Cara Dapat Anak Perempuan

Cara dapat anak perempuan yang sering diperkatakan orang ialah:

1. Isteri memakan makanan yang masam-masam dan elakkan seafood – ikan kira seafood tak?

2. Melakukan hubungan suami isteri sebelum ovulation. Selain dari merujuk kepada ovulation calendar ialah dengan berpandukan tarikh haid. Perhubungan dibuat 2-3 hari selepas haid berhenti.

3. Menggunakan kalendar Cina.

4. Suami banyak melepaskan sperma di pangkal rahim kerana sperma yang membaca gen bayi lelaki tidak berapa larat nak lari jauh2.

5. Isteri melakukan douching sebelum bersama.

Sayangnya, kami tak sempat nak buat semua2 tu. 2-3 minggu ni saya rasa lesu,penat2, makan tak selera, rasa nak makan itu makan ini, period tak datang-datang…. rupa-rupanya…

pregnant

Alhamdulillah. Allah sedang menyediakan pintu rezeki baru buat kami. Amiin.

Terima kasih kepada ucapan2 tahniah di FaceBook saya ;)

So disebabkan dah pregnant dulu, dan kami kepingin anak perempuan (maklumlah dah ada 2 anak lelaki, nak lah anak perempuan pulak), maka usaha yang boleh dibuat:

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan surah Maryam. Lebihkan membaca surah Maryam (tapi Quran seluruhnya kena baca juga tau!).

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dengan  baby dan memanggilnya “Maryam” atau “Siti Aisyah”.

3. Berdoa selepas solat.

(Credit to Al-Kiram.Net)

Insya-Allah due dalam end March, dalam 22 Mac 2011. Doakan semoga semuanya selamat.

Fahry dulu check up di Prince Court, yang ni Abiy nak check up di Hospital Pantai Bangsar. Ada sesiapa pernah pegi sana? Datuk Dr. Norashikin best tak?

45 thoughts on “Cara Dapat Anak Perempuan”

  1. sekapal la kita lyna.arin pon tgh preggy yg third. yg dua sebelum ni anak-anak dara, kali ni nak sgt2 boy. tp third pregnancy kali ni mmg mencabar. sgt2 mencabar.penin, sakit kepala, fatigue, sakit gigi, gastrik semua complete. ntah2 sign dpt lelaki kot.sbb yg dua b4 ni , relax je. :)

    take care ye lyna!

    1. yeke prince court mahal sangat? i tot Pantai Bangsar lg mahal (alang2 comp sponsor cari yg mahal2 je). Prince Court standard SJMC je rasanya. lgpun Pantai BAngsar lg dekat dgn umah hehehe.

  2. tahniah!. Ramai kengkawan saya bersalin di Pantai Bangsar. Yg fames dr Nora dgn Dr Hamidla. Kedua2nya bagus. Tapi di kalangan kenkawan saya yg bersalin kat situ, byk yang ambil Dr Hamid sebab dia more religious. Ape yg penting, mereka adalah doktor pakar. Masing2 ada kelebihan tersendiri.
    .-= fizanur´s last blog ..Ubat Vs Makanan Berkhasiat@ Supplement =-.

  3. salam. saya ni tak pernah lagi nak beri komen. tapi memandangkan akak ni (err..akak ke..) dah tanya pasal dr nora maka saya teruja nak bagi komen. saya mengandungkan anak pertama lepas 6 tahun kawin. tapi tu kira kandungan ke3. gugur 2x. dengan dr nora cara dia cek mmg detail dan torough. bila dah tau keadaan saya yg kerap gugur, permulaan peknen mmg kena jumpa dia seminggu sekali, then 2mg..barulah ke sleang sebulan. saya mmg yakin dengan dr nora sebab dia pun well-establshed dan well-known di serata majalah2 keluarga dan perempuan sebagai panel penasihat. tapi mmg perlukan bayaran yang bukan sikit esp kalau kita ada extra medical/treatment utk setiap kali cek-up. oh ya. klinik dr nora takde di hosp pantai. dia dah buka pusat kesihatan dia sendiri di taman tun. nama pusat tu primanora. boleh google. tahniah and good luck!

  4. Lyna, tahniah. Happynya dengar bila dapat tahu kawan2 pregnant ni..
    Kami pun plan nak menambah gak ni, harap2 biar dapat boy lah pula. Hihi..

  5. Adui… musim mengandung sekarang ni ye? Kat ofis saya pun 3 orang sedang pregnant. Ni yang buat saya rasa nak mulakan langkah untuk projek no 3 jugak nih. Hihihi.

  6. wah, meriahnya ibu2 kt sini. saya tgh rancang nk bb gurl …anak no 2 nie, hrp2 dpt bb gurl.tbc tips kt tenek katanya 7 hr after piyot time plan tuk dpt bb gurl..tp i nya time piyot stiap 18-19 hari, dalam sebulan ada 2 x…mean smggu lpa piyot lah kna btungkus lumus..thn bykkn mkn masam n dgg.my hubby bykkn mkn syur2an.hrp2..tp fk2 takut badan naik.cmana r nak kurus t??????????

  7. saye teringin nk ank perempuan yng dh ade sekrg dua2 boy tapi sye takut nanti dpat ank laki pulak alamak gamat lah rumah

  8. Sedang hamil usia minimum 10 minggu? Mau tahu jenis kelamin bayinya perempuan atau laki-laki? hanya dengan URIN di pagi hari, dengan IntelliGender, anda dapat mengetahuinya dalam 10 menit!. Buatan Amerika, kini hadir di Indonesia. kunjungi kami di IntelliGenderIndonesia.com atau hubungi call center di 085221331555, bisa juga melalui sms ke nomer tersebut, BBpin: 21e31aca. So? Kenapa harus menunggu sampai bulan ke 5-6 melalui USG untuk mengetahuinya? get yours now! Ssst… The only one in the World!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge