,

Cara Bayar Fidyah Online

admin Avatar

Fidyah adalah bayaran denda yang dikenakan kepada mereka yang tidak menggantikan puasa pada satu-satu tahun hingga masuk bulan Ramadhan tahun berikutnya, dan juga kepada beberapa kes seperti di bawah:-

1. Orang tua yang terlalu uzur (tidak boleh berpuasa) dan orang sakit yang tiada harapan sembuh dan tidak boleh berpuasa – wajib bayar fidyah tanpa perlu mengqadha puasanya.

2. Ibu hamil yang bimbangkan keselamatan bayi dalam kandungannya – wajib qadha dan bayar fidyah. Namun jika tidak berpuasa kerana diri sendiri wajib qadha sahaja & tidak diwajibkan fidyah.

3. Ibu menyusukan anak yang bimbang air susunya kering dan menjejaskan anaknya – wajib qadha dan bayar fidyah. Namun jika tidak berpuasa kerana diri sendiri wajib qadha sahaja & tidak diwajibkan fidyah.

Untuk kes no. 2 dan 3, sekiranya ibu tersebut tidak mengqadha puasanya dalam tahun yang sama dan apabila tiba Ramadhan tahun berikutnya. fidyah berganda dikenakan tetapi ganti puasa tetap sama.

4. Orang yang telah meninggal dunia tetapi ada meninggalkan puasanya tanpa sempat menggantikannya. Bayaran fidyahnya disempurnakan oleh waris2.

Pembayaran fidyah dikenakan mengikut bilangan hari yang didarab dengan kadar fidyah iaitu secupak beras sehari. Untuk lebih memudahkan, pusat zakat telah menetapkan kadar fidyah dalam bentuk MYR, misalnya pada tahun 2010, kadar secupak beras adalah RM1.80.

Secara mudahnya, untuk menentukan kadar fidyah ialah RM1.80 didarabkan berapa hari puasa yang ditinggalkan. Namun jika masih ada puasa tahun2 yang lalu yang belum diganti, kadar bayaran fidyah boleh dirujuk di laman KALKULATOR FIDYAH (sila klik).

Cara pembayaran fidyah boleh dirujuk kepada pusat2 zakat seluruh negara. Boleh juga dilaksanakan sendiri kepda golongan2 asnaf yang layak menerima fidyah.

Namun kini pembayaran fidyah lebih mudah dengan khidmat fidyah online yang disediakan oleh Maybank2U.

Cara bayar fidyah online

Langkah2 membayar fidyah online:

  1. Login ke akaun Maybank2U anda di www.maybank2u.com.my –> login
  2. Klik Accounts & Banking
  3. Klik Bill Payment
  4. Klik Make a One-Off Payment
  5. Klik request a TAC number
  6. Pilih kategori dari drop-down menu : Zakat & Charity –> klik confim
  7. Pilih kategori dari drop-down menu : Mana2 badan zakat/charity yang berkenaan —> klik confirm
  8. Pilih kategori dari drop-down menu : Fidyah —> klik confirm
  9. Ikuti langkah seterusnya, isikan ruangan untuk jumlah, akaun dan nombor telefon
  10. Masukkan TAC number dan klik confirm
  11. Ikuti langkah hingga anda mendapatkan resit dan simpan resit sebagai rujukan.

Mudah kan? Cuma klik-klik saja. Untuk niat membayar fidyah, seperti juga zakat, boleh niat di dalam hati untuk pembayaran fidyah pada tahun sekian-sekian,

Sesiapa yang belum bayar fidyah bolehlah laksanakan seberapa segera, jangan tangguh2 nanti terlupa pula sampai masuk Ramadhan tahun depan dah kena double πŸ™‚

Tagged in :

admin Avatar

37 responses to “Cara Bayar Fidyah Online”

  1. AQisH Avatar

    Assalam..bagusnya info ni..thn ni saya byk tinggal posa sbb dlm pantang lg masa tu..dasat gak amaun yg kena ganti nnt huhu..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      semoga dipermudahkan usaha penggantian puasanya πŸ˜€

    2. Huda Avatar
      Huda

      Macm mne carenye ye

  2. cikbelog Avatar

    Baru tahu info ni. bagusnya kemudahan yang disediakan. tenkiu for share it πŸ˜‰

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      bila semuanya menjadi mudah, urusan hal2 keagamaan haruslah lebih mudah lagi kan πŸ˜‰

  3. Sue Avatar

    Mudahnya sekarang.. X de alasan la x sempat.

  4. fiza Avatar
    fiza

    takde pun list utk ‘fidyah’..sume zakat jek

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tak semua pusat tu terima fidyah. kalo Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam WP ada fidyah, kafarah semua πŸ˜€

  5. Aida Avatar
    Aida

    Arwah kakak meninggal dunia (2011) tanpa sempat menggantikan puasa (kerana sakit) tahun 2009 & 2010. Patutkan saya bayar fidyah sahaja atau gantikan puasanya sekali..?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Bayar fidyah saja xperlu ganti puasanya

  6. adlina Avatar
    adlina

    terima kasih info yg sangat berguna,,,;)

  7. im Avatar
    im

    Puan

    Tumpang tanya…bukan dia ada akad ka nak bayar fidyah?????

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      akad itu tak wajib. yg penting niat. “innal a’malu binniah”

      1. iman Avatar
        iman

        i dah kol lembaga zakat lah…mana boleh byr on line..kena akad lah..salah tu..

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          8. Saya agak terkejut apabila mendapat tahu, zakat boleh dilunaskan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bahkan melalui bayaran atas talian (on-line) di internet. Saya musykil akan hukumnya, kerana tiada lafaz akad dilakukan?

          Sebenarnya inilah bukti Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti Islam. Inovasi dan teknologi sebenarnya membantu perlaksanaan ibadah agar menjadi lebih mudah.

          Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan?

          Hakikatnya, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah. Ia bukanlah amalan harus, seperti pernikahan yang mewajibkan ijab dan Kabul (akad nikah). Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.

          Zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku. Maka, sahlah zakat tersebut. Wallahua’lam.

          Dari: http://blog.e-zakat.com.my/?page_id=89

          Saya juga telah menghubungi Pusat Zakat utk pengesahan.

  8. siti Avatar
    siti

    salam macam mane nk bayar fidyah nie…xde pn tulis make one of payment

  9. siti Avatar
    siti

    ala akak..tlg ajar macam ane nk bayar nie..x faham gne mybank 2u nie akak..please ye kak…nk bayar fidyah…

  10. Ghazali Avatar
    Ghazali

    Salam.

    Sekiranya puasa ditinggalkan kerana sakit (yang mungkin menyebabkan kemudaratan jika berpuasa) apakah perlu orang yang meninggalkan puasa itu mnggantikan puasa yang telah ditinggalkan DAN JUGA membayar fidyah jika puasa yang ditinggalkan telah melangkaui Ramadan tahun berikutnya?

  11. nanaindahouze Avatar

    kalau bayar guna akaun maybank2u org lain boleh tak..tapi guna duit kita la..

  12. lee Avatar
    lee

    Assalamualaikum, saya berumur 20 tahun,2012 dan tidak tahu akan fidyah yang perlu dibayar.
    purata saya meninggalkan puasa dari tingkatan 2 hingga umur 19 tahun, selama 6 tahun adalah sebanyak 7 hari.
    jumlah hari=42 hari.
    untuk tahun ini, 2012, saya berumur 20 tahun dan masih tidak menyelesaikan fidyah saya. sekarang sudah masuk 1 Ramadhan. saya perlu menjelaskan fidyah itu, sepatutnya sebelum Ramadhan? Saya keliru dan harap akan dapat jawapanya.

    1. shiela Avatar
      shiela

      Soalan sama macam yg kat atas, sebab tak berjawab. Boleh ke bayar pakai akaun orang lain tapi duit kita?

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        bole je

    2. Kn Avatar
      Kn

      Fidyah akan berganda bila puasa tu kita belum ganti. Kalau awak ada ganti dah semua puasa tu 7hari x 6 so fidyah tu setakat tahun yg awak selesai ganti puasa je.πŸ˜‰

      1. Nizam Avatar
        Nizam

        Orang Selangor tak perlu gandakan tahun2 yang lepas atas fidyahnya seperti negeri2 lain, Majlis Fatwa Selangor dah tetapkan kira terus hari x harga semasa fidyah. Kalau nak ganti puasa 10 tahun lepas sampai sekarang pun tetap guna kiraan yang sama tanpa perlu gandakan nilainya.

  13. Spongebob Tercekik Avatar

    info sgt berguna. tq

  14. Ina Avatar
    Ina

    Saya berniat nak bayar fidyah online tapi Pusat Urus Zakat Pulau Pinang tak ada kemudahan bayar fidyah online. Boleh ke saya bayar ke pusat zakat negeri lain contohnye ke pusat zakat WP?

    1. hsyc Avatar
      hsyc

      iye la, saya pun nak tahu πŸ˜‰

    2. siti Avatar

      Ya saya juga menghadapi masalah serupa. Saya dapati tiada bayaran online fidyah bagi Pusat Zakat Selangor. Boleh kah saya bayar ke Pusat Zakat WP?

  15. siti Avatar

    Saya cuba masuk maybank2u. Sampai ke zakat & charity saya berjaya masuk. Bila click disuruh pilih tapi tak nampak “fidyah”? Yang ada qada zakat. Sesiapa tlg bantu saya bagi info apa saya harus click?

  16. hamba Allah Avatar
    hamba Allah

    Assalamualaikum…
    2014 sy ad tinggal puasa 7hr krna uzur..x smpt gnti krn sy hamil..
    2015 sy tggal puasa 30hr krn brpntang sms brsalin pd bln rmadhan.
    Xsmpt gnti pd 2016 krn myusukn ank
    Q1) brpa kiraan fidyah yg sy perlu byr?
    Q2) sy tiada acc maybank.. boleh ke klw sy gne acc org lain utk byr online tp gne duit sy?

  17. […] denda dikenakan tidak menggantikan puasa satu-satu hingga masuk bulan ramadhan berikutnya, . Cara Bayar Fidyah Online Kata kata buat anak tersayang – kata mutiara cinta, Kata kata doa bijak anak – membimbing […]

  18. […] mom super kids blogging community malaysian. leverage vast knowledge & experience advantage!. Cara Bayar Fidyah Online Mutiara hati – wikipedia bahasa indonesia, ensiklopedia bebas, Mutiara hati sebuah sinetron […]

  19. […] denda dikenakan tidak menggantikan puasa satu-satu hingga masuk bulan ramadhan berikutnya, . Cara Bayar Fidyah Online Mutiara hati – wikipedia bahasa indonesia, ensiklopedia bebas, Mutiara hati sebuah sinetron […]

  20. […] denda dikenakan tidak menggantikan puasa satu-satu hingga masuk bulan ramadhan berikutnya, . Cara Bayar Fidyah Online Do’ kanzul ‘arsy. jangan ragu membacanya! | ide usaha, Do’ kanzul β€˜arsy, fadhilah, […]

  21. […] Gudang makalah, Blog segudang makalah, kumpulan makalah ,contoh makalah.kata kata, puisi cinta, kata kata mutiara, kata kata cinta. http://www.gudangmakalah.com/ Kumpulan kata kata motivasi hidup terbaru 2017, Blog informasi kumpulan kata kata mutiara, kata kata bijak, kata kata motivasi, kata kata cinta, kata kata,kata kata lucu, kata indah, ucapan selamat . http://www.katakata.co.id/2015/06/kumpulan-kata-motivasi-hidup-2016.html Cara bayar fidyah online – mysuperkids.net, Fidyah bayaran denda dikenakan tidak menggantikan puasa satu-satu hingga masuk bulan ramadhan berikutnya, . Cara Bayar Fidyah Online […]

  22. […] Kata kata romantis : cinta sebatas senja, Kata kata romantis santun bernuansakan cinta bermuara senja. ketika lebih dahulu. http://katamutiarabijakcinta.com/kata-kata-romantis-cinta-sebatas-senja/ Suami isteri – darulnuman., Jawapan: tidak salah isteri meninggalkan rumah ( rumah ibu bapa) kerana menyelamatkan diri daripada suami zalim mengelakkan diri. http://darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=105&Itemid=170 Cara bayar fidyah online – mysuperkids.net, Fidyah bayaran denda dikenakan tidak menggantikan puasa satu-satu hingga masuk bulan ramadhan berikutnya, . Cara Bayar Fidyah Online […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge