Cakap Yang Elok-Elok Saja Buat Anak-Anak

By | February 16, 2016

“Ish budak ni, nakal sangat”

“Budak-budak ni memeningkan kepala saja”

“Anak2 kecil ni memang menyusahkan”

“Kenapalah korang ni nakal sangat”

Andaikata ada pernah terlintas kata-kata di atas, istighfar dan ucapkanlah “Naudzubillahi min zalik”.

Budak-budak…. Budak mana yang tak ada perangai. Kita tengok anak orang lain diam elok je, tapi kita mungkin tak tahu dengan mak ayah dia, perangai dia macamana. Jangan ingat anak-anak kita je yang kaki melompat, berlari, menjerit.

Semakin kita sebut perkara2 negatif tentang mereka, semakin negatif jadinya mereka. Sebab apa? Getaran dari kata-kata seorang ibu terus masuk ke dalam diri mereka.

ARNAB

Walau stress macamana pun, kawal diri dari mengucapkan kata-kata yang kita taknak pun berlaku kepada anak-anak kita.

Ya, mungkin mereka terlampau aktif, tapi mereka tetap budak-budak. Lagi-lagi di usia bawah 7 tahun, mereka masih belum mumayiz, justeru mereka tak boleh nak fikir mana baik mana tak baik. Mereka lebih banyak ikut impuls dan refleksi perasaan yang datang semasa itu.

Walaupun hati rasa panas, tapi ucapkanlah kata-kata yang mendoakan kebaikan mereka.

“Anak bertuah”

“Baiknya anak Mama”

Kawal perasaan, insya-Allah doa yang baik-baik menjadikan anak kita anak-anak yang menyenangkan hati.

Cuba kenang-kenang saat-saat mereka kelihatan begitu comel dan manis. Tenangkan hati & enjoy parenthood. Anak-anaklah kurniaan Tuhan yang tidak dapat diganti dengan apa sekalipun.

Category: Parenting

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

2 thoughts on “Cakap Yang Elok-Elok Saja Buat Anak-Anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge