Cara Main Saham ni Senang ke?

admin Avatar

Cara main saham ni senang ke kak?” Inilah soalan yang selalu saya dapat daripada kawan sepejabat recently. How I wish boleh jawab dengan satu perkataan sahaja, sebab in reality it is not that straightforward. Bagi kebanyakan pelabur yang berminat dengan cara main saham ingat ia semudah:

1-beli murah, jual mahal
2-beli mahal, jual LAGI mahal
3-beli mahal/murah asalkan dapat dividen

Kalau anda betul-betul serious nak buat duit dengan cara main saham, these are few skills yang anda perlu MASTER. p/s: Main saham di sini referring to pedagang yang suka jual-beli saham; bukan bertujuan nak simpan selama-lamanya.

Mengaitkan Macro & Micro-Ekonomi

Of all the skills, this is the most basics (dan consider yang paling senang). Statistics is all over the world. Anda boleh dapat dengan hanya google je. Tapi the missing skills yang paling ketara in most beginners ialah ketidak-bolehan mengaitkan semua statistik-statistik tersebut.

Jika anda betul-betul faham setiap statistik, you can put those pieces of info into big picture; dan connect each big pictures untuk dijadikan sebagai CERITA. Only bila anda tahu apa cerita yang bakal terjadi, anda akan untung. If terlambat faham cerita pelaburan, jadi mangsa spekulator la gamaknya.

Selami Carta Saham Berkaitan

Setiap trend pergerakan harga saham dan jumlah saham yang didagangkan membawa maksud tertentu. All you need to do ialah cuba tangkap mesej jenis apa yang saham/komoditi tersebut cuba sampaikan. E.g. signal untuk “beli”, “jual” atau “do nothing”.

Kalau nak lebih efektif, disarankan supaya anda memiliki trading software kerana ia sangat-sangat membantu. Tapi before that, anda perlu faham dulu kepelbagaian trend yang ada dan jangan terlalu mengharap software tu aje. Kalau software tu bagus betul, semua orang pun boleh kaya, kan?

Fahami Kepelbagaian Jenis Saham

Saham mahal-mahal ni biasanya fund manager je yang main. To them, untung 1-2% sebulan pun dah cukup. Kalau retail investor ni suka yang harganya bawah seringgit sebab target 5-20% sebulan. Jadi, approach untuk setiap jenis ni berbeza-beza. E.g. stop-loss, cut-profit etc.

Jika anda berminat dengan pelbagai jenis saham ni, you have to make sure personality investment anda juga versatile. Jangan treat penny stock macam blue-chip for example. Bila peluang datang, anda perlu sedia ubah risk appetite dan adjust risk-reward ratio in splits of seconds.

Only jika anda ready to MASTER all these ‘simple rule’, cara main saham memang senang, huhu…

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Cara Main Saham ni Senang ke?”

  1. m-i-o Avatar

    cakap pasal jual-beli saham, omaigod! – sy memang tak berani cuba. pernah beberapa kali belajar daripada bapak macam mana nak baca statistik, macam mana nk predict dan sebagainya – but i guess i’m not the right person for this kind of investment. hahaha.

    sy jenis penakut. tak suka amik risiko. jantung sy berdegap2 bila nk buat keputusan. kalo pasal duit, sy takleh tido malam memikirkan kalau2 sy tak boleh survive utk hari esok. and i simply don’t want to lose my money. bapak sy suka gelakkan sy dan kata hati sy kecik – and that i should put my money somewhere else – ASB, tabung haji dan benda2 yg stabil yg sewaktu dengannya.

    well, i agree with him. haha!

    lagipun sy rasa kalau duit kita tak banyak mana, lebih baik kita tunggu duit kita berkepuk dulu. sy selalu rasa main saham adalah permainan orang kaya, yg tak kesah sekali-sekala rugi dan tak terjejas kehidupan kerananya. pendapat sy mungkin silap, tapi itulah pendapat sy. anyway, sy respect orang2 yg main saham. they are the brave ones! 🙂

  2. joe's babe Avatar

    saya adalah option trader yang ‘gigih’ sebelum krisis ekonomi (back before 2008). sekarang kena slow and steady (jantung ni tak cukup kuat menahan anjakan nombor2 dah), anak pun dah bertambah. apa yang saya boleh kata, bermain saham perlu bijak membaca berita, menilik yang dimanipulasikan dan faham sesuatu kejadian. (entah korang faham ke tak maksud saya ni)
    saham tak semestinya untuk orang kaya jer m-i-o, asb, asw tu orang kurang kaya pun beli juga. hehehe. gurau2 jer jangan marah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge