Cara Bayar Fidyah Online
Fidyah adalah bayaran denda yang dikenakan kepada mereka yang tidak menggantikan puasa pada satu-satu tahun hingga masuk bulan Ramadhan tahun berikutnya, dan juga kepada beberapa kes seperti di bawah:-
1. Orang tua yang terlalu uzur (tidak boleh berpuasa) dan orang sakit yang tiada harapan sembuh dan tidak boleh berpuasa – wajib bayar fidyah tanpa perlu mengqadha puasanya.
2. Ibu hamil yang bimbangkan keselamatan bayi dalam kandungannya – wajib qadha dan bayar fidyah. Namun jika tidak berpuasa kerana diri sendiri wajib qadha sahaja & tidak diwajibkan fidyah.
3. Ibu menyusukan anak yang bimbang air susunya kering dan menjejaskan anaknya – wajib qadha dan bayar fidyah. Namun jika tidak berpuasa kerana diri sendiri wajib qadha sahaja & tidak diwajibkan fidyah.
Untuk kes no. 2 dan 3, sekiranya ibu tersebut tidak mengqadha puasanya dalam tahun yang sama dan apabila tiba Ramadhan tahun berikutnya. fidyah berganda dikenakan tetapi ganti puasa tetap sama.
4. Orang yang telah meninggal dunia tetapi ada meninggalkan puasanya tanpa sempat menggantikannya. Bayaran fidyahnya disempurnakan oleh waris2.
Pembayaran fidyah dikenakan mengikut bilangan hari yang didarab dengan kadar fidyah iaitu secupak beras sehari. Untuk lebih memudahkan, pusat zakat telah menetapkan kadar fidyah dalam bentuk MYR, misalnya pada tahun 2010, kadar secupak beras adalah RM1.80.
Secara mudahnya, untuk menentukan kadar fidyah ialah RM1.80 didarabkan berapa hari puasa yang ditinggalkan. Namun jika masih ada puasa tahun2 yang lalu yang belum diganti, kadar bayaran fidyah boleh dirujuk di laman KALKULATOR FIDYAH (sila klik).
Cara pembayaran fidyah boleh dirujuk kepada pusat2 zakat seluruh negara. Boleh juga dilaksanakan sendiri kepda golongan2 asnaf yang layak menerima fidyah.
Namun kini pembayaran fidyah lebih mudah dengan khidmat fidyah online yang disediakan oleh Maybank2U.
Cara bayar fidyah online
Langkah2 membayar fidyah online:
- Login ke akaun Maybank2U anda di http://www.maybank2u.com.my –> login
- Klik Accounts & Banking
- Klik Bill Payment
- Klik Make a One-Off Payment
- Klik request a TAC number
- Pilih kategori dari drop-down menu : Zakat & Charity –> klik confim
- Pilih kategori dari drop-down menu : Mana2 badan zakat/charity yang berkenaan —> klik confirm
- Pilih kategori dari drop-down menu : Fidyah —> klik confirm
- Ikuti langkah seterusnya, isikan ruangan untuk jumlah, akaun dan nombor telefon
- Masukkan TAC number dan klik confirm
- Ikuti langkah hingga anda mendapatkan resit dan simpan resit sebagai rujukan.
Mudah kan? Cuma klik-klik saja. Untuk niat membayar fidyah, seperti juga zakat, boleh niat di dalam hati untuk pembayaran fidyah pada tahun sekian-sekian,
Sesiapa yang belum bayar fidyah bolehlah laksanakan seberapa segera, jangan tangguh2 nanti terlupa pula sampai masuk Ramadhan tahun depan dah kena double
23 Responses
Assalam..bagusnya info ni..thn ni saya byk tinggal posa sbb dlm pantang lg masa tu..dasat gak amaun yg kena ganti nnt huhu..
semoga dipermudahkan usaha penggantian puasanya
Baru tahu info ni. bagusnya kemudahan yang disediakan. tenkiu for share it
bila semuanya menjadi mudah, urusan hal2 keagamaan haruslah lebih mudah lagi kan
Mudahnya sekarang.. X de alasan la x sempat.
takde pun list utk ‘fidyah’..sume zakat jek
tak semua pusat tu terima fidyah. kalo Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam WP ada fidyah, kafarah semua
Arwah kakak meninggal dunia (2011) tanpa sempat menggantikan puasa (kerana sakit) tahun 2009 & 2010. Patutkan saya bayar fidyah sahaja atau gantikan puasanya sekali..?
Bayar fidyah saja xperlu ganti puasanya
terima kasih info yg sangat berguna,,,;)
Puan
Tumpang tanya…bukan dia ada akad ka nak bayar fidyah?????
akad itu tak wajib. yg penting niat. “innal a’malu binniah”
i dah kol lembaga zakat lah…mana boleh byr on line..kena akad lah..salah tu..
8. Saya agak terkejut apabila mendapat tahu, zakat boleh dilunaskan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bahkan melalui bayaran atas talian (on-line) di internet. Saya musykil akan hukumnya, kerana tiada lafaz akad dilakukan?
Sebenarnya inilah bukti Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti Islam. Inovasi dan teknologi sebenarnya membantu perlaksanaan ibadah agar menjadi lebih mudah.
Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan?
Hakikatnya, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah. Ia bukanlah amalan harus, seperti pernikahan yang mewajibkan ijab dan Kabul (akad nikah). Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.
Zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku. Maka, sahlah zakat tersebut. Wallahua’lam.
Dari: http://blog.e-zakat.com.my/?page_id=89
Saya juga telah menghubungi Pusat Zakat utk pengesahan.
salam macam mane nk bayar fidyah nie…xde pn tulis make one of payment
ala akak..tlg ajar macam ane nk bayar nie..x faham gne mybank 2u nie akak..please ye kak…nk bayar fidyah…
Salam.
Sekiranya puasa ditinggalkan kerana sakit (yang mungkin menyebabkan kemudaratan jika berpuasa) apakah perlu orang yang meninggalkan puasa itu mnggantikan puasa yang telah ditinggalkan DAN JUGA membayar fidyah jika puasa yang ditinggalkan telah melangkaui Ramadan tahun berikutnya?
kalau bayar guna akaun maybank2u org lain boleh tak..tapi guna duit kita la..
Assalamualaikum, saya berumur 20 tahun,2012 dan tidak tahu akan fidyah yang perlu dibayar.
purata saya meninggalkan puasa dari tingkatan 2 hingga umur 19 tahun, selama 6 tahun adalah sebanyak 7 hari.
jumlah hari=42 hari.
untuk tahun ini, 2012, saya berumur 20 tahun dan masih tidak menyelesaikan fidyah saya. sekarang sudah masuk 1 Ramadhan. saya perlu menjelaskan fidyah itu, sepatutnya sebelum Ramadhan? Saya keliru dan harap akan dapat jawapanya.
Soalan sama macam yg kat atas, sebab tak berjawab. Boleh ke bayar pakai akaun orang lain tapi duit kita?
bole je
info sgt berguna. tq
Saya berniat nak bayar fidyah online tapi Pusat Urus Zakat Pulau Pinang tak ada kemudahan bayar fidyah online. Boleh ke saya bayar ke pusat zakat negeri lain contohnye ke pusat zakat WP?