Cara Dakwah Yang Berkesan

admin Avatar

Saya tertarik dengan penulisan M-I-O yang bertajuk ‘Kenapa pendekatan dakwah menemui kegagalan’. Antara lain beliau menyebut tentang kesamarataan antara daei (pendakwah) dengan mad’u (objek dakwah). Dan ada perenggan yang menyebut:

Zaman saya belajar dahulu, kawan yang berjubah kerapkali geleng kepala tengok kelibat kawan yang tak cukup kain. Kawan yang tak cukup kain pula selalunya angkat kening lihat kelibat kawan yang berjubah.

Dakwah asalanya dari perkataan Arab da’a yang bermaksud seru, atau ajak, atau panggil. Saya ni belajar Arab tak habis so tak boleh la nak hurai panjang2 tentang maksud perkataan tu dari segi bahasanya. Tapi dakwah tu adalah satu perkataan yang mendalam maknanya.

Dakwah itu bukan dengan pergi ke dalam kalangan orang berbaju ketat nampak tuuutttt dan berkata “Wahai wanita, tutuplah auratmu jika tidak mahu dimasukkan ke dalam api neraka”. Itu adalah ‘pengumuman’ atau ‘pemberitahuan’. Sesuai dengan maknanya, method dakwah lebih kepada MENGAJAK. Pendakwah ialah mereka yang mengajak orang lain untuk sama2 berbuat kebaikan.

Kerana itu Allah nukilkan dalam Kitab Suci:
“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” – (Surah As-Saff: 2-3)

Selain dari membawa mesej supaya ‘cakap serupa bikin’ ia adalah supaya kita sama2 mengajak orang lain untuk bersama2 melakukan perkara yang dituntut dan disukai Allah.

Pemakai pakaian dakwah (biasanya orang refer jubah & tudung labuh ni sebagai ‘pendakwah’) yang memandang jelek pada golongan yang kontra dengan mereka, adakah layak dipanggil pendakwah? Title pendakwah itu bukan dilihat pada pakaiannya. Labuhnya jubah, labuhnya tudung, bukanlah tanda labuhnya iman.

Dakwah itu adalah tugas setiap orang, kerana manusia adalah makhluk yang bodoh dan sombong, yang mana dulunya sanggup menerima jawatan khalifah di muka bumi, setelah malaikat pun menolak jawatan itu. Nah, tengok hari ni, siapa yang jadi khalifah bila anak kecil dibunuh dan disakiti, ibu bapa diherdik dan dibuang di tepi jalan, rumah tangga tunggang terbalik, etc.

Sabda Rasulullah SAW “Balaghu ‘anni wa lau ayah” – sampaikan dariku walau satu ayat. Itu adalah untuk semua, bukan untuk golongan bertudung labuh, berserban atau berjubah.

Pakaian, walau setebal mana selabuh mana, bukan ukuran untuk menjadi benteng api neraka, sekiranya pakaian taqwa tidak ada.

“Dan pakaian yang taqwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Al-A’raaf: 26)

Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang melabuhkan kainnya kerana sombong, nescaya Allah tidak akan memandangnya di hari akhirat” (HR BUkhari & Muslim)

Pakaila apa pun, tudung ariani, tudung bawal, tudung ekin, tudung saji, tudung periuk ke, asalkan niat adalah untuk menutup aurat demi memenuhi tuntutan agama, lillahi taala. Pakai tudung kalau nak suruh orang nampak kita baik, besok2 pegila tuntut pahala/syafaat dengan orang tu.

Berbalik kepada soal dakwah, dakwah is not as simple as memberi peringatan kepada golongan yang kontra supaya mengikut saluran yang betul dan bengang bila mereka tak ikut cakap. Ada tahapan-tahapan dan prosedur2nya.

Dakwah adalah sesuatu yang bersistem, dan berperingkat, bukan main boooh aje. Ada beberapa tahapan atau marhalah. untuk menjamin keberkesanan dakwah Marhalah yang pertama dan terpenting adalah taaruf, atau pengenalan. Nak berdakwah mestila orang kena kenal dengan kita. Sebab dakwah itu bukan suruh, tapi ajak. Macamana nak ajak orang kalau orang tak kenal, kan?

Dan taaruf di sini, bukan sekadar kenal nama sapa, duduk mana je, tapi kenal sebagai kawan. Kata kuncinya, golongan jubah mesti berkawan dengan golongan tak cukup kain (dotdot). Tapi syaratnya golongan jubah haruslah kuat semangat dan niat semata2 kerana Allah untuk mengajak orang, bukannye nanti dia pulak yang terjebak. Apa kes plak tuhhh.

Bila dah kenal, dah kawan, dah ambil berat, dah sayang… mestila golongan jubah ni tak sanggup tengok kawan dia terus di dalam keadaan yang dimurkai Allah. Haruslah dia nak kawan dia pun sama2 masuk syurga dengan dia. Maka sampaila ke marhalah ke dua yakni pembangunan iman. Bukannya bagi ceramah 15 minit tentang keimanan, tak.. tapi dari segi perbuatan dan perbualan yang secara indirect menyentuh pada soal2 keimanan.

Contohnya, bila keluar ke bandar bersama, masuk waktu solat, si jubah berkata kepada si dotdot “Alamak dah masuk waktulah, jom cari masjid. Aku takutlah lambat2kan solat nanti Allah masukkan kita dalam golongan yang lalai. Taknak aku masuk neraka.. aku takuttt, api neraka tu panasss sangat. Panas api kat dunia ni pun aku dah tak tahan!” See, si Jubah takde pun suruh si DotDot pegi solat ke, tapi ada daya mengajak di situ. Yang si dotdot nak ikut ke taknak ke tu bukan soal dia. Memang take time tapi itu la strategi namanya.

Lepas tu, bila dalam hati si DotDot dh terserap dengan cara hidup si Jubah yang penuh dengan amal soleh, maka tugas si jubah seterusnya ialah dengan membantu si DotDot menyelesaikan urusan agamanya. Maksudnya, kalau selama ni si DotDot hidup begelumang maksiat, bantu dia supaya jauhkan maksiat tu. Cuba ajak dia join usrah ke ceramah ke daripada pergi berjoget kat kelab. Mungkin hari ni dia taknak, tapi Allah itu Maha Mengetahui.

Apa yang penting.. kerjaaasamaaa! Hehe, apa yang penting ialah si daei mesti berakhlak mulia dan tunjukkan contoh yang baik kepada mad’u. Akhlak mulia tu bukannya kena duduk masjid 20 jam sehari, mengaji 10 kali khatam sehari, tapi berhubung dengan manusia dengan hubungan yang baik. Bila jumpa DotDot and the gang, melemparkan senyum, bukan geleng kepala.

Daei yang sebenar berdakwah untuk agama, bukan untuk dirinya. Dia tahu dia juga akan dihisab nanti. Dia pun tahu, dia tak semestinya terlepas dari seksa api neraka. Jadi, apa yang dilakukan adalah atas dasar memegang amanah Allah untuk menyebarkan agama Islam, bukan nak tunjuk best kat orang. Mentang2 la pakai jubah tudung labuh nak orang hormat as solehah, whateverlah. Tidak tidak.. seorang daei takde perangai macam tu.

Saya bersetuju dengan pendapat M-I-O yang menyatakan bahawa gagalnya dakwah kerana tiada kepersamaan antara pendakwah dan objek dakwah. Tapi sebenarnya, sebenar2nya, si pendakwah yang disebut itu bukanlah pendakwah yang sebenarnya. Tak layak dipanggil pendakwah kalau secara langsung atau tak langsung, mencaci orang lain, dan makin membuatkan orang lain jauh dari apa yang nak disampaikan. Mereka inilah golongan pemfitnah agama, yang membuatkan orang memandang serong kepada agama Islam.

Kalau kita lihat pendakwah2 terkenal, mahupun pendakwah2 kecil2an, mereka ni adalah orang2 yang ramah, yang mengambil berat, yang ramai kawan, yang berfikiran terbuka, yang universal, etc. Itulah pendakwah sebenarnya, si pengajak kepada kebenaran agama Islam.

Sekarang ni, dengan adanya teknologi internet ntah ape kebenda, wasilah dakwah tu menjadi lebih mudah lagi. Tulis blog pun boleh berdakwah. Dakwah ikut pengetahuan masing2 lah. Kalau pandai pasal parenting, dakwahla pasal parenting. Ilmu kita ni, bukan milik kita untuk simpan & bangga2. Ia adalah ilham dari Allah untuk kita sampaikan kepada orang lain. Kita ni cuma wasilah-Nya saja.

Contoh seruan dakwah yang paling indah ialah, azan. ‘Hayya ‘ala ssolah, hayya ‘alal falaah’, -marilah menunaikan solat, marilah menuju kejayaan-. Dan ia bukannye ‘pergilah solat, pergila menuju kejayaan’. Renung-renungkan dan selamat beramal, ceduk dari Prof Izzi Haji Ali 😀

Tagged in :

admin Avatar

23 responses to “Cara Dakwah Yang Berkesan”

  1. Siti Aishah Avatar
    Siti Aishah

    Mmm..good one. Suke baca.

  2. temp. housewife Avatar

    setuju sgt2. selalunya ramai yg anggap tugas dakwah utk ustaz2 dab ustazah je.

  3. DNNA Avatar

    I concur !!!

    TQVM for the lovely article …
    .-= DNNA´s last blog ..Bersendirian =-.

  4. m-i-o Avatar

    errrk. terlebih dahulu sy ingin menegaskan bhw penulisan sy yg itu adalah pemikiran sy secara permukaan shj dan bukanlah satu kupasan menyeluruh. tujuannya ialah utk mencetuskan idea2 lain – sepertimana yg dilakukan oleh lyna dlm entry ini. oleh sebab itu, ia ditulis secara gelak-gelak 😛

    sy tidak menerima pendidikan agama secara formal di mana2 sekolah agama rakyat apatah lagi belajar bahasa arab, sekadar belajar mengaji pada sebelah malam di rumah ustazah, dan belajar pendidikan agama di sekolah kebangsaan. justeru sy berpendapat, ‘sentuhan rohani’ itu adalah akar yg akan mempengaruhi pertumbuhan pohon sepanjang pembesarannya.

    sy juga setuju bhw pakaian hanyalah tempelan semata2 sebagaimana compact powder yg digunakan utk menutup pori2 besar di muka 😛

    action speaks louder than words. kerapkali, sy merasakan bhw kita tidak perlu pongpang-pongpang utk berdakwah. sy ambil salah satu filem yasmin ahmad yg memaparkan keluarga seorang ustaz yg tinggal berjiran dengan pelacur – ini adalah satu contoh yg mana gerakan dakwah dpt dilakukan secara semulajadi, atas kerelaan pelacur itu sendiri yg ingin kembali ke jalan yg benar.

    oh, panjangnya! sekian terima kasih 😛
    .-= m-i-o´s last blog ..Mengepam di mana? =-.

  5. YatieJay Avatar

    Terbaeeekkk la entry ni, I like!

    Teringat masa mula2 masuk uni dulu, selalu kena persenda dgn golongan “ustaz2” pasal saya tak pakai tudung. Lagi kuat kena persenda/perlekeh lagi kuat hati Yatie takmo pakai tudung. Lagi rasa nak jauhkan diri dari diaorg sebab takut kena jadi bahan lawak/senda mereka.

    Tapi one sweet day (cewah!), akhirnya terbuka hati ni nak pakai tudung wlpn masa tu sehelai tudung pun takde dlm simpanan. Thanks to my roomates yg bagi pinjam tudung mereka selama sebulan…heheee…

    Hanya contoh yg remeh dan kecik, tapi memberi kesan yg mendalam kat diri ni. Persepsi Yatie terhadap mereka adalah sangat “tak baik” ketika itu. Itu baru isu tudung. Kalau isu2 lain mcm mana agaknya ya……
    .-= YatieJay´s last blog ..Nasi Ambang Di Kampung Suamiku : ) =-.

  6. kak Aliza Avatar

    Sebenarnya bab pendidikan kerohanian ni tanggungjawab ibubapa, nak menyuruh anak bertudung ke, solat ke, tak perlukan orang-orang luar. Bila ibubapa sudah memainkan peranan, para pendakwah boleh fokuskan kepada topik-topik lain.
    Sayangnya ibubapa kurang memainkan peranan dalam hal ini, maka wujudlah tugas pendakwah luar, yang mana selalu dikritik dimana-mana.
    Bayangkan jika ibubapa menyuruh anak-anak lelaki solat di masjid, tak perlulah golongan tabligh mengetuk pintu rumah setiap orang. Begitu juga jika ibubapa menjadi kaunselor kepada anak-anak sendiri, kuranglah bebanan tugas kaunselor disekolah2.

    Bagi akak soal berjubah atau bertudung labuh, itu pilihan pemakai yang menunjukkan bahawa beliau berusaha untuk membaiki dirinya. Ramai yang memilih penampilan sebegitu untuk mengingatkan diri sendiri, bukan untuk menunjuk-nunjuk tahap keimanan. Persoalannya mampukah dia mempraktikkan “husn-khulk” agar tindak-tanduknya tidak menjadi fitnah kepada orang-orang yg ikhlas memilih penampilan sebegitu.

    Semuanya kembali kepada hati dan iman kita, bila hati sudah dipenuhi dengan kasih kepada Rabbul izzati, maka penampilan juga diubah untuk memenuhi tuntutan yang masih belum terlaksana.

  7. fid Avatar

    i likeeeeeeeeee

    miss u adik!

  8. Hanz Avatar

    :> Thumbs up from me too! Yang penting, jangan prejudis pada orang, kan?
    .-= Hanz´s last blog ..Finally final prizes announcement of TheHoneybunch Giveaway : Who is the Lucky 9? =-.

  9. sya Avatar

    nak berdakwah, yang penting diri sendiri perlu buat dahulu.. dan, jangan cakap tak serupa bikin.. bila kita buat sesuatu yang baik, secara tak langsung orang boleh ambil untuk dijadikan contoh.. itu juga satu dakwah..

    dan juga, perkara agama bukan untuk dibuat main. kalau tak nak buat, sudah. tak perlu nak menghina orang-orang yang mengajak berbuat baik..

  10. Asiah Abd Jalil Avatar

    Itulah bezanya antara TAUFIQ dan HIDAYAH.

    Hidayah datang dulu sebelum taufiq. Tak kiralah ustaz ustazah hardcore ke, ustaz ustazah sempoi ke, kawan-kawan yang baik sikit dari kita, rancangan dakwah kat radio dan tv yang entah macam mana kita boleh terdengar, tengok drama swasta yang ada selit-selit nilai baik, hatta kanak-kanak kecil yang innocent pun boleh jadi medium untuk sampaikan hidayah Allah pada kita.

    Bila kita dah dapat hidayah, belum tentu lagi kita dapat taufiq. Taufiq tu sesuatu yang menuruti hidayah. Misalnya, terdengar amaran pasal seksa orang tak tutup aurat, kira hidayah dah sampai dah tu. Tapi belum tentu lagi hati kita dah terbuka untuk terus pakai tudung waktu tu juga, even sometimes kita siap boleh mencela pula orang yang cuba sampaikan hidayah Allah kat kita tu. Itu tandanya kita belum dapat taufiq lagi la tu.

    Tu sebab kena doa banyak–banyak pada Allah, bukan setakat doa beroleh hidayah, tapi juga doa beroleh taufiq. Asyik dengar benda baik hari-hari pun tak guna juga kalau sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

    Salam dakwah! 🙂

  11. Hurri Avatar
    Hurri

    well said! da’wah is through example! those who doesnt take this seriously should take this opportunity to reflect his or herself, for any form of reminder is a progress/improvement rather than just ignore which is really grave. it is sad for muslims who chose to be ignorant. hopefully, (now being husnuzon) that these people will eventually find the correct guidance in some other way before its too late.

  12. Taufik Avatar

    Salam.

    Saya tertarik dengan penulisan ini. Amat menyentuh hati.
    Semua benar belaka. Dari penulisan ini, akan saya sebarkan walau 1 ayat.
    Insyaallah.

    Terima Kasih ya!

  13. […] mom super kids blogging community malaysian. leverage vast knowledge & experience advantage!. Cara Dakwah Yang Berkesan Ketika melepaskan cinta.. apakah hikmah disebaliknya?, Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan […]

  14. […] Suami isteri – darulnuman., Jawapan: tidak salah isteri meninggalkan rumah ( rumah ibu bapa) kerana menyelamatkan diri daripada suami zalim mengelakkan diri. http://darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=105&Itemid=170 Ketika melepaskan cinta.. apakah hikmah disebaliknya?, Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal kehidupan .. * kita melepaskan kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.. Ketika Harus Melepaskan Cinta.. Apakah Hikmah Disebaliknya? Cara dakwah berkesan – mysuperkids.net, My super kids >> power common mom super kids blogging community malaysian. leverage vast knowledge & experience advantage!. Cara Dakwah Yang Berkesan […]

  15. […] mom super kids blogging community malaysian. leverage vast knowledge & experience advantage!. Cara Dakwah Yang Berkesan Suami isteri – darulnuman., Jawapan: tidak salah isteri meninggalkan rumah ( rumah ibu bapa) […]

  16. […] penulisan sy yg pemikiran sy secara permukaan shj bukanlah satu kupasan menyeluruh. tujuannya utk. Cara Dakwah Yang Berkesan Kumpulan kata kata ucapan selamat pagi lengkap terbaru, Blog informasi kumpulan kata kata mutiara, […]

  17. […] dakwah menemui kegagalan’. antara lain beliau menyebut tentang kesamarataan antara daei. Cara Dakwah Yang Berkesan Kata kata gombal – diakui., Nah, kesempatan menuliskan kata kata gombal tentang cinta […]

  18. […] dakwah menemui kegagalan’. antara lain beliau menyebut tentang kesamarataan antara daei. Cara Dakwah Yang Berkesan Kata kata motivasi semangat belajar – gambar kata kata, Kata kata motivasi semangat belajar, […]

  19. […] Kumpulan kata kata ucapan selamat pagi lengkap terbaru, Blog informasi kumpulan kata kata mutiara, kata kata bijak, kata kata motivasi, kata kata cinta, kata kata,kata kata lucu, kata indah, ucapan selamat . http://www.katakata.co.id/2015/11/kumpulan-kata-kata-ucapan-selamat-pagi.html Suami isteri – darulnuman., Jawapan: tidak salah isteri meninggalkan rumah ( rumah ibu bapa) kerana menyelamatkan diri daripada suami zalim mengelakkan diri. http://darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=105&Itemid=170 Cara dakwah berkesan – mysuperkids.net, Saya tertarik penulisan — bertajuk ‘ pendekatan dakwah menemui kegagalan’. antara lain beliau menyebut tentang kesamarataan antara daei. Cara Dakwah Yang Berkesan […]

  20. […] mom super kids blogging community malaysian. leverage vast knowledge & experience advantage!. Cara Dakwah Yang Berkesan Kata kata motivasi semangat belajar – gambar kata kata, Kata kata motivasi semangat belajar, […]

  21. […] dakwah menemui kegagalan’. antara lain beliau menyebut tentang kesamarataan antara daei. Cara Dakwah Yang Berkesan Kumpulan kata kata rayuan gombal romantis buat pacar, Nah, kesempatan menuliskan kata kata gombal […]

  22. […] dakwah menemui kegagalan’. antara lain beliau menyebut tentang kesamarataan antara daei. Cara Dakwah Yang Berkesan Kumpulan kata kata peribahasa cinta arti peribahasa, Kumpulan kata kata peribahasa cinta arti […]

Leave a Reply to Kata Kata Mutiara Cinta Yang Ikhlas | Kata-Kata Bijak page Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge