Cara Membeli Rumah Second Hand

admin Avatar

Cara membeli rumah second hand sedikit leceh berbanding rumah baru daripada pemaju. Bukan leceh sebab ape pun, leceh sebab ade extra steps yang anda perlu buat, terutamanya bab valuation dan lawyer yang sendiri mau cari. Sebelum sesiapa pun jadi confius, let me story cara membeli rumah second hand ni langkah demi langkah.

Sebab rumah baru tersangatlah mahal (I myself still berangan nak beli rumah baru), so anda pun decide jalan-jalan survey rumah second hand. By the way, maksud rumah second hand ni adalah rumah yang dah siap tak kira sama ada pemilik tu yang duduk, disewakan ke orang lain mahupun dilelong.

Jalan punya jalan, anda pun jumpa la satu rumah idaman ni, harganya RM250,000. Since anda pun beli daripada ejen hartanah, biasanya anda perlu bayar 3% daripada harga jual sebagai booking. 3% ni bukan owner punya duit, tapi ejen ni yang dapat. Once anda sign booking form tu (Agreement to Purchase), biasanya anda diberi masa 21 hari untuk sign SPA (Sales & Purchase Agreement). Deposit yang dibayar untuk booking consider hangus jika gagal.

Lawyer akan setelkan bab-bab details tentang rumah tersebut (e.g. Land/ Bankruptcy Search etc) untuk buat SPA. Kalau nak cepat, bagi terus copy of SPA antara owner dengan developer supaya lawyer tu boleh start draft dan anda pun boleh start review. Kat sini lah anda perlu pastikan apa sahaja yang dah dipersetujui dengan owner dimasukkan dalam SPA. Contohnya rumah mesti siap sapu, diding rumah di cat semula atau pagar berkarat diganti.

Pada masa yang sama, you kena mintak valuer buat valuation untuk rumah tersebut. PASTIKAN, valuer yang anda nak pakai ni adalah panel bank untuk pinjaman rumah ni nanti. Yang paling famous JuruNilai Bersekutu dan Rahim & Co. Sebelum valuer tu pergi tengok rumah, anda perlu isi Borang Arahan (Instruction Form) dan hantar kepada mereka bersama duit deposit. Biasanya deposit RM100 pun cukup.

Lepas tu valuer tu akan tanya bila you free untuk mereka datang tengok rumah. Kalau anda beli rumah melalui ejen, suruh saje ejen tersebut yang set-kan tarikh dan masa dengan owner, tak payah susah-susah fikir. Lepas valuer tu tengok rumah, dia akan berikan anda laporan penuh dalam masa 2-3 minggu. Kalau nak tolong mereka buat kerja cepat, berikan juga SPA owner dan developer untuk mereka dapatkan maklumat rumah tersebut.

Anda boleh gunakan draft SPA atau borang Agreement to Purchase tadi beserta laporan daripada valuer, salinan gaji, statement bank tempat gaji masuk, simpanan KWSP (print kat kiosk KWSP) & kad pengenalan untuk start apply loan bank. Bank akan bagi respond dalam masa seminggu sama ada pinjaman anda diluluskan atau sebaliknya. Kalau diluluskan, anda akan diberikan Letter to Offer dengan semua details tentang pinjaman tersebut.

Once dah sign Letter to Offer daripada bank, anda akan sign Loan Agreement. Ini adalah perjanjian pinjaman rumah antara anda dengan bank. Anda perlukan lawyer panel bank tersebut nak buat benda ni. Lawyer ni can be different daripada lawyer yang anda gunakan untuk sign SPA. Kalau nak senang, of course la ambil lawyer yang sama untuk SPA & Loan Agreement. In case ade dispute late charges, senang lawyer tu nak handle kes.

There you go, anda baru saja selesai beli rumah!

Happy? Tunggu dulu…

Dalam SPA tu biasanya ada clause yang cakap, anda perlu bayar baki bayaran rumah (let’s 90% baki melalui pinjaman bank) dalam masa 90 hari daripada tarikh SPA. Jika gagal, anda dikenakan interest 8-10% setahun untuk setiap hari yang tertangguh. Untuk baki rumah ni tadi; RM225,000, you have to pay RM18,000 setahun atau RM49.32 untuk setiap hari yang tertangguh. Kalau lambat sebulan, kena bayar extra RM1,479 kepada owner sebelum dapat kunci. Bagi mengelakkan benda ni terjadi, anda perlu follow-up gila-gila dengan pihak terlibat.

Berapa kena bayar untuk setiap pihak yang terlibat? Tunggu…
To be save, subscribe RSS feed MySuperKids bagi memastikan anda tak tertinggal maklumat berharga ni nanti.

admin Avatar

82 responses to “Cara Membeli Rumah Second Hand”

  1. […] rumah daripada pemaju. bukan leceh sebab ape pun, leceh sebab ade extra steps perlu buat,. Cara Membeli Rumah Second Hand Icefilms.info – globolister, <div […]

Leave a Reply to Surat Perjanjian Sewa Menyewa Mall | Contoh Surat Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge