungkin ade extra cost byr lawyer tu.

  5. hayatizain Avatar

    Salam,
    Saya pun beli rumah second hand..Sangat berkenan sampai tak nak pandang yang lain. Bila hati dah jatuh cinta baru tahu loan rumah subsale tak macm rumah baru (ni kes tiba-tiba rasa nak beli rumah masa BLR turun dulu. Tak sempat nak study). Kebanyakan bank bagi between 80-90% dan nilai pun bergantung pada valuer (kdg2 tuan rumah letak tinggi sebab dia dah buat segala jenis renovation tapi valuer nilai rendah dari tu). Habis 35K KWSP kami husband and wife korek untuk SnP, agen (kami pun guna agen sebab jumpa kat internet) dan bayar kat owner, . Bila masuk tak buat apa-apa renovation pun sebab duit dah kering. Mujur rumah kami datang in package complete dengan kitchen cabinet yang saya sangat suka, grill, dan tambahan wet kitchen.

    to dlynna – Just to share the info. saya pun tak 100% pasti tapi dulu saya pernah tanya agen pasal booking tapi owner tak nak jual. Dia kata kalau kes mcm tu owner kena bayar double. Pastikan agen yang uruskan booking anda bertauliah (buat segala ada documentation dan perjanjian). Dalam perjanjian booking kami dulu memang ada state pasal benda ni.
    .-= hayatizain´s last blog ..Floral Expression hot selling item =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kalau beli untuk duduk sendiri, asalkan puas hati. Dh ade rumah cantek tu, bley la buat open house raya nnt. Hehehe

    2. noor Avatar
      noor

      boleh kongsi dengan saya membeli rumah second hand. Apa yang membuat anda berpuashati? House condition ok? Harga? adakah sbb harga jauh lebih murah daripada harga rumah baru di area yg sama? Bagaimana pula harga rumah berbanding dgn harga ketika ianya dibeli daripada developer? Tengah mencari rumah, tapi tak tahu nak tgk yg mcm mana. Initially, nak beli rumah yg mudah nak hantar anak ke sekolah dan kami ke tempat kerja, tapi… tak mudah rupernyer..

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        Apa yang membuat anda berpuashati? House condition ok?
        => banyak jugak rumah second hand ni dah siap renovate. so, boleh masukkan dalam loan rumah. jimat cash. renovate dapur paling kurang pun RM5-10k CASH. puas hati atau tidak itu bergantung. kalau dapat rumah lawa, memang lebih puas hati daripada rumah baru. tp kalau memang suka rumah baru, secantik mana pun rumah second sure still tak puas hati jugak.

        Harga? adakah sbb harga jauh lebih murah daripada harga rumah baru di area yg sama?
        => dengan spec yang sama, sure lebih murah daripada rumah yg baru dilancarkan. tak semestinya lebih murah di area yg sama. kalau area yg sama ada 10 kawasan rumah second,susah nak compare.

        Bagaimana pula harga rumah berbanding dgn harga ketika ianya dibeli daripada developer?
        => sudah tentu lebih mahal, unless kawasan rumah yang kena tinggal macam bukit beruntung. ataupun kalau rumah tu banyak masalah.

        pening cari rumah? cuba tips dalam artikel ni:
        => http://mysuperkids.net/panduan-membeli-rumah-baru/
        => http://mysuperkids.net/9-tips-membeli-rumah-sebagai-pelaburan-paling-menguntungkan/

        Selamat Membeli!

  6. Hanis Avatar

    my experience, beli rumah, deal dgn owner terus.pastu lawyer bgtau, usursan akan makan 4-9 bulan utk apartment nie, sbb masalah delay pemaju yg susah nk cari dcument, sbb baru bertukar management.and owner pun aware bab nie, sbb kami mmg menyewa rumah yg nak beli tu dari dia.

    so, yg tu kira cmne? kalau 4-9 bulan, sah-sah la lebih 90 hari..adakah applicable interest tu?

    apstu, bila yg kita kena start byar bank the interest or loan?(in this case, beli rumah 2nd hand)

    pastu, loan offer letter tu, biasanya valid smpi brapa lama ek?

    k
    .-= Hanis´s last blog ..Senarai Restoran Buffet Ramadhan 2010 =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kalau owner acknowledge masalah tu, letak dlm SPA awal2 4-9 bulan free of interest. Since dah sewa rumah tu, cuba masukkan jugak dlm SPA sewa pun part of harga beli? Hehe

      Letter to offer validity tu tak sure brape lama. If i can remember, 30 hari

  7. naeim Avatar
    naeim

    Salam,

    Nak tanya skit pada saudari, pasal beli rumah 2nd hand. Mana lebih berbaloi kalau beli rumah yang dah siap renovate tapi harga tinggi dengan rumah basic unit dengan harga yang rendah (Cth: Renovated house 320k n Basic unit 250k)? Layout and floor plan sama sahaja.

    Satu lagi, mana yang lebih berbaloi kalau beli rumah intermediate yang dah fully renovated pada harga 290k dengan beli rumah corner lot basic pada harga yang sama?

    Thank you in advance.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kalau renovation tu worth more than $70k, better yg siap reno.
      Sya lebih suka corner tanpa reno drpd tgh habes reno for the same price. Potensi utk reno rmh corner boleh dpt extra bilik!

  8. eazha Avatar
    eazha

    hii…sy ingin bertanye ckit psl rumah second hand…FYI sy punyer dh nk ujung2 dah,seller punyer loan dh settle dan sy dh start byr dgn bank,docs yg sangkut hanyalah statement bank seller ngan penukaran hak milik geran…mslhnye sy dh pindah msk umh tu dan sewa separuh drpd hutang asl seller…skrg seller dh x berhutang ngan bank dh tp dia sibuk nk mintak sewa lg dgn alasan selagi dia xdpt duit balance (harga jual tolak hutang seller ngan bank)…padahal untuk dptkan ‘balance’ dia tu, lawyer dia xwat kije,dh 3 bulan baru nk contact pemaju utk wat penukaran geran…So bolehkah seller simply mintak duit sewa ngan sy lg sedangkan dia sendiri dh xberhutang dgn bank,yg berhutang ngan bank adalah saya….plzzz share nasihat&pendapat tuan2/puan2 sekalian…TQ

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kebenaran seller mintak sewa bukan bergantung kepada dia dah habis bayar ke belum, tapi status hak milik rumah tersebut waktu itu yang penting. bergantung kepada isi kandungan S&P. tanya lawyer je senang.

      1. eazha Avatar
        eazha

        tanye mmg bleh tanye…tp lawyer pon ckp xder law mcm tu cumer ‘kebiasaan’ nyer sahaja…xtau la lawyer ni leh pakai ke x…huhuhu…

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          benda2 camni kdg lawyer malas nak layan, huhu…

  9. yusri Avatar
    yusri

    salam nak tanya kit, saya ada wat personal loan, and ada balance lagi so ingat nak beli apartment tok invest, ok dah umah n lokasi. cuma now tak tau camana prosedur dia, apa2 payment dia perlukan, n how to check umah tu clean or owner tu still hutang ngan bank mana2. kindly if u can reply asap.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      owner still hutang dengan bank takde masalah, cuma pastikan balance hutang tu lebih rendah daripada harga belian yusri; supaya bank boleh anggap hutang dia setel bila dia dapat duit from u. kalau tidak, owner kena top up, wic can make things complicated (esp yang amek loan islamik awal2 dulu or yg jenis amek fix rate). tentang anggaran bayaran yang diperlukan, sila rujuk artikel di bawah:
      => http://mysuperkids.net/kos-beli-rumah/

  10. Nazri Avatar
    Nazri

    Berapa kena bayar untuk setiap pihak yang terlibat? Tunggu…

    Kak, mana sambungan artikel ni kak ??
    Nazri 27 Dis 2010

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ade kat =>http://mysuperkids.net/kos-beli-rumah/

  11. noorita Avatar
    noorita

    Saya pun pening nak cari rumah ni..saya berminat nak membeli rumah terpakai tapi apakah prosedur dan pembayaran yang akan dikenakan selain daripada harga rumah tersebut???

  12. ros Avatar
    ros

    saya nak tny detail pasal pembelian rumah 2nd hand ni…
    mcm ni…
    saya dah p tgk rumah dgn owner rmh tu….full renovation…area cheras perdana selangor…price dia RM180K, so owner tu ckp kalo nak bayar kat dia 10%…..
    so mcm mana tu..aper perlu saya buat…sy ada 10% ckp2(pnjm dgn parents)….mcm mana dgn kos2 lain….lawyer etc…ini dulu utk skrg….tq

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Bahaya kalau cash cume ade cukup2 utk downpayment shj sbb byk lg kos2 lain mcm lawyer & valuer, tak masuk lg kos tuka nama utk sume utility, geran tanah or minor repair (if any).

  13. amir Avatar
    amir

    Minta maaf tuan tanah,tumpang berniaga skit….heheheh!

    Nilam Puri Condominium for sale (Direct owner)!!!!
    Location: Bandar Bukit Puchong 2
    Status: Freehold
    Built up area: 1033 sqft (3 bedrooms,2 bathrooms,huge yard & balcony)
    Unit at Level One,facing swimming pool and playground.
    Nilam Puri Condominium at Bandar Bukit Puchong 2 is a unit with spacious
    layout, attractive design, complete with clubhouse facilities such as gymnasium,tennis court,swimming pool,community hall & mini mart within a secure guarded perimeter.
    Unit comes with a car park, Unifi and Astro ready.

    Quiet and peaceful area…
    -less than 5 minutes drive to mosque,driving range,shop lots and post office.
    -Approximately 5 mins drive to Carrefour Puchong.10 minutes drive to Giant & Tesco Puchong and IOI mall puchong, 5
    mins drive to IOI & Giant Seri Kembangan & Pasar Borong Selangor, 10 minutes drive to Cyberjaya , 15 – 20 mins drive to Putrajaya,
    Kinrara, Bukit Jalil, USJ, Subang Jaya & Kelana Jaya.
    – Easy access to highways; SKVE, NPE n LDP

    Price: 240k

    If interested please call 019-3361337 amir to arrange viewing .

  14. azli Avatar
    azli

    developer bankrupt

    Nak tanya, saya survey satu rumah kosong ni kat Taman Velox Rawang dan minat nak beli. Tapi, neighbour rumah tu kata tu developer punya. Saya cari2 rupanya developer tu dah bankrupt. Dengan sapa saya nak rujuk pasal rumah tu?

  15. hairol Avatar
    hairol

    kos urusan snp siapa yang patut tanggung …buyer atau seller…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      dua2

  16. Gundah Avatar
    Gundah

    3% for booking, then lagi 7% tu bile yg kena bayar ye? TQ

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      masa sign s&p

  17. zack_elly Avatar
    zack_elly

    SALAM MOMMY LYNA,TLG BG TIPS UTK SY BT PROSES PEMBELIAN DGN OWNER RUMAH SENDIRI. DR A-Z YER 🙂 THANKS…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tnya lawyer je

      1. zack_elly Avatar
        zack_elly

        LAWYER BIASANYA PEMBELI OR PENJUAL YG CARI?

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          Masing2 ada lawyer sendiri patutnya

  18. Azman Avatar
    Azman

    Owner dan I dah sign SNP..10% pun dah bagi..kunci rumah bila boleh dapat?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Bila owner dh dpt balance from bank

      1. Azman Avatar
        Azman

        Kalau macam tu lagi 3 bulan la dapat kunci..

        1. Azman Avatar
          Azman

          Nak tanya lagi..brapa standard bayaran agen kalau mereka urus pembelian rumah..dia cari loan, dia cari lawyer..semua dia urus, kita pergi sain je..ok thanks

          1. Mommy Lyna Avatar
            Mommy Lyna

            ejen biasa caj 2-3% drpd harga belian/jualan. once dh sign booking, dia takkan involve dgn urusan lepas tu. mksdnya, cari loan, lawyer etc semua kita kena urus sendiri. kalo nk suruh ejen buatkan, caj dh lain or extra drpd 2-3% tu td.

  19. ciklin Avatar
    ciklin

    salam,

    saya ada sedikit kemusykilan tentang pembelian rumah 2nd hand ni. skrg saya dlm proses membeli rumah di kawasan cheras..double story-basic unit harga jual 175k. saya beli melalui ejen. loan saya da antar ke bank skrg ni tgh tunggu lulus atau x. s&p belum sign lagi.saya ada bg tau dgn ejen yang saya nk bayar 7% balance tu melalui duit kwsp.(kiranya duit ni owner akan dpt lepas 2 ke 3 minggu slps sign s&p).
    lawyer n ejen akan cuba bincang dgn owner (harap2 owner stuju). dan sy dapat tahu dr ejen yg owner masih lg berhutang 17,300 dgn bank dan hutang rumah itu di jangka habis dlm mase setahun. (instalment owner byr ke bank ialah rm750)

    soalan saya:

    1. pernahkah terjadi kes pembeli membayar baki 7% kepada penjual dgn menggunakan duit kwsp (pengeluaran pertama utk membeli rumah melalui akaun ke2) selepas sign S&p dan bukan di bayar ketika sign s&p?

    2. kos hutang penjual rumah tadi dgn pihak bank siapa yg akan bertanggungjawab?saya atau pun owner? bagaimana pengiraan nye?

    3. utk mencari lawyer pulak adakah menjadi masalah sekiranya saya dan owner menggunakan lawyer yg sama? ade pandangan x?

    4. bolehkah saya memasukkan kos2 kerosakan rumah (sekiranya ada) ke dlm s&P. bolehkan harga rumah di kurangkan sekiranya ade sebarang kerosakan?

    terima kasih n di harap kawan2 semua dapat memberi pendapat.

    tq 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      1-bulih je byr duit kwsp lepas sign s&p tp kena usahakan la jgk baki duit downpayment (biasanya 10% atau berbaki 7% lepas byr 3% booking kpd ejen).
      2-kalau mksdnya siapa yg kena setelkan hutang owner, duit tu dtg drpd duit pinjaman bank yg apply nk beli tu td. tak pyh ambil tahu pn xpe kalu baki lg rendah drpd duit yg bkl di reimburse oleh bank kpd owner.
      3-byk je org pakai lawyer yg sama tp saya tak suka mcm tu. sbb kalu ade dispute apa2, lawyer tu ambil mudah sbb dua2 bwh dia. saya suka sepak lawyer owner & owner tu sendri kalu drg lambat bertindak melalui lawyer saya, hehe. lg2 kalu bli thru ejen. sbb lps dpt booking ejen tu da tak hirau pn ape nk jd lps tu. sume bergantung kpd lawyer msg2.
      4-bulih sgt2, aslkn owner pun agree la. saya pun ade je masukkan mcm2 syarat dlm s&p yg tak penah dibuat dek org, haha. cm kalo ade cat tekopak owner kena setelkan 5 hari bekerja lps VP etc.

      1. Azman Avatar
        Azman

        Kalau dapat owner yg urgent nak jual atau rumah dia tak laku tak apa nak sound2,kdg2 sebelum byr 10% owner bagi kunci,ada kes2 yg i jumpa mcm tu, tak banyak tapi ada..kalau guna 1 lawyer pasti cepat sgt, kalau guna 2lawyer lambat nak mampus..alamatnya 4-7 bulan la proses..kalau dapat owner yg tak kisah lambat..erm faham2 la silap haribulan urusan semua tak jadi..so apa2 pun sesiapa yg tak sabar atau excited nak dapat rumah awal..deal awal2 dgn owner dan lawyer, nak kunci awal selepas 10% or 3bulan yg mana dahalu, kalau dia kata tunggu loan masuk atau tunggu semua selesai hati2 la mungkin akan jadi begitu lama sangat..hehe..

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          mmg biasanya owner hanya akan bg kunci lepas bank release balance lol. kalo dia dh bg kunci ke buyer lepas byr 10%, apa dia nk buat kalo tadek bank yg nk finance pembelian tu? kalo i owner, maleh nk tanggung risiko entah pape gini. tgg dpt semua duit baru bg kunci.

          1. mimi Avatar
            mimi

            tapi klu cmfrm dpt bank l0an,blh aje kn?pening t0l beli rumah ni..mknany lpas sign s&p bru tngu l0an bank 3bln ek?xphamlaa

  20. Deva Avatar
    Deva

    Hye, saya nak tanya sikit…
    SnP saya nak sign minggu nie.. tapi deposit balance 7% saya nak withdraw KWSP.. apa prosedur dia?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Mcm tak sempat je. Cuba cari urusannya di laman web kwsp; mmg ade tulis lengkap

  21. hanz Avatar
    hanz

    hye,

    Saya ada masalah dgn membeli rumah second hand. Owner rumah ada masalah ingin menjual rumah kerana kematian suami. (Loan atas dua nama). Sekarang loan saya dah lulus, tapi proses nak tukar nama menjadi masalah pada owner rumah sebab rumah tu blom cukup tahun utk di jual. (tarik matang May 2012). Berapa lama kah proses ini akan berlaku? Apa yg perlu saya buat utk memastikan saya selamat dalam kes ini. Lawyer owner kata kes ini akan ambil masa dalam setahun. Saya juga takut loan saya hold terlalu lama.

  22. Diyana Avatar
    Diyana

    Salam,

    saya nak minta khidmat nasihat utk membeli rumah..first time nak beli rumah..sy dan suami ada berkenan dgn rumah second hand ni..kami dah berjumpa direct dgn owner nye..rumah tu owner dah bayar habis, so takde hutang..cuma kami tak tahu cara urusan urusniaga yg sepatutnya utk proses beli rumah ni..owner tu kata kami kena cari lawyer sendiri..dan loan juga kami kena buat sendiri dgn bank…dan borang SPA tu mcm mana? di mana sy boleh dptkan borang tu? terima kasih sgt2 klu dapat membantu kami yg cetek dgn urusan beli rumah ni… 🙂

  23. Me Avatar
    Me

    Sy nak tnya pasal pereanggan terakhir.
    sy beli rumah 2nd hand, title masih di bawah pemaju. Sy dah sign s&p & dlm proses untuk keluarkan kwsp. Skrg ni, sy nak pastikan sy tak terkena penalty lewat 3+1 tp sy tak tau apa yg sy nak follow up dgn lawyer. Boleh tak tolong bagitau step yg lawyer perlu buat untuk pastikan bank boleh release payment sebelum 3 bulan.

  24. lili Avatar
    lili

    sy pun nak tanya soalan mcm ME . .

    proses pengeluaran kwsp mengambil mas berapa lama?

  25. Zana Avatar
    Zana

    Salam…saya nak tanya, kalaulah kita dah bayar full rumah second hand tu, tapi bila masuk rumah tu barulah saya perasan ada banyak crack, kerosakan,wiring yang berbahaya, ada penambahan rumah bahagian belakang yang rupanya tidak diluluskan dan retak yang besar.adakah saya boleh menuntut balik atau menuntut sedikit wang untuk membetulkan kerosakan daripada owner.saya dah tanya pada lawyer dia kata x boleh buat apa2.tapi saya rasa telah tertipu.boleh tak bagitau saya apa yang patut saya buat?terima kasih.

  26. ida Avatar
    ida

    epatmen usia 10 thun….85k…agen mtak saya sediakan 30k sbagai dpsit….saya x tau cara sbenar,,,saya kna ambil loyer jugak ke?????

  27. Wong Azhar Avatar
    Wong Azhar

    Saya ada seorang kawan peguam yang boleh menguruskan untuk jual beli tanah/rumah bagi selangor/kl/negeri sembilan/pahang/Johor. Khidmat nasihat percuma dan boleh tanya apa sahaja pasal jual beli rumah tanah dan apa juga berkaitan undang-undang. Saya telah banyak kali berurusan dengan beliau.Boleh bertolak ansur dan amanah. Boleh hubungi beliau : En Ahmad call/sms [012-3059036]

  28. Ramzi Avatar

    kalo mau beli rumah second memang kudu harus hati2 dan diteliti siapa tahu biaya rebovasinya lebih tinggi dari biaya beli ni
    thanks buat tipsnya

  29. yatifadzil Avatar
    yatifadzil

    Saya berminat beli rumah subsale di puchong. setelah membuat proses pinjaman perumahan di sebuat foreign bank, loan telah direject kerana menurut polisi bank tersebut, pinjaman hanya akan diluluskan jika rumah telah siap sepenuhnya dan ada CF. Minta pandangan.

  30. ain Avatar
    ain

    saya nak tanya…jiran sebelah rumah nak jual rumah dia..dia masing ada balance dgn bank dalam 10k…jd apa proses yg perlu saya buat?berapa lama prosesnya..

  31. iza Avatar
    iza

    kalau beli rumah melalui ajen, diorg akan charge berapa % selalunya?…dan charge tu termasuk dlm deposit 10% ke atau just upah ajen tu je?..

  32. humairak Avatar
    humairak

    Salam,
    saya berkenan sangat dengan satu rumah ni. Lokasi strategik, rumahnya pulak fully renovated cantik sangat. So saya pun jumpa owner, bincang dan bayar RM1000 sebagai booking. Tak wat agreement apa pun, kiranya duit sebagai tanda jadi. Lepas tu owner rumah menyerahkan sepenuhnya urusan jual beli kepada ejen dia. Jadi saya berurusan dgn ejen owner. Bila masa nak wat SPA saya dah pilih lawyer, lagipun buyer yg nak kena bayar lawyer. Tapi ejen rumah berkeras nak lawyer derang yang wat SPA. Malah dia memujuk saya utk menyerahkan semua urusan peminjaman (saya wat gov loan) kepada lawyer tersebut. Pendek kata derang nak buat semua, dan saya bayar jer nanti. Last2 saya rasa dah tawar hati dan nak tarik diri. Ejen tu cakap kalau saya tarik diri saya kena bayar double kat owner (RM2000). Perlukan saya buat demikian sedangkan tiada apa perjanjian yang dibuat, cuma cakap mulut saja. SPA draft pun lum buat. Apa pendapat mommy Lina?

  33. iela Avatar
    iela

    Salam,
    sye nk tnye, sye da beli rumah subsale.. Pada mulanyer, proses berjalan lancar, tp ble last step nk claim balance untuk owner, lawyer owner hlg kn dokumen asl.. Power Attorney n R&R.. jadi lawyer sye xbleyh advice bank utk kluarkn cek sbb xckp dokumen.. Tp smpi skrg lawyer still xdpt dokumen 2.. skrg bank da charge sye, sbb die da byr redemption.. sye minx dgn owner utk msk awl, die xbg.. Sye rse mcm nk cancel jer.. sbb da bpe lme.. sdh nk dkt setahun.. kt malaysia xde law ke utk pembeli rumah.. rse mcm dianayai sbb da byr bank tp rmh still xdpt msk sbb owner xdpt balance.. padahal owner xde pe2 commitment ngn rumah 2 lg.. kt geran pn da tukar nme.. Mcm mne nyer mommy lina? de cadangan x?

  34. Lai Avatar
    Lai

    salam, saya nk tny, nk mintak pndangan pd yg arif pasal bab beli rumah ni, sbb sy tak thu ape2… pening… >_<'

    Saya br je nk bli apartment, owner pn stuju nak jual kat saye, mslhnya sy dan owner pulak xthu urusan jual bli rumah second hand ni.. so dia mintak sy handle sndri..

    aptmnt owner bli thn 2009 guna gov loan die, so nk jual skg, xurgent so die bg sy mase tuk uruskan hal ni. sye pun nak bli aptmnt tu guna gov loan gak..

    sy ade baca yang jurunilai kena tngok rumah tuk nilai hrga rumah ikut psrn smasa, yang saya was2, klu kite nak guna bank loan, bank tu sndiri ada panel jurunilai dia sndri. (tolong betulkn klu sy slh). jd mcmana pulak klu kite nak loan rumah tu guna gov loan? ada pnilai rumah khas tuk gov loan ke? ape step yg plu sy ambil? tolongla sye…. terima kasih…

  35. Usha Avatar
    Usha

    Selepas Spa sudAh sign oleh kedua-dua pihak,apakah tindakan
    Undang-undang jika penjual mengantungkan notice “untuk disewa”?

  36. Joe Avatar
    Joe

    Baru tahu selepas booking owner berada di luar negara. Masalah loan tiada. Apa perkara patut saya settle dengan lawyer. Mithalnya gadaian dan SnP. Nak tunggu dia balik? Wakilnya pula ada kat Johor tak mahu commit dgn charge gadaian kat lawyer sebab mahal(RM 1700). Selamat kah pembelian ini?

  37. lieya Avatar
    lieya

    salam..saya dlm proses nak beli rumah.antara rumah lelong dgn rumah subsale.yg mana senang prosedur dia.saya dgr rumah lelong susah,walaupun kita menang bid,tp ada mslh dgn owner asal.tlng bantu saya.terima kasih.

  38. syu Avatar
    syu

    salam..saya n suami dlm proses beli rumah second hand…terus melalui owner…nk tnya lau nk submit loan bank terusdpt salinan fotokopi geran rumah dr tuan rumah..adakah bermakna tuan rumah dh hbis byr segala hutang rumah ngn bank??lg 1 sgala tunggakan hutang bil2 air n letrik tu sapa kena settle??sbb sgala urusan lawyer owner tu yg uruskan…untuk safety kes tkt kena tipu…ada blh bantu??

  39. Hakim Avatar
    Hakim

    Kalau rumah 2nd tu belum habis bayar dengan bank macam mana pulak caranya ye?pening dah ni..

  40. zatu Avatar
    zatu

    Utk tunggakan air n elektrik. Owner baru bw snp n buka akaun baru. Sy bt mcm ni lepas je dr tunggakan lama sbb tunggakan tu atas nama pemilik lama. Yg jd masalah kt sy owner tumpang lawyer sy and difahamkan sy dh kena late interes sbb dh lmbt dr persetujuan dlm snp n surat pemaju. interest tu sape yg keluarkan? Boleh ke kawtim

  41. zatu Avatar
    zatu

    Selamat ke sy skg ni ek sbb dlm snp 3+1 dr tarikh developer consent. Owner tumpang lawyer sy and semua urusan sy yg uruskan. Kena tunjukkaN bukti ke yg sy dh byr late interest pd vendor? Benda ni lawyer bank perlu tahu ke atau ini antara sy dgn owner je?

  42. Liana Avatar
    Liana

    Saya amat sangat perlukan nasihat, pada october tahun lepas saya ada sign sale and purchase untuk sebuah apartment, saya bayar 10% utk owner and 1% untuk agent dimana owner telah menyerahkan kunci rumah pada saya. Loan bank dah approve dan tunggu lawyer process, tiba2 lawyer bagi tahu ada sedikit problem regarding document owner dimana ia telah mengambil masa sehingga bulan June tahun ini. Dua minggu yang lepas lawyer memberitahu saya bahawa semua sudah ok dan akan notify owner, tiba2 lawyer beritahu saya bahawa owner tidak mahu menjual rumah tersebut dan mahu saya kosongkan rumah dimana saya sudah membelanja untuk memperbaiki rumah tersebut. Saya betul2 buntu sekarang, saya amat berharap diberi sedikit nasihat disegi undang2 apa yang patut saya buat.
    Terima kasih.

    1. Zura Avatar
      Zura

      Liana, masalah kita hampir sama lah. Saya pun bt process pmbelian rumah second hand thn lps. Bulan october thn lps saya telah mendapat salinan SNP dan bahagian saya telah settel semua termasuk lah bank loan pn dah approve. Dan pihak bank hnya tggu document dr lawyer SNP je. Tiba-tiba dapat call dari lawyer loan mengatakan mereka dapat makluman dari bank owner asal, geran hilang oleh pihak bank. Lawyer SNP tidak pun memaklumkan kepada saya sebelum ni mengenai geran asal hilang tu.
      Dan skrang lawyer SNP minta saya membayar sewa rumah tersebut selagi belum dapat bayaran dari pihak bank (untuk makluman, lawyer SNP sy adalah sama dengan owner, baru sy tahu)….saya pun telah mengeluarkan kos yg byk utk repair rumah trsebut. Bagaimana sekiranya masalah yg datang dari pihak owner ni?

  43. […] entry..muahahaha :p kalo ada button email, bleh forward terus kat my hubby :p Download Cara Membeli Rumah Second Hand – […]

  44. […] yang lain. Bila hati dah jatuh cinta baru tahu loan rumah subsale tak macm rumah baru … Download Cara Membeli Rumah Second Hand – […]

  45. […] pemaju. Bukan leceh sebab ape pun, leceh sebab ade extra steps yang anda perlu buat, … Download Cara Membeli Rumah Second Hand – […]

  46. […] rumah baru daripada pemaju. Bukan leceh sebab ape pun, leceh sebab ade extra steps… Download Cara Membeli Rumah Second Hand – […]

  47. thehacktools.com Avatar

    Head to a club, restaurant or club and buy a drink. Then ask the
    bartender for gossip.

  48. Blythe Avatar

    Great blog! Do you have any hints for aspiring
    writers? I’m planning to start my own blog soon but I’m
    a little lost on everything. Would you advise starting with a
    free platform like WordPress or go for a paid option?
    There are so many options out there that I’m totally overwhelmed ..
    Any ideas? Many thanks!

  49. syahrul Avatar
    syahrul

    nak tanya..bayar baki pinjaman tu maksudnya apa..90% daripada pinjaman bank bagi..jadi kita perlu bayar yg 10% ke?..boleh terangkan tak faham..saya ni first buyer

  50. Glyn Jones Avatar

    Kami adalah badan kewangan di atas, kita memberi pinjaman kepada individu di seluruh dunia, adakah anda pada masa ini mengalami kewangan dalam keupayaan? Adakah anda memerlukan pinjaman? Adakah anda ingin mewujudkan anda sendiri, jika jawapan anda adalah ya kepada perkara di atas maka anda hanya selangkah lagi untuk mengatasi mereka hitches kewangan?

    Kami memberikan individu dan organisasi pinjaman peribadi dan perniagaan, perkhidmatan ini boleh meregangkan tempoh masa tertentu yang terdiri antara tempoh yang diberikan dan lima tahun dengan kadar faedah maksimum 3%.

    Sila hubungi e-mel di bawah untuk jika anda berminat.

    freedomfinance231@gmail.com

    Yang ikhlas,
    Glyn Jones.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge