Cara Didik Anak Simpan Duit

By | October 19, 2012

Ada pendapat umum menyatakan.. daripada meninggalkan simpanan yang banyak kepada anak-anak, ada satu benda yang lebih baik untuk ditinggalkan – tabiat menyimpan duit.

Tabiat simpan duit ni sebenarnya bukannya kita nak didik mereka “gila duit” tapi supaya mereka pandai menghargai apa yang Allah anugerahkan kepada kita dan mereka.  Ia bukan tentang berapa banyak kita simpan atau berapa banyak kita nak mereka simpan duit mereka, tapi habit atau tabiat agar tak membazir, menghargai rezeki Allah, mengingati orang yang tak memiliki.. dan sebagainya.

Bergantung kepada berapa ringgit lebihan yang kita ada.. Ada seringgit simpan seringgit. Ada 50 ringgit simpan 50 ringgit. Ada sekupang simpan sekupang.

Anak2 masih belum reti erti duit?

Sangat mudah sebenarnya, ia bukan sekadar simpan duit.

Untuk anak2, samada masih kecil atau dah besar, paling senang… cuma sediakan sebuah tabung untuk mereka masukkan duit ke dalamnya. Ini juga mendidik mereka supaya tak telan duit syiling kalau terjumpa di lantai, sebaliknya SIMPAN DALAM TABUNG.

simpan duit

Tabung yang menarik pasti lebih menarik hati anak2 untung mengisi syiling ke dalamnya.

Bila dah penuh, boleh simpan dalam bank atau dermakan sebagai simpanan akhirat kita dan anak-anak.

Category: Family Money Management Finance & Investment Money and More

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

4 thoughts on “Cara Didik Anak Simpan Duit

  1. abby

    betul2.. bila anak sy dh start sekolah, sy ajar simpan duit dlm tiga tabung; simpan, sharing/derma dan satu lagi utk toy/belanja.. baki duit sekolah split 3, xpelah walau sikit everyday, kn sikit2 lama2 jd bukit..paling best time split duit raya 🙂

    Reply
  2. Lin

    Betul3x…sy ajar anak menabung sejak dia pandai berdiri…belikan tabung yg menarik…satu tabung dah penuh dan dah masukkan dlm bank dia..sekarang ni beli tabung yg lagi besar…setiap hari sy n husband akan bg duit syiling suruh masuk tabung..kadang2 bila lupa anak sy akan sebut uwit2..nak minta duit masuk tabung. (Umur anak setahun sepuluh bulan)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge